BAB 1

54.9K 1.5K 55
                                    

[Hotties alert! Doktor Haris Redzuan on board! 😆]

Adam Gallagher sbg Haris Redzuan
Zooey Deschanel sbg Juwita Natalia

Are you ready guys for a new story? 😉

***

Keluar sahaja dari bilik air, wajah Juwita makin masam mencuka. Stress betul! Juwita jadi stress kerana penyakitnya yang satu itu tidak mahu berhenti. Dia nekad, hari ini dia akan melakukan pemeriksaan kesihatan. Sampai bila nak tanggung macam ni kan?

Juwita pantas menyarungkan tudung ke kepalanya ala kadar dan memakai cermin mata sambil mencapai kunci kereta serta beg duit. Baju t-shirt gelebeh yang dipakainya hanya ketika berada di rumah dan seluar track longgar dibiarkan tidak bertukar. Sesuai sangat dengan moodnya yang kacau bilau, dengan dia-dia sekali nampak kacau!

"Juwita... nak pergi mana pagi-pagi ni?" tanya Datin Masnah sebaik sahaja ternampak anak bongsunya itu turun dari tangga.

"Nak pergi klinik! Tak tahan la macam ni bu... Stress tahu tak!" bentak Juwita seperti marah-marah. Tetapi cuma sekejap apabila dia tiba-tiba pula menangis. "Tak kiralah! Nak pergi klinik jugak hari ni!"

Itulah dia Juwita... bila penyakit yang satu itu datang menyerang, pasti mood swing menjadi-jadi! Kadang-kadang Datin Masnah sendiri pun tidak tahu bagaimana hendak mengawal mood anaknya yang satu itu. Juwita boleh marah, menangis, dan ketawa dalam satu masa bila penyakit itu datang menjengah. Pelik sungguh!

Juwita memandu terus menuju ke klinik yang berdekatan dengan kawasan rumahnya. Klinik ini pun agak besar dan bukannya sekadar klinik kecil-kecilan.

Sebenarnya dia datang ke sini pun kerana kawannya, Aina berkerja di klinik ini. Dia lebih selesa untuk menceritakan masalah kesihatannya kepada Aina berbanding orang lain. Walaupun dia lupa menghubungi Aina sebelum datang ke sini, Juwita yakin rakannya itu pasti bertugas hari ini.

"Saya nak jumpa doktor Aina ya..." pinta Juwita sebaik sahaja urusan pendaftaran di kaunter selesai.

"Maaf cik... Doktor Aina tak bertugas hari ni."

"Hah?!" Tanpa sedar suara Juwita ternaik sedikit sehingga membuatkan jururawat di kaunter pendaftaran itu terkejut.

"Doktor Aina ada emergency dekat hospital jadi dia tak bertugas hari ni..." terang jururawat itu tanpa dipinta.

Juwita berdecit perlahan. "Doktor lain ada tak? I mean, doktor perempuan." Juwita menekan perkataan 'perempuan'.

Sakit perempuan kenalah rujuk doktor perempuan, kan? Sakit perempuan hanya perempuan yang faham...

"Dekat sini ada empat orang doktor dan Doktor Aina seorang sahaja perempuan, yang lain semuanya lelaki. Yang tiga lelaki tu semua bertugas hari ni. Kalau cik tak kisah..." Belum sempat jururawat itu menghabiskan ayatnya, Juwita memotong.

"Saya kisah!" Sampuk Juwita geram. Klinik apa ni doktor perempuan pun tak ada?!

"Apa yang bising-bising ni Wada? Ada masalah ke?" Satu suara lelaki tiba-tiba pecah di belakangnya. Serta-merta Juwita berpaling dan susuk tubuh seorang lelaki yang memakai kot putih seperti doktor menyapa matanya.

"Bukan Doktor Haris... Ada pesakit ni nak dapatkan rawatan daripada Doktor Aina je. Masalahnya Doktor Aina kan tak ada hari ni..." terang Wada serba salah, lebih-lebih lagi apabila Juwita menjegilkan mata kepadanya.

Tanya Sama Hati ☑Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin