"Kamu dah jumpa mereka.?" tanya Suho lagi..

"Belum.." Kris mencelah..

"Habis..." Suho mengerutkan dahinya memandang lelaki itu.. "Macam mana kamu boleh tahu yang mereka dah mati.?"

Belum sempat soalan itu dijawab, satu cahaya berwarna perak keluar dari kotak keperakan yang diletakkan di atas meja oleh Kris sebentar tadi.. Chanyeol dan Luhan memejamkan mata mereka akibat kesilauan.. Suho pula hanya tercengang dengan matanya terbuka luas.. Dia tidak mempunyai masalah dengan cahaya kerana itu memang kuasanya.. Kris yang kini mengecilkan matanya segera mencapai kotak itu lalu membukanya.. Dia mengeluarkan rantai berbuah huruf 'U' yang kini sedang bercahaya.. Seperti biasa, rantai itu bertukar menjadi debu dan hilang daripada pandangan serta-merta..

Chanyeol dan Luhan membuka mata mereka perlahan-lahan kemudian menggelengkan kepala seketika.. Masing-masing cuba membetulkan mata mereka yang kini agak kabur kerana kesilauan cahaya tadi..

"Apa yang dah jadi.??" Suho tercengang melihat kejadian itu sambil matanya masih terbuka luas..

Kris mendengus perlahan lalu menutup semula kotak itu kemudian meletakkannya di atas meja.. Dia berpaling memandang Suho.. "Macam tu lah caranya kami tahu bagaimana mereka mati.."

Suho masih lagi tercengang..

"Dapat!!"

Belum sempat Suho bertanya lagi, jeritan Luhan menyebabkan mereka semua serentak menoleh memandang ke arah lelaki itu.. Luhan turut memandang mereka satu-persatu secara bergilir-gilir..

"Dia seorang guru.." beritahu Luhan..

"Guru.??" ulang Kris, Suho dan Chanyeol serentak.. Luhan hanya mengangguk-angguk sambil meregangkan otot-otot leher dan lengannya yang terlalu banyak bekerja.. Dia dapat merasakan tulang lehernya akan patah tidak lama lagi..

"Bagaimana awak tahu dia seorang guru.?" tanya Suho..

"Dari profil blognya.." jawab Luhan selamba..

"Profil blog.??" Ulang Chanyeol.. "Tapi bukan ke orang biasanya tidak letakkan profil sebenarnya di dalam blog.?"

Kris dan Suho mengangguk bersetuju sambil memandang Luhan..

"Saya tahu.." Luhan memandang semula skrin komputer ribanya.. "Tapi dalam satu hantaran di sini, dia ada cakap yang bahawa..." Luhan membaca sesuatu di komputer ribanya itu.. "Sekali lagi sesuatu yang pelik berlaku ketika saya sedang mengajar.." Luhan memandang ketiga-tiga lelaki itu lagi.. "Saya rasa itu dah cukup buktikan bahawa dia seorang guru.."

"Tapi mungkin dia guru tarian ke atau apa... Dan bukannya guru sekolah.." Suho cuba meneka..

Luhan mengerutkan dahinya memandang lelaki itu.. "Ada tak saya cakap yang dia tu guru sekolah.?!"

Suho terdiam.. Benar juga.. Luhan tidak memberitahu orang itu guru jenis apa dan dalam bidang apa..

"Kalau macam tu kita kena bahagikan tugas.." Suho memberi cadangan.. "Banyak benda kita kena periksa.."

Luhan mengangguk bersetuju.. Chanyeol pula hanya mengangguk teragak-agak..

"Saya akan cari guru sekolah.." Chanyeol mengangkat tangannya terlebih dahulu dengan pantas..

"Awak cari guru tadika atau apa.?" Suho memandang Chanyeol..

"Sekolah.." pantas Chanyeol menjawab..

Suho mengangguk kemudian memandang Luhan.. "Kalau macam tu saya cari guru tarian.."

"Saya akan cari guru muzik.." ujar Luhan..

Mereka berdiam diri seketika.. Sepertinya ada yang kurang.. Dengan serentak mereka menoleh memandang Kris yang sedang duduk berpeluk tubuh di sofa dengan kaki disilangkan dan berwajah serius..

"Kris..."

"Saya tak akan pergi!" gerutu Kris sebelum sempat Suho bercakap apa-apa..

Serentak Chanyeol dan Suho berpandangan seketika kemudian beralih memandang Luhan.. Luhan pula hanya mengisyaratkan supaya mereka tidak berkata apa-apa menyebabkan kedua-dua lelaki itu mengangguk perlahan..

"Baiklah! Bila kita nak gerak.?" Tanya Suho agak bersemangat..

"Kita bergerak sekarang je.." cadang Chanyeol..

Luhan hanya mengangguk-angguk tanda bersetuju lalu menutup komputer riba itu kemudian meletakkannya di atas meja.. Dia segera mencapai beg silang dan memakai jaketnya.. Chanyeol dan Suho juga sudah bersedia dengan beg masing-masing yang bagi mereka mempunyai isi barang yang mungkin mereka akan perlu..

"Kris, jaga diri.." ucap Luhan ketika berjalan menuju ke pintu..

Kris tidak memberi sebarang reaksi.. Sepatutnya dia yang mengucapkan kata-kata itu kerana bukan dia yang keluar dari rumah.. Bagaimanapun, Luhan lebih mengenali lelaki itu.. Dia takut Kris akan membakar seluruh tempat itu kerana asyik hujan tidak berhenti.. Suho dan Chanyeol mendekati Luhan kemudian mereka bertiga keluar dari situ..


A/n: Mission continue~ Baru empat orang. Ada banyak lagi nak kena cari. Huh~ Korang rasa siapa pula lepas ni? Tajuk dah ada bagitau apa kuasa. Rasa-rasanya siapa pemilik kuasa tu?? Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now