𝟐𝟐 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.3K 251 16
                                    

DAH masuk 2 minggu selepas luahan hati Rayyan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DAH masuk 2 minggu selepas luahan hati Rayyan itu. Rasa nak gugur jantung Nadra bila dengar pensyarahnya sendiri yang meluahkan perasaan dekat dia.

Sejak itu juga lah Nadra tak dapat tidur dengan lena disebabkan jejaka itu. Ayat manis lelaki itu masih terngiang - ngiang lagi di dalam benak fikiran. Nadra cuba juga sibukkan diri untuk lupa akan itu tapi tak berjaya.

Suka? Iye. Tapi layakkah dia? Tidak.

Nadra tak rasa dia layak dengan cinta, lebih - lebih lagi lelaki yang baik seperti Rayyan.

He deserves better.

"Nad, dah siap ke belum?" Panggilan Aisya itu serta - merta mematikan lamunan Nadra sebelum dia sambung bersolek.

"Belum." Balas Nadra tanpa memandang ke arah Aisya. Dia tengah sibuk memakai mascara di hadapan cermin solek itu.

Aisya yang sedang terlentang baring dia atas katil Nadra itu hanya mengeluh. Mata memerhatikan Nadra. Penat dia tunggu!

Itu lah, Nadra suruh datang pukul 10 pagi tapi Aisya rajin sangat datang 8:30 pagi, rasakan lah kena tunggu lama!

"Kau kenapa senyap je lately ni?" Soal Aisya tiba - tiba. Pergerakan Nadra yang sudah memakai mascara itu terhenti.

Nadra tak tahu nak jawab apa. Takkan nak jujur pula? Ada kejap lagi naik seoktaf suara Aisya.

"Woi!"

Suara garau itu membuat Nadra tersentak sedikit. Belum sempat dia menjawab persoalan Aisya, dah kena 'woi'.

Nadra menoleh ke arah Nabeel yang sedang bersandar di permukaan pintu biliknya. Tangan kekar jejaka itu bersilang di dada. Rambut pun serabai macam baru sahaja lepas mandi.

Aisya segera membangunkan diri sebelum duduk di atas katil dengan sopan. Tak elok kalau Nabeel tengok. Sempat dia mencuri tengok Nabeel yang kacak itu.

Abang nya pun satu, tak reti nak ketuk pintu bilik ke? Aisya pun sama, tadi masuk taknak tutup pintu bilik. Dua - dua sama je, elok lah kalau kahwin.

Nadra berkerut kening memandang Nabeel.

Dah lah tak beri salam, asyik sergah orang macam tu je. Nasiblah Nadra tak kena sakit jantung tadi!

"Nak apa?"

"Korang gerak lepas ni naik grab ke?" Soal Nabeel sambil memandang Aisya sekilas sebelum memandang adiknya yang masih bersolek itu.

"Haah." Balas Nadra sepatah.

"Asal kau tak drive je?" Soal Nabeel lagi, keningnya terjungkit.

"Mana ada kereta. Ibu guna." Balas Nadra malas.

"Oh, tadi Aisya tak drive ke datang sini?" Suara Nabeel berubah lembut sebelum memandang raut wajah Aisya yang cantik itu.

Nadra hanya mengeluh perlahan. Dah macam orang ketiga pula dia disitu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now