Norman yang terdengar bunyi bising di pintu bilik terus melangkah ke arah situ.

"Kenapa bising-bising ni?" tanya Norman. Dia melihat Juwita dan Haris yang masih tercegat di pintu biliknya. "Eh Juwita... kenapa ni? Haris? What's happening?"

Haris memandang Norman dengan riak terkejut. "Ini Juwita Natalia adik Julia Natasha yang kau cakap tu?" tanya Haris seperti tidak percaya.

"Yelah... kenapa?"

Tiba-tiba wajahnya yang tadi penuh dengan tanda tanya sudah berubah. Haris tersenyum sinis. Memang menarik!

Baru sekejap tadi dia dan Norman bercerita tentang adik Julia yang bernama Juwita Natalia, sekarang ini gadis yang menjadi topik perbualan mereka sebentar tadi sedang berdiri di hadapannya. Lebih menarik, Juwita Natalia yang berdiri di hadapannya ini merupakan Juwita Natalia yang pernah datang ke kliniknya beberapa minggu yang lepas.

Juwita menjeling geram melihat Haris yang sedang tersenyum sinis memandangnya. Pandangannya dialihkan ke arah Norman.

"Kak Ju tanya abang dengan pengapit abang dah siap ke belum sebab kitorang dah siap. Tinggal nak tunggu Abang Norman dengan pengapit abang je lagi..." ujar Juwita.

"Abang dah lama siap... tunggu si Haris ni bersiap mengalahkan abang!" perlu Norman sambil tersengih memandang Haris. Haris membulatkan matanya ke arah Norman.

Ish Norman ni... jatuhlah saham aku!

Juwita tergelak kecil tanda mengejek. "Tahu sangat... kadang-kadang tu ada orang suka melebih-lebih mengalahkan pengantin!"

Haris terkedu. "Eh eh sedapnya perli saya..."

"Terasa ke?" Juwita angkat kening berpura-pura tidak bersalah.

Norman memandang Juwita dan Haris bersilih-ganti. Dahinya berkerut melihat mereka berdua yang sedang bertegang urat, tidak kelihatan seperti mereka baru sahaja berkenalan.

"Do you guys know each other?" tanya Norman.

Serentak kedua-duanya memandang ke arah Norman.

"Tak."

***

Masuk sahaja ke dalam dewan, Julia dan Norman berjalan beriringan di atas karpet merah dengan iringan muzik romantik yang dimainkan. Kedua-duanya kelihatan sungguh ceria pada hari bahagia mereka. Dua orang gadis kecil yang berjalan di hadapan pasangan pengantin itu pula berjalan perlahan sambil memegang sebakul kelopak bunga mawar putih yang ditebarkan sambil berjalan.

Juwita dan Haris pula masing-masing berjalan di belakang pasangan pengantin itu. Juwita berdiri di belakang Julia manakala Haris pula berdiri di belakang Norman.

Apabila pasangan pengantin itu naik ke atas pentas untuk duduk di atas pelamin, kaki Juwita yang memakai kasut tinggi terpelecok dan hampir-hampir sahaja dia terjatuh dari tangga kalau tidak sepasang tangan Haris secara refleks memegang tangannya erat.

"Are you okay?" tanya Haris prihatin apabila melihat wajah Juwita yang sudah bertukar pucat.

Juwita menarik nafas kencang. Terkejut dengan insiden dia hampir jatuh dari tangga di hadapan orang ramai di dewan itu. Tanpa sedar dia turut memegang tangan Haris erat kerana masih terkejut. Perlahan-lahan Juwita menstabilkan dirinya semula sebelum melepaskan pegangan tangan Haris.

"I'm alright." Juwita menganggukkan kepala. "Thanks for helping," ujarnya kemudian dengan senyuman ikhlas.

Haris terpaku sekejap melihat senyuman manis Juwita yang pertama kali dilihatnya tetapi cepat-cepat dia mengalihkan pandangan. Mereka berdua kembali melangkah dengan lebih pantas untuk mengejar langkah Julia dan Norman yang sudahpun sampai di pelamin.

Tanya Sama Hati ☑Où les histoires vivent. Découvrez maintenant