"Assalamualaikum semua kesayangan mummy... How's your day so far?" tanya Juwita manja sambil melemparkan makanan ikan ke dalam kolam itu sedikit-sedikit.

Berebut-rebut ikan-ikan koi itu utuk mendapatkan makanan ikan yang dilempar Juwita. Tidak sampai sesaat licin makanan ikan itu tanpa ada sebutir pun yang terapung di atas air.

"Kesayangan mummy semua ni lapar eh..." Segenggam makanan ikan ditabur lagi. "Makan banyak. Patut la semua gemuk-gemuk belaka..."

Juwita masih lagi bercakap-cakap dengan ikan-ikan kesayangannya itu walaupun ikan-ikan koi itu seperti tidak mempedulikannya langsung.

"Atok..." Juwita memanggil lembut nama ikan yang sejak tadi hanya statik di tempatnya. Segenggam makanan ikan dijatuhkan betul-betul di atas Atok kerana dia tahu Atok tidak banyak bergerak. Atok mula bergerak ke atas dan menerkam makanan ikan itu kemudian kembali ke tempat asalnya.

"Atok, kau makin gemuk la... Nak gerak pun malas kan?" tanya Juwita seolah-olah ikan itu memahaminya. "Atok... aku nak cerita sikit dengan kau ni..." ujar Juwita perlahan. Memang sejak dulu, Atok sentiasa menjadi penemannya tatkala susah dan senang. Atok juga pernah menyaksikan bertapa menderitanya dia dulu. Selain Aina, Atoklah yang menjadi pemegang cop mohor besar atas segala rahsianya selama ini.

"Aku nak cerita tentang Yusuf... kau masih ingat lagi kan Yusuf?" tanya Juwita dengan senyuman. "Baru-baru ni aku dapat tahu dia curang dengan perempuan lain di belakang aku. Aku ingat dia sayang aku selama ni tapi rupa-rupanya aku silap!"

Suara Juwita sudah kedengaran sebak. Matanya masih memandang Atok yang tidak bergerak dari tadi seperti sedang mendengar kisahnya.

"Atok... kau tahu kan yang aku sangat sayangkan dia? Dia satu-satunya lelaki yang tak pernah judge aku, tak pernah membenci aku walaupun ramai yang benci aku masa tu, tak pernah tinggalkan aku bila aku perlukan seseorang, selalu pertahankan aku bila aku dicerca orang..." Juwita terdiam sebentar. Dia menelan air liur yang terasa pahit apabila terkenangkan kisah lama. "Dan dia orang pertama yang ucapkan cinta kepada aku..." Air matanya turun setitis demi setitis. "Dia cinta pertama aku Atok... tapi bila dia curang di belakang aku, aku tak tahu nak buat macam mana. Aku sayang dia, sayang sangat-sangat... Tapi aku tak cukup kuat untuk terima perbuatan dia. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi..." Makin laju air matanya turun. Juwita menekup kedua-dua belah tapak tangannya ke muka untuk menyembunyikan tangisannya yang sudah berlagu.

Tatkala bahu Juwita terhincut-hincut menahan tangisan, tiba-tiba dia rasakan ada sepasang tangan yang berlingkar di bahunya.

"Ibu..." Tubuh Datin Masnah terus dipeluk apabila wajah itu yang menyapa matanya dahulu. Wajahnya disembamkan pada bahu Datin Masnah membuatkan baju di bahagian bahu ibunya itu lencun dengan air mata.

Datin Masnah turut membalas pelukan anak bongsunya itu dengan erat. Hatinya sebak melihat keadaan Juwita yang seperti itu. Hati ibu mana yang tidak akan tersentuh apabila melihat anak sendiri menangis tersedu-sedan seperti itu? Lebih-lebih lagi dia sudah mendengari setiap butir bicara Juwita sejak tadi.

"Nangislah sayang... jangan simpan lagi dalam hati tu," pujuk Datin Masnah lembut sambil mengusap belakang badan anaknya.

"Juwita tak tahu nak buat macam mana bu... Hati Juwita sakit sangat..." ujar Juwita dalam tangisan.

"Solat sayang, solat. Berdoa kepada Allah, minta pertunjuk daripada-Nya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat Juwita," ujar Datin Masnah sambil merungkaikan pelukan. Air mata Juwita diseka dengan jari-jemarinya.

Juwita mengangguk-angguk perlahan sambil menunduk ke bawah. Tiba-tiba sepasang tangan Datin Masnah memegang kedua-dua belah pipi anaknya dengan lembut. Wajah Juwita diangkat supaya memandangnya.

"You have survived from the dark past Juwita. Don't let them haunt you for the rest of your life. It's not your fault it happened. It's not your fault..." ujar Datin Masnah sebak dengan air mata yang bergenang di tubir mata. Dia sedih apabila mengenangkan satu peristiwa yang pernah berlaku kepada Juwita suatu ketika dahulu.

Juwita kembali mendakap tubuh ibunya apabila mendengar ayat itu.

Andai kata waktu boleh diputar, Juwita akan pastikan peristiwa itu tidak pernah berlaku.

***

Ternyata Cikgu Juwita ni boleh berfikir dengan rasional jugak ya. Kalau nak, usahalah! Bak kata Selena Gomez, if you want me come and get it na na na na~ Agak-agaknya apalah rahsia si Juwita ni sampai Atok si ikan koi dengan Aina je yang tahu selain keluarga dia?

Votes and comments sangat dihargai

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now