Jodoh? What?! Apahal sengal sangat kau ni Juwita oii!!! Tulah, masa share artikel tu tak nak baca dulu! Main forward je terus! Kan dah malu!

That was not what I meant to share! Tersilap hantar! 🙏 - Juwita

Kalau diikutkan dengan artikel tu tadi, saya rasa saya ni boleh dikatakan jodoh terbaik untuk awak Lia 😉 - Haris

Wajah Juwita sudah memerah. Yelah tu... tengah hari tadi sombong!

Confidentnya... kenapa? - Juwita

Sebabnya :

1. Insya-Allah setakat saya jaga solat... kalau tak percaya, nanti lepas kita kahwin awak boleh pantau saya. Kita boleh solat sama-sama 😉
2. Saya hormat awak. Saya hormat semua orang terutama wanita. Because I have a mom and a sis at home. Got to be fair, right?
3. Cita-cita saya dari dulu memang nak jadi doktor, dan sekarang ianya dah tercapai. Cita-cita seterusnya... nak kahwin. Ehem. 💍💍💍
4. Rajin? Kalau tak rajin saya tak jadi doktor. 😁
5. Confirm saya bukan playboy sayang. Kalau tak percaya, boleh x-ray hati saya. Dekat klinik ni ada alat x-ray tau hehehehe... ✌✌✌

Macam mana? Adakah saya lelaki yang baik untuk jadi jodoh awak? 💍 - Haris

Juwita mengamati setiap satu patah perkataan yang ditulis Haris. Dia tersenyum-senyum tanpa sedar. Sweetnya malam-malam ni, Doktor Haris!

Dalam mesej awak tadi tu saja dah ada empat emoticon cincin. Awak nak cari empat ya... 😈 - Juwita

Dalam panjang-panjang mesej paling sweet saya karang untuk awak, empat emoticon tu jugak yang awak nampak dulu, Lia? 😂😂😂 - Haris

😎😎😎 - Juwita

Cincin pertama 💍, cincin tanda bila awak setuju nak terima saya. Cincin kedua 💍, cincin merisik. Cincin ketiga 💍, cincin tunang. Cincin keempat 💍, cincin kahwin. Semua tu untuk awak. Faham, sayang? - Haris

Juwita rasa terharu membaca ayat Haris. Nampak seperti lelaki itu betul-betul berusaha untuk memikat hatinya. Yusuf dulu pun tak macam ni!

Ish Juwita, stop comparing!

Yelah tu... cincin itulah, inilah. Tengah hari tadi, senyum saya pun awak tak nak balas! - Juwita

Mana awak tahu? - Haris

Saya tengok mata awak pun dah tahu yang awak tak balas senyum saya. Saya lambai pun awak buat derk. - Juwita

Habis tu... mesej dengan call saya awak tak pernah balas sepanjang minggu ni. Tup tup tadi saya nampak awak dengan Khal tengah gelak-gelak. Jeleslah saya... - Haris

Juwita rasa mahu tergelak sahaja sekarang. Jealous? Lawaklah!

Mana awak kenal Abang Khal? - Juwita

Hanis cerita. Tengok tu... siap berabang bagai. - Haris

Laaa... awak jealous betul ke ni? 😁😁😁 - Juwita

Awak ingat saya gurau ke? Jealous betul ni. Haa... pujuklah. - Haris

Kali ini Juwita terus tergelak tanpa dapat ditahan lagi. Macam budak-budaklah dia ni!

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now