"Please, kali ni giliran saya pulak?" ujar Juwita cuba memujuk.

Haris menolak lembut kad Juwita dan tersenyum. "Not when you are with me. Takkan saya nak biar awak yang bayar untuk makanan saya dan adik saya..." ucap Haris seraya menyerahkan kadnya kepada penjaga di kaunter itu.

"Tak, saya tak kisah!" ujar Juwita bersungguh-sungguh.

"Tapi... saya kisah," ujar Haris lalu mengenyitkan mata membuatkan Juwita terkedu dan terus terdiam.

Kemudian seorang pelayan membawa mereka bertiga ke arah sebuah meja kosong. Sup kimchi extra hot dituang ke dalam mangkuk di tengah-tengah meja itu. Pelayan itu turut menekan butang yang terletak di tepi meja untuk menghidupkan api.

"Awak nak makan apa Lia? Saya ambilkan," ujar Haris sambil berdiri untuk ke tempat bahan mentah di meja buffet.

"Tak apa, saya ambil sendiri." Juwita turut bangun bersama Haris. Takkan nak berlagak jadi bos pulak. Hanis tak apalah, itu along dia!

"Along, ambil coffee chicken lebih sikit eh! Honey fried chicken sekali tau!" pesan Hanis seperti tuan puteri di tempat duduknya. "Along dengan Ju nak minum apa? Biar Hanis ambilkan..."

"Iced lemon tea," serentak kedua-duanya berkata. Juwita dan Haris berpandangan sekejap.

Kening Hanis terangkat dengan senyuman. "Uuu... chemistry!" usik Hanis.

Juwita terus melangkah pergi meninggalkan Hanis untuk mengelakkan dirinya diusik lebih teruk oleh gadis itu. Juwita mencapai beberapa pinggan kosong yang tersusun elok di rak pinggan dan dia melangkah ke arah kaunter makanan mentah.

"Saya baru tahu awak mengajar dekat sekolah yang sama dengan adik saya," ujar Haris yang tiba-tiba sudah berada di sebelahnya dan turut memilih makanan.

"Saya pun baru tahu Hanis tu adik awak, Haris. Dekat-dekat la nama korang, susah nak sebut!" usik Juwita dengan senyuman tetapi tidak memandang Haris kerana sibuk memilih makanan.

"Tulah... dulu saya suruh panggil Abang Haris, awak tak nak. Kan sekarang dah susah."

Juwita terkedu. Erk... dia ni serius ke melawak ni?

"Haris ke, Abang Haris ke, Harris J. penyanyi popular tu ke, Harith Iskander pelawak tu ke... asalkan ada Haris jadilahhh!"

Juwita melangkah ke bahagian daging dan beberapa jenis daging dan ayam yang berbeza jenis perapan diletakkan di dalam pinggan serba sedikit. Sebenarnya ini baru pertama kali dia menjejakkan kaki ke restoran ala-ala Korea ini memandangkan dia bukanlah peminat makanan Korea.

Tiba di bahagian makanan laut, Juwita jadi rambang mata. Sotong dan udang mentah diletakkan di dalam pinggan kosong dalam kuantiti yang banyak. Favourite tu!

Juwita kembali ke meja makan dan meletakkan pinggan yang sudah penuh berisi makanan. Kemudian dia memandang dapur kecil di tengah-tengah meja itu dengan pandangan kosong.

"Kenapa kau nampak blur-blur ni Ju?" tanya Hanis yang pelik melihat kelakuan Juwita. Ketika itu Haris turut tiba membawa pinggan yang sudah penuh berisi makanan.

"Aku first time makan sinilah... tak biasa dan tak reti!" Juwita mengaku jujur.

"Small matter je tu Juwita... Apa guna ada Doktor Haris Redzuan yang serba boleh ni dekat sini kalau dia tak boleh tolong kau kan?" Hanis sudah angkat-angkat kening. "Along tolong Juwita eh... kesian dia tak tahu nak guna benda alah ni."

"Boleh... tapi ada syarat."

Berkerut dahi Juwita. Takkan tolong sikit nak bersyarat kot? "Apa syaratnya?"

"Can I have your phone number?"

Tiba-tiba Juwita rasa mahu tergelak. "You can get it without even trying, Haris. Nombor saya dah ada dalam sistem klinik awak kan? Sekarang pun awak dah tahu saya kawan dengan adik awak. You can easily get it from her."

"Entah along ni!" sampuk Hanis.

"Tak sama dengan minta dekat awak sendiri..." ujar Haris sambil memandang tepat ke arah mata Juwita. "I wonder... how did you get those eyes, Lia." Sepasang mata berwarna kebiru-biruan yang hampir ke rona kelabu itu dipandang sedalamnya.

Juwita terus melarikan matanya dari terus memandang Haris. Hatinya berdegup laju saat Haris memandangnya seperti itu tadi.

"Ke... kenapa?"

"Cantik. Sangat cantik. Macam awak," ujar Haris tanpa segan silu walaupun adiknya masih berada di sebelah.

Juwita dapat rasakan wajahnya terasa panas mendengar kata-kata Haris. Pasti wajahnya sudah bertukar kemerah-merahan menahan malu saat ini. Juwita menundukkan kepalanya supaya matanya tidak memandang Haris.

"Ehem. Along, I'm still here for goodness sake. Belum mula makan lagi tapi Hanis dah rasa mual dengar ayat along tau!"

"Kacau daun la Hanis... Along tengah mengayat bakal kakak ipar Hanis ni!"

Bulat mata Juwita mendengar ayat Haris yang tidak berlapik tadi. Lelaki itu tersenyum suka sedangkan Juwita sudah rasa hendak pengsan.

"Serius kau nak jadi kakak ipar aku, Ju? Kau dah lama bercinta dengan along aku ya?"

Pantas kepala Juwita menggeleng. "Ma... mana ada! Aku baru kenal dia la! Along kau ni yang pandai-pandai buat cerita!"

Haris tergelak melihat Juwita yang nampak sudah kelam-kabut cuba menepis dakwaan Hanis tadi.

"Takpelah, mula-mula saya buat cerita... lepas tu kita bercinta!" Haris masih tak habis-habis mengusik. Hanis pula tergelak bagai nak rak.

"Eii awak ni...!" Juwita mengetap bibir cuba menahan malu kerana diusik. "Perasan! Syok sendiri! Siapa nak bercinta dengan awak?"

Haris senyum menyenget sambil memandang wajah Juwita. "It's okay... kita tengok satu hari nanti macam mana. Saya akan pikat awak sampai dapat, Lia!"

Merah pipi Juwita kerana malu tetapi sedaya upaya dia cuba kekalkan riak selamba. "Kalau awak nak, cubalah! Tengok nanti saya terpikat atau tak. Saya ni hati kayu kepala batu tau!"

"Kalau saya berjaya?"

"Awak hebat!"

"Itu je? Hadiah?"

"Awak nak apa?"

"Kalau saya berjaya... kita kahwin!"

Juwita dan Hanis sama-sama terlopong.

***

Yes, I'm back! Dah tersangat lama menghilangkan diri, jadi hari ni saya nak ease your soul! Siapa rindu Juwita dan Haris? 🙋 Sorry, agak pendek kali ni. I'll try again next time ihiks 😊

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now