𝟏𝟎 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

7.6K 313 10
                                    

PEJAM celik, pejam celik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PEJAM celik, pejam celik. Tiba - tiba lagi 3 hari mahu cuti untuk study week.

Tetapi, Rayyan mahu membuat kelas tambahan.

Sepatutnya kelas daripada pukul 2 sehingga 4 petang tetapi dia anjakkan sehingga pukul 6 petang sebab nak bincang kertas final yang sudah keluar pada tahun lepas.

Nak buat latihan bersama - sama katanya.

Tapi petang - petang ni memang semua dah mamai. Bingung juga lah otak belajar 6 jam tanpa henti, subjek yang sama pula tu.

Tapi usaha pensyarah kami mahu semua pelajar - pelajarnya dapat A sangat jelas. Iyelah, sanggup dia korbankan masa yang dia sepatutnya di rumah, berehat.

"Korang faham tak? Kalau tak faham tanya saya." Tegas Rayyan bertutur sambil matanya meliar mahu melihat mana - mana pelajar yang tidak faham

Nadra hanya mengangguk faham padahal tidak. Sikunya disandarkan ke atas meja, pipi yang gebu diletakkan ke atas tapak tangannya yang kecil itu.

Penat.

Ada yang memanggil Rayyan sebab nak menggatal sahaja, nak cuba kan? Mana tau jejaka itu jatuh hati.

Walaupun jejaka itu tidak pernah layan. Tengok balik pun tidak.

Ada yang betul - betul tak faham itu membuatkan mereka tidak puas hati sebab mereka sudah menganggu.

Nadra yang memerhati Rayyan dipanggil dengan banyak pelajar wanita itu hanya mengeluh.

Terkenal betul pensyarahnya itu, tak serabut ke lelaki itu? Mukanya beku sahaja, macam tiada perasaan.

Sah lelaki itu robot.

"Lama betul kau tengok Sir. Suka ke?"

Kata - kata Aisya itu mematikan khayalan Nadra sebelum memandang ke arah rakan baiknya itu bersama senyuman kecil.

"Eh mana ada suka. Aku curious je. Dia tak naik gila ke dengan perempuan yang jelas menggatal dengan dia tu?"

Nadra mencebikkan bibir.

Cemburu? Sikit kut. Eh, takdenya!

Menyampah adalah tengok perempuan - perempuan disitu.

Senyuman manis aka menggatal diberikan kepada Rayyan tetapi sedikit pun jejaka itu tidak pandang.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now