"Ujikaji.??" Serentak semua orang bersuara.

Lay mengangguk-angguk. "Saya dihantar ke makmal yang saya sendiri pun tak tahu makmal apa."

Semua orang hanya mendengar dengan tekun.

"Pelbagai suntikan mereka berikan pada saya." sambung Lay. "Mereka kurung saya."

"Macam mana pula mereka boleh dapat awak.?" Tanya Luhan sambil mengerutkan dahinya.

"Sebab mereka tahu saya ada kebolehan macam ni." jawab Lay.

"Dan macam mana pula mereka tahu.?" Celah Chanyeol.

"Sebab saya beritahu." selamba Lay bersuara.

Serentak semua orang mendengus kuat. Mahu sahaja mereka membelasah lelaki itu secara beramai-ramai.

"Bijak betul tindakan awak ni." Sehun menggerutu.

"Manalah saya tahu." Lay bersuara lagi. "Saya terkejut dengan kebolehan ni. Saya beritahu dengan doktor sebab saya ingat saya sakit. Dia hantar saya ke makmal tu. Mereka janji akan sembuhkan saya."

Semua orang hanya mendengar tanpa memberi sebarang komen.

"Lama-kelamaan badan saya semakin lemah." Lay masih lagi menyambung ceritanya. "Pelbagai benda mereka uji kat saya dan secara tak sengaja... Saya dengar mereka nak hapuskan saya sebab saya ni berbahaya."

"Habis tu macam mana awak boleh lepaskan diri.?" Tao memandang lelaki itu agak serius.

"Saya serang mereka waktu mereka cuba buat sesuatu kat saya." jawab Lay. "Lepas tu saya lari dan... Saya hidup macam ni lah. Asyik bersembunyi. Lari, tak duduk tetap."

Semua orang hanya mengangguk-angguk mendengar kata-kata Lay.

"Sebab tu bila kamu kejar saya..." Lay memandang Sehun dan Luhan. "Saya terus serang kamu."

Luhan dan Sehun tidak memberi sebarang reaksi.

"Saya tak tahu kawan saya tu masih hidup ke tak."

Semua orang tersentak memandang Lay.

"Apa maksud awak.?" Chen merenung Lay.

"Ada dua orang lagi kawan saya masih dalam makmal tu."

"Kawan awak.??" Ulang Suho.

Lay mengangguk-angguk. "Mereka juga ada kebolehan sama macam saya."

"APA.?!!!"

Lay tersentak mendengar jeritan beramai-ramai daripada mereka semua seperti sebuah koir.

"Habis tu mereka kat mana sekarang.??" Tanya Kris merenung lelaki itu.

"Masih kat makmal tu rasanya." jawab Lay. "Tapi saya tak tahu mereka masih hidup ke tak."

Serta-merta Kris mencapai sebuah kotak keperakan yang berada di atas meja berdekatannya. Dia membuka kotak itu. "Mereka masih hidup."

Semua orang memandang Kris.

"Rantai mereka masih ada dalam ni." Kris bersuara lagi kemudian memandang Luhan. "Kita bertolak."

----------------------------------------------------------

Perlahan-lahan Luhan, Kris dan Lay menyelinap masuk secara curi-curi ke dalam sebuah kawasan yang amat besar bagaimanapun agak terpencil dan jauh dari bandar. Kawasan itu kelihatan sunyi sepi kerana jam sudah pukul 1 pagi.

"Awak masih ingat tak mana pintu masuk kat tempat ni.?" Luhan segera memandang Lay.

Lay mengangguk-angguk. "Tapi kita tak boleh masuk ikut pintu depan. Nanti mereka nampak kita."

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now