"Saya jumpa seorang..." beritahu Luhan sambil cuba berfikir. "Saya masih tak pasti, tapi... Menurut apa yang saya kaji, ada seorang di suatu tempat."

"Di mana.?" tanya Kris yang kini semakin berminat.

"Berdekatan sini."

"Berdekatan sini.?" Kris berfikir seketika. "Maksud awak kat kawasan kampung ni juga ke.?"

Luhan menggelengkan kepalanya. "Di kawasan bandar."

"Bandar pula." Kris mendengus.

"Apa kata awak bersyukur yang saya ada jumpa." Luhan menjeling tajam ke arah lelaki berambut perang itu.

"Yalah, yalah."

Tiba-tiba sahaja satu bunyi seperti sesuatu telah meletup kedengaran dengan jelas sebelum keadaan rumah itu menjadi gelap serta-merta. Bekalan elektrik terputus disusuli dengan bunyi guruh yang amat kuat. Kris dan Luhan berpandangan sesama sendiri.

Tidak semena-mena Kris menghalakan tangan kanannya ke arah unggun api yang terletak di hadapan meja tempat dia dan Luhan duduk. Satu pancaran cahaya kemerahan keluar dari tangannya lalu membentuk api yang kecil di unggun itu.

Satu parut yang berada di lengan kanannya yang berbentuk huruf 'K' kelihatan seperti sedang bercahaya bagaimanapun tiada apa-apa yang berlaku padanya.

"Kenapa balik-balik bekalan elektrik terputus.??" rungut Kris. "Nak aku call jabatan elektrik ke apa ni.!"

Luhan hanya mengangkat bahunya tidak berkata apa-apa. Bukan kerana tidak tahu hendak menjawab, tetapi malas hendak menjawab. Jika dia menjawab soalan Kris, lelaki itu pasti akan membidas lagi dan ia akan berlanjutan selama sejam dan boleh jadi juga selama berjam-jam.

Kris memegang parut berbentuk huruf 'K' yang kelihatan seperti terbakar itu tadi. Dia mengusap lembut parut itu bukan kerana kesakitan. Tetapi terfikir macam mana dia boleh mendapat parut itu.

Ketika parut itu terbentuk dilengannya, pada waktu itu juga lah dia mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan api dari tangannya. Sesuatu yang amat mustahil. Mustahil bagi seorang manusia biasa. Perkara yang susah untuk dibayangkan melalui logik akal. Tetapi itulah kenyataannya.

"Jadi..." Kris kembali merenung wajah Luhan. "Bila kita nak bertolak ni.??"

"Sabarlah." balas Luhan. "Jangan kelam-kabut sangat."

"Sabar awak cakap.?" Kris merenung lelaki itu. "Kita perlukan banyak masa nak cari mereka awak tahu tak. Bukannya senang."

"Awak nak bertolak bila.?" Tanya Luhan.

"Kalau saya sekarang juga saya nak bertolak." selamba Kris menjawab.

"Sekarang.??" Ulang Luhan. "Tapi kan dah malam ni. Hujan pula kat luar tu. Saya tak nak memandu."

"Tak payah lah memandu." balas Kris. "Duduk sebelah je."

"Suka hati awak lah." Luhan mengemas barang-barangnya yang terletak di atas meja di hadapannya itu kemudian bingkas bangun.

"Awak nak ke mana pula tu.?" Tanya Kris agak pelik.

Luhan memandang lelaki itu agak menyampah sambil mendengus kuat. "Kata nak bertolak sekarang. Saya nak berkemas lah ni."

"Yalah." Kris turut bangun.

Sepanjang mengemas barang-barang, tidak seorang pun dari mereka bersuara. Mereka memastikan tiada satu pun barang yang tercicir kerana mereka tidak akan kembali ke tempat itu lagi. Sudah hampir beberapa tahun mereka hidup seperti itu.

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now