Juwita rasa seperti mahu menyorok di bawah meja sahaja. Malu! "Kita kan baru kenal," ujarnya perlahan. "Lagipun saya rasa awal lagi..."

Haris mengeluh perlahan. "Yelah... abang faham. Abang ni dah nak masuk 33 tahun. Lia kan baru 25 tahun, muda lagi."

Dahi Juwita berkerut sedikit. Merajuk ke dia? "Saya tak cakap macam tu pun. Lagipun... kenapa nak rushing?"

Haris terdiam sebentar apabila pelayan datang dan menghantar pesanan mereka. Kemudian dia kembali memandang Juwita. Kali ini tepat ke mata gadis itu.

"Sebab abang sayang Lia, dan abang tahu ada orang lain yang sayang Lia juga."

Makin pelik Juwita mendengar ayat Haris. "What do you mean?" (Okay saya tahu ini lagu Justin Bieber 💕)

Haris memandang Juwita lagi sebelum mengalihkan pandangannya. Dia menggeleng perlahan. "Makanlah... dah sejuk nanti tak sedap."

Juwita menarik pinggan rapat kepadanya. Kepingan daging dipotong menggunakan pisau dengan cermat. Baru sahaja dia ingin menyuapkan potongan kecil daging itu ke mulut, matanya menangkap kelibat seseorang yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kedai. Terhenti terus pergerakan tangannya.

Haris yang pelik melihat Juwita yang tiba-tiba terkaku, turut berpaling ke belakang untuk melihat apakah yang telah membuatkan riak wajah Juwita berubah begitu sekali.

Yusuf. Dia datang berseorangan.

"Well... well... Look who's here." Yusuf melangkah mendekati mereka. Lelaki itu tersenyum sinis. "Baru sebulan kita putus, dan kau dah ada pengganti aku?"

Haris ingin membalas tetapi isyarat tangan Juwita membuatkan dia mendiamkan diri.

"Why not? Tapi saya tak sehebat awak, boleh cari pengganti walaupun kita belum berpisah!" balas Juwita sinis. "If you don't mind, can you please leave us alone? Nak dating pun tak aman!"

Haris tersenyum mendengar ayat Juwita.

Tiba-tiba Yusuf berpaling ke arah Haris. "Aku suggest dekat kau, find someone else. Jangan pakai 'bekas' orang," ujar Yusuf penuh sinis.

Berubah terus riak wajah Juwita mendengar ayat Yusuf. "Apa masalah kau Yusuf?!" jerkah Juwita yang sudah teramat marah. Beberapa orang pelanggan di situ memandang ke arah mereka tetapi Juwita tidak peduli.

"Bro, please. Watch your language. Aku tak kacau kau, jadi kau jangan kacau aku dan Juwita. Respect sikit bro," ucap Haris tegas tetapi masih tenang mengawal keadaan.

"Okay, fine." Yusuf angkat kedua belah tangan separa bahu seperti orang mengaku kalah. "Aku cuma nak bagitahu kau, she's ain't angel." Wajah Juwita dipandang sinis. "There are a hell lot of secrets she's been hiding from you. Dari luar nampak suci sangat kan?"

Juwita terdiam tidak berkutik. Yusuf tahu kelemahannya. Haris pula memandang Juwita meminta kepastian tetapi gadis itu menundukkan wajahnya.

"Salah satunya... ini." Gelang-gelang manik di pergelangan tangan kiri Juwita yang terletak di atas meja disentuh Yusuf sekejap. "Kan sayang?"

Wajah Juwita sudah pucat. Tangan kiri yang tadi di atas meja cepat-cepat dibawa ke atas paha.

"Aku tahu semua benda tentang dia, bro. Every inch of her." Yusuf sengaja mahu memanas-manaskan lagi Haris yang sudah semakin tegang.

"Enough Yusuf!" jerit Juwita dengan suara yang terketar-ketar.

Yusuf tersenyum kemenangan. Dia tahu dia sudah berjaya membuatkan Juwita sakit hati. Dan dia tahu lelaki yang bersama Juwita sekarang ini juga seperti sudah termakan dengan kata-katanya. Dengan hati yang puas, dia berlalu keluar dari restoran itu, tidak jadi untuk makan tengah hari di situ.

Juwita terdiam dan menunduk, begitu juga dengan Haris yang turut mendiamkan diri. Dalam fikirannya cuba mencerna kembali kata-kata Yusuf sebentar tadi. Sedikit sebanyak dia termakan dengan kata-kata lelaki itu tadi.

Apa maksud dia tentang Lia tadi? Every inch of her? Darahnya menjadi panas apabila teringatkan satu kemungkinan. Haris cuba membuang tanggapan yang satu itu dari fikirannya. Takkanlah...

Haris mengeluh berat. Lia... what kind of person were you before?

"Do you want to eat, or do you want to explain?"

Juwita mengangkat muka memandang Haris. Dia sedikit terkejut mendengar nada suara Haris. Tiada sedikit pun nada simpati, tetapi lebih kepada nada sinis. Birai matanya mula terasa panas, pasti air mata akan turun jika tidak ditahan.

Haris terkedu tatkala melihat mata Juwita yang seperti sudah berair. Sudahlah gadis itu baru sahaja berdepan dengan lelaki seperti Yusuf tadi, kini dia pula ingin menambahkan lagi masalah kepada Juwita. Haris rasa bersalah, tetapi tiada perkataan maaf yang terbit di bibirnya.

Juwita melarikan pandangan matanya ke arah lain. Dia tidak mahu memandang Haris lama kerana dia takut air matanya akan turun. Sungguh, dia amat kecewa dengan Haris.

"Sorry, but I just want to go home." Juwita berkata perlahan. Jelas suaranya yang serak cuba menahan tangisan. Juwita terus bangun dan melangkah keluar dari restoran itu. Makanannya tadi tidak sempat dijamah walau sedikit.

Dia berdiri di hadapan restoran itu sambil mata melilau-lilau mencari teksi tetapi tiada, mungkin kerana hujan yang turun sejak tadi. Tangisan yang dari tadi ditahannya akhirnya terlepas jua di luar restoran itu.

Tiba-tiba ada tangan yang mencapai lengannya dari belakang.

"Abang hantar balik," ucap Haris senada.

Juwita menggelengkan kepalanya tanpa memandang Haris. Dia tidak mahu Haris melihatnya yang sedang menangis walaupun Haris pasti sudah tahu.

"Lia, please. I'll send you back home. Jangan degil boleh tak?"

Tajam mata Juwita yang sudah basah dengan air mata menikam Haris. "Degil saya tak ada kena mengena dengan awak!" ujar Juwita geram.

Pantas dia menahan teksi yang kebetulan lalu di situ. Walaupun dia kebasahan terkena hujan kerana ingin menahan teksi itu, Juwita sudah tidak peduli.

"Lia!"

Panggilan Haris langsung tidak dipedulikan. Juwita berpura-pura tidak dengar dan terus masuk ke dalam teksi dengan tangisan yang semakin laju.

***

Alaa... Juwita dah menangis! Semuanya salah Haris la ni! Baru je Juwita nak bagi peluang dekat dia kan? Dush dush Haris!!! 👊👊👊

Btw, saya selitkan Aidil dan Dian sikit hehehe 🙈

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now