Kali ini tangan pekerja wanita itu menghalang jalannya pula. Langkah Juwita terhenti beberapa tapak dari bilik Yusuf.

"Tak boleh Cik Juwita. You kena tunggu di luar. Encik Yusuf tak suka orang masuk bilik dia," ujar wanita itu sambil tajam memandang Juwita.

Juwita mengecilkan matanya memandang wanita itu. "Since when dia tak suka I tunggu dalam bilik dia?" Memang selama ini jika dia mahu menunggu lelaki itu, Yusuf akan berpesan supaya dia tunggu sahaja di dalam bilik itu. "And you... you bukan secretary Yusuf kan?" Juwita berpaling dan memandang kubikel Keena, setiausaha Yusuf yang kosong.

"Yes, I am not."

Juwita memandang wanita di hadapannya yang wajahnya sudah pucat dan kelihatan takut. Juwita tersenyum sinis. Kali ini dia rasa dia sudah dapat 'menghidu' sesuatu.

"I don't mean to act bithcy but please get out of my way." Serentak itu tangan wanita tadi ditepis dan Juwita terus memulas tombol pintu bilik Yusuf.

Yusuf dan Keena yang sedang melakukan perkara yang amat menggelikan itu tersentak apabila pintu bilik dibuka kasar. Yusuf terkejut melihat Juwita yang berdiri di muka pintu biliknya sambil berpeluk tubuh bertindak untuk terus bangun sehingga menyebabkan Keena yang duduk di atas ribanya jatuh terjelepuk di atas lantai.

"There you go," ujar Juwita sinis. Hatinya seperti terbakar saat matanya melihat Yusuf sedang bermesra dengan perempuan itu tadi. "Lelaki yang nak minta maaf dan cakap dia boleh jelaskan segala-galanya dekat saya sebenarnya tengah busy making out with other girl!" jerkah Juwita.

Yusuf pantas mendekati Juwita. Tangan Juwita ingin dicapai tetapi Juwita pantas bergerak ke belakang.

"Don't you freaking dare to touch me Yusuf! Just don't!"

"I can explain Juwita," ucap Yusuf tergesa-gesa apabila Juwita sudah mahu meninggalkan bilik itu.

Juwita berpaling semula. "What?! Nak explain apa lagi? Awak nak cakap yang awak dengan dia tak ada apa-apa? Kalau ya, what the hell did I just saw?!" jerit Juwita untuk melepaskan amarahnya. Kali ini tiada setitis air mata pun yang turun kerana dia lebih rasa sakit hati berbanding kecewa dengan Yusuf.

"That's nothing Juwita! We were just..." Yusuf berhenti. Mungkin sedang mencari alasan.

"Just what? Doing CPR?" tanya Juwita sinis. "Keena sesak nafas ke yang awak nak buat CPR dekat dia? Ataupun awak yang sebenarnya buat dia sesak nafas!"

"Please Juwita... for God's sake just let me explain!" Suara Yusuf sudah meninggi. Yusuf mengetap gigi tanda menahan marah juga.

"Sudahlah Yusuf! Saya dah tak nak dengar apa-apa lagi. Cukuplah apa yang saya dah nampak hari ni dan sebelum-sebelum ni. Bodohlah saya kalau saya dengar apa yang awak nak cakap lagi," ujar Juwita penuh sinis. Dia memulas tombol pintu untuk keluar dari bilik itu tetapi ayat Yusuf membuatkan dia berhenti.

"Kau ingat kau bagus sangat ke Juwita?!" jerkah Yusuf.

Juwita berpaling semula dan memandang Yusuf dengan pandangan yang menikam.

"Memang aku tak bagus tapi sekurang-kurangnya aku lagi bagus daripada kau!" balas Juwita kasar dan panggilannya turut berubah.

Yusuf mendekati Juwita. Jari telunjuknya diangkat tepat menunjuk ke wajah Juwita. "Kau jangan ingat kau menang. Aku tahu semua benda tentang kau Juwita. Semuanya. You know I can bring you down in a split second."

Juwita menepis jari Yusuf di wajahnya. "I don't freaking care! Orang pengecut macam kau je yang akan mengugut orang lain untuk menang!"

"Kau akan menyesal nanti Juwita!"

Juwita buat tidak dengar. Dia memulas tombol pintu bilik itu. Sebelum dia melangkah keluar, sempat Juwita memesan sesuatu kepada Yusuf.

"You don't know what I'm capable to do. I don't simply go and shoot all my bullets in one battle, Yusuf. If you want to play it hard, then get ready because it will get messy."

Juwita terus melangkah keluar dan menghempas pintu bilik Yusuf.

"You said that to him?" tanya Julia seperti tidak percaya apabila mendengar cerita Juwita tadi. Hampir ternganga dia mendengar cerita Juwita.

"Yup." Juwita mengangguk.

"Walaweh! Serius macam mafia la adik!" ujar Julia sambil menepuk bahu Juwita. "Baru padan muka dia! Apa dia ingat perempuan ni senang nak digula-gulakan ke? Such a douchebag!" marah Julia terlebih emosi.

Juwita turut tersenyum. "Lega rasanya dah get over him." Juwita menghela nafas lega sambil bersandar pada sofa. Mereka berdua sudah selesai mengemas di dapur jadi masing-masing ingin berehat sebentar sambil mendengar cerita Juwita di ruang tamu.

"So... dah single la sekarang ni?" tanya Julia kedengaran seperti mempunyai rancangan. Kening sengaja diangkat-angkat.

"No... not that mischievous face again," ujar Juwita sambil menggelengkan kepala apabila melihat riak wajah Julia seperti itu.

"Come on! I'll find a better guy for you! Promise!"

Juwita menepuk dahinya.

Matilah aku.

***

Sorry lambat update! Lama idea tersekat dalam otak yg dah hampir berkarat ni hahaha. Apa-apapun harap awak semua enjoy reading this chapter (sementara tunggu nxt chapter yg entah bila xD)

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now