𝟑𝟐 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

8K 289 9
                                    

SELESAI sahaja solat isyak dan membaca doa bersama buat pertama kali, kedua tapak tangan mereka disapu pada muka sendiri bagi mengaminkan doa yang Rayyan telah pun bacakan tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELESAI sahaja solat isyak dan membaca doa bersama buat pertama kali, kedua tapak tangan mereka disapu pada muka sendiri bagi mengaminkan doa yang Rayyan telah pun bacakan tadi. Nadra bermain dengan kain telekung itu, jantung masih laju berdegup kerana dia tidak pernah berdua dengan lelaki di dalam bilik, lebih - lebih lagi bilik lelaki.

Nadra tak sangka jejaka beku ini sudah menjadi suaminya yang sah. Suara Rayyan yang membacakan doa tadi itu pun sedap dan tenang sahaja bila didengar. Untung Nadra! Ini baru kali pertama Rayyan menjadi imam untuk Nadra.

Rayyan memusingkan badannya menghadap Nadra. Mata mereka bertentangan tanpa berkelip, senyuman manis pula terukir pada wajah masing - masing. Nadra perlahan - lahan menghampiri suami tersayang sebelum mengambil tangan kanan Rayyan yang lebih besar daripadanya untuk salam. Bibir lembut Nadra menyentuh belakang tangan Rayyan untuk beberapa saat sebelum dilepaskan, tangan Rayyan pula erat memegang tangan Nadra seperti tidak mahu dilepaskan. Ibu jari Rayyan mengusap lembut setiap jari - jemari Nadra itu. Anak mata jejaka itu pula tidak lepas daripada memandang isteri tercinta.

Tangan kiri Rayyan menarik lembut dagu Nadra supaya mendekati wajahnya sebelum bibir jejaka itu menghinggap ke dahi Nadra yang bersih itu buat beberapa saat. Nadra dapat merasakan senyuman lebar yang terukir bi bibir Rayyan sewaktu dia mencium dahi Nadra. Rayyan melepaskan ciuman itu lalu menyandarkan dahinya dengan dahi Nadra. Kini wajah mereka sangat dekat sehinggakan nafas hangat mereka dapat dirasai pada wajah. Ibu jari Rayyan masih mengelus lembut tangan Nadra, matanya pula memandang Nadra dengan penuh kasih sayang dan cinta, membuatkan Nadra berasa tenang dan dalam masa yang sama, malu.

"Nadra..." Bisik Rayyan perlahan, tangan kiri Rayyan kini menghinggap pada pipi Nadra dan dielus lembut sahaja menggunakan ibu jari.

"Hm?" Balas Nadra lembut.

"Saya nak minta sesuatu boleh?" Soal Rayyan dalam bisikan. Jantung mereka berdegup kencang disebabkan penjarakkan mereka yang sangat dekat dan juga sentuhan daripada antara satu sama lain.

"Apa dia?" Soal Nadra kembali. Dia pun ingin tahu apa yang suaminya ingin minta. Yang dia tahu, dia akan tunaikan tetapi kalau Rayyan meminta hak yang itu mungkin tidak bersedia lagi.

"Boleh panggil saya abang?" Soal Rayyan. Nadra hanya tersenyum malu. Aduh!

"Malu lah..." Perlahan sahaja nada Nadra membalas, pandangan sudah ditundukkan, tak nak bagi Rayyan melihat muka Nadra yang sudah naik kemerahan itu. Rayyan tergelak kecil apabila mendengar balasan Nadra itu. Comel sungguh isteri dia ni!

"Cuba lah. Saya nak dengar..." Pujuk Rayyan, lembut. Dahinya dan dahi Nadra tidak lagi bersentuhan. Rayyan mengangkat kepala Nadra lembut supaya Nadra memandangnya dan menunggu jawapan daripada gadis itu.

"Abang..." Bisik Nadra perlahan. Malulah! Jangan lah usik dia begitu. Dah merah muka Nadra diusik Rayyan. Tak sangka pula sang suami begitu romantik dan suka mengusik.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now