Kris tersentak memandang Tao yang berdiri di sebelahnya.. Serta-merta senyuman lebarnya menghirup udara segar itu tadi hilang.. Tidak semena-mena dia menolak lelaki itu kuat dan menyebabkan Tao jatuh terjelepuk ke tanah..

"Jangan dekatkan diri awak tu dengan saya!!" Kris menempik agak kasar lalu menyambar beg sandangnya yang masih dipegang oleh Tao kemudian berjalan pergi dari situ..

"Kris!!"

Chanyeol dan Suho terus mengejar Kris sambil memandang simpati ke arah Tao yang tunduk dengan wajah yang sayu. Mereka tidak mampu berkata apa-apa. Sejak hari Kris mengamuk di rumah sewa itu, Tao diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat.. Dia cuba memperbaiki hubungannya dengan Kris yang sememangnya dingin sejak pertama kali mereka bertemu itu lagi bagaimanapun Kris langsung tidak berminat.. Dia tidak tahu apa salahnya..

Luhan membantu Tao untuk bangun.. Chen turut berdiri di situ kerana kasihan melihat Tao..

"Awak okey.?" Tanya Luhan..

Tao menarik nafas panjang kemudian tersenyum lalu mengangguk walaupun lain pada hakikatnya..

"Jom!"

Mereka bertiga segera berjalan menyusul Kris, Chanyeol dan Suho..

"Apa khabar, semua.?" sapa seorang lelaki tua dengan rambut putih yang semakin sedikit di kepalanya sambil tersenyum ceria menyambut kedatangan mereka.. Di belakangnya, ada dua orang lelaki sebaya mereka dengan baju pelik seperti seorang tukang gaji kelihatan teruja.. Perkampungan itu kelihatan sibuk dengan aktiviti harian mereka masing-masing..

"Kamu yang datang di sini untuk melawat tu kan.?" tanya lelaki tua itu..

"Ya.." Chanyeol menjawab pantas apabila kawan-kawannya yang lain mula kebingungan.. Hanya dia dan Luhan yang tahu mengenai rancangan 'lawatan' itu.. "Saya yang hantar permohonan itu.."

"Baik! Mari ikut saya.." arah lelaki itu kemudian mula berjalan.. Serentak mereka semua berpandangan seketika kemudian menyusul lelaki tua itu bersama dua orang lelaki yang bersamanya tadi..

"Bila pula awak hantar permohonan.?" Bisik Chen..

Chanyeol menyigung lelaki itu.. "Ada lah.."

Mereka berjalan melintasi orang ramai yang kini sedang memandang mereka pelik seolah-olah mereka adalah makhluk asing yang datang dari planet Pluto.. Terdapat segelintir orang yang sedang memotong kayu, mengangkat air dan sebagainya.. Ada juga yang mengasah pedang menyebabkan mereka semua ternganga.. Di zaman sekarang, sukar untuk melihat pedang seperti itu..

"Ini bilik kamu.." lelaki tua itu menuding ke arah sebuah khemah yang agak besar.. Serentak mereka semua mengangguk-angguk..

"Di sini.. Kamu tidak dibenarkan berpakaian begini.." lelaki tua itu memandang mereka satu-persatu dari atas ke bawah..

Serentak mereka semua berpandangan lalu memandang diri mereka masing-masing untuk melihat apa yang tidak kena..

"Maksud saya ia terlalu moden.." beritahu lelaki tua itu.. "Di sini kami ada pakaian khas.."

"Pakaian khas.??" Ulang mereka serentak..

Lelaki tua itu hanya mengangguk-angguk..

"Pakaian yang macam mana.?" tanya Kris..

Lelaki tua itu segera memandang dua lelaki yang bersamanya sejak tadi lalu memberi satu isyarat yang hanya difahami oleh mereka sendiri.. Lelaki tua itu memandang semula ke arah Kris dan yang lain.. "Tiga daripada kamu boleh ikut dua lelaki ini.. Dan tiga lagi...." lelaki tua itu memandang Tao membuatkan Tao terkejut dan teragak-agak.. "Ikut saya.."

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now