Juwita terus mencapai kain tuala dan membersihkan diri. Selesai mandi dan berpakaian lengkap, Juwita segera memakai telekung dan melangkah ke bilik solat untuk berjemaah bersama keluarganya. Ketika dia masuk ke dalam bilik solat itu, semua orang termasuk Pak Mat, pemandu keluarga, dan Mak Som, pembantu rumah sudah bersedia. Tinggal Juwita sahaja lagi.

"Maaf, lambat..." ujar Juwita perlahan dan terus masuk ke dalam saf.

Seperti biasa mereka solat maghrib secara berjemaah di rumah itu. Solat maghrib berjemaah sudah menjadi rutin yang perlu dipatuhi di rumah banglo besar itu setiap hari. Bagi solat Isyak pula, Datuk Kamil dan Pak Mat biasanya akan ke masjid untuk berjemaah di sana manakala kaum wanita pula akan solat di rumah sahaja.

Usai solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Kamil sendiri, Mak Som kembali ke dapur untuk kembali  menyiapkan makan malam. Segala-galanya sudah siap dimasak, tinggal hendak dihidangkan sahaja.

"Ibu..." Juwita memanggil ibunya dengan manja sambil melipat telekung.

"Ya, sayang..."

"Juwita ada benda sikit nak bagitahu ibu. Juwita rasa lebih baik Juwita bagitahu ibu, sebab Juwita tak nak jadi macam kes dulu..."

Datin Masnah tersenyum penuh lega. "Baguslah kalau Juwita fikir macam tu... Juwita nak cakap tentang apa?"

Juwita terdiam sekejap. Lipatan kain telekung dihabiskan perlahan-lahan. "Sebenarnya... right now I am getting to know someone," ujar Juwita perlahan sambil menunduk. Malu sebenarnya.

"A guy?" tanya Datin Masnah dengan senyuman. Hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam bilik solat itu memandangkan semua orang telah beransur keluar.

Juwita mengangguk.

"Tak nak kenalkan dengan ibu?" tanya Datin Masnah lembut sambil mengusap rambut Juwita yang panjang.

"Juwita dengan dia baru je kawan, bu. Belum serius pun lagi..."

"Siapa nama dia?"

"Haris Redzuan."

"Macam mana Juwita kenal dengan Haris ni?"

"Ibu ingat tak dulu masa Juwita nak buat check up tentang masalah period tu?" tanya Juwita tiba-tiba.

Datin Masnah mengangguk.

"Harislah doktor yang in charge hari tu. That was the first time I met him, dan selepas tu ada jugak jumpa beberapa kali. Mostly because of mere coincidence je, ibu..."

Datin Masnah senyum meleret. "For now maybe you think it was just a coincidence, nanti lama-lama mesti Juwita rasa itu jodoh."

"Ish ibu ni... tak adalah." Dia mencebik.

"Haris ni... dia serius ke?" Datin Masnah bertanya penuh prihatin. Dia tidak mahu kisah Juwita kali ini berulang seperti kisah bersama Yusuf.

Juwita terdiam sekejap. "Juwita tak tahu... tapi dia ada sebut tentang kahwin, jadi Juwita rasa dia seriuslah kot."

Juwita teringat ketika dia bersama Yusuf dahulu. Walaupun lima tahun dia bercinta dengan Yusuf, tidak pernah sekalipun lelaki itu menyuarakan hasrat untuk berkahwin. Sedangkan dengan Haris, lelaki itu seperti serius ingin memenangi hatinya walaupun mereka baru sahaja berkawan.

Juwita dan Datin Masnah sama-sama bangun sambil memegang telekung lalu melangkah keluar dari bilik itu secara beriringan.

"Ibu tak kisah siapa pun Juwita pilih... asalkan Juwita rasa he is the one for you, then you have all my blessings with you, dear."

Juwita tersenyum pahit.

"Kenapa, sayang?" tanya Datin Masnah apabila melihat riak wajah Juwita seperti kurang senang.

"Dia tak tahu apa-apa tentang Juwita, ibu. He doesn't know anything about me. Dia hanya kenal Juwita yang sekarang, bukan Juwita yang dulu." Suara Juwita kedengaran sebak. "Juwita takut... takut dia tak dapat terima Juwita kalau dia tahu..."

Datin Masnah memegang erat pergelangan tangan anak gadisnya itu. "You have to tell him, Juwita. Kalau dia betul-betul sayang Juwita, dia akan terima Juwita walaupun selepas dia tahu hal sebenar."

Juwita menunduk memandang lantai. Dia berfikir sejenak sebelum mengangguk perlahan. Walaupun peristiwa lama itu pahit untuk ditelan, tetapi dia tahu lambat-laun pasti kebenaran itu harus dibongkar juga.

***

"Amboi Haris... I nampak you hari ni happy semacam je. Kenapa?"

Haris yang sedang leka melihat telefon bimbitnya tersentak apabila terdengar suara Aina yang datang dari hadapan. Terus telefon bimbit di tangan dimasukkan ke dalam poket kot putihnya. 

"Happy? Tak adalah... I biasa-biasa je!" jawab Haris konon-konon selamba.

"Eleh, biasa-biasa konon. I tahu hari ni siang you tak ada shift mana-mana kan? Mesti you pergi dating ni..." Aina cuba serkap jarang.

"Mana ada datinglah. I hangout dengan adik I je. And guess what..."

Aina angkat kening.

"I terserempak dengan Juwita. It turns out yang actually she knows my sister! Dia orang mengajar dekat sekolah yang sama," sambung Haris dengan teruja.

Mata Aina membulat. "Serius? Wow... tak sangka dunia ni kecil betul kan?" tanya Aina dengan senyuman.

Haris mengangguk setuju. "Our plan... is it still on?" tanya Haris tiba-tiba.

Perlahan-lahan senyuman Aina makin pudar. "Didn't I tell you before, Haris?"

"Tell me what?" tanya Haris tidak mengerti.

Aina menepuk dahinya dan menggeleng perlahan. "Sorry, my bad! I rasa I lupa beritahu you..."

"Beritahu I apa sebenarnya ni?"

"Kita kena abbort mission!"

"Wait, what?! Why?"

"Juwita dengan Yusuf... they are officially not a couple anymore. Dia orang dua dah lancarkan perang dingin tau! Jadi, I nak abbort mission kita ni dan you tak payah susah-susah lagi nak distract Juwita daripada Yusuf sebab for all I know, she hates him with all her might now."

Haris bersandar pada kerusinya dan memandang Aina.  "I can't," ujar Haris.

Dahi Aina berkerut. "You can't? What do you mean by that?"

"I can't stop, Aina. I dah seriously jatuh cinta dekat Juwita Natalia."

Mata Aina membulat besar. "Seriuslah ni?! I salah dengar ke atau you memang cakap yang you cintakan Juwita?"

"You heard me. I memang dah jatuh cinta dekat Juwita and there's no turning back."

Aina jadi terkedu dan membisu.

***

Uuuu... Haris dah confess! Tapi tak bestlah kalau takde saingan kan? Hiks 😉😉😉

P/S : Saya baru perasan yang kalau kita baca melalui pc, semua emoticons tu takkan nampak. Jadi, kalau boleh silalah baca guna handphone masing-masing ya hehehehe 

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now