𝟔𝟐 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5.4K 176 3
                                    

"AKAK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKAK..."

Panggilan Aqirah membuatkan Nadra berpaling untuk memandang adiknya yang sedang menahan air mata daripada jatuh. Rayyan baru sahaja keluar, mahu membiarkan Nadra dan Aqirah berduaan. Dia tak nak menganggu.

Kini hanya tinggal mereka berdua sahaja, tiada lagi ibu dan ayah di sisi. Nabeel pula sudah meringkup di dalam penjara bersama Hadif, tiada lagi abang yang penyayang dan baik kerana semua itu hanya sebuah penipuan yang besar Nadra perlu ambil. Aqirah perlu 100% bersandar pada Nadra kerana dia sudah tiada sesiapa lagi, sudah lah gadis itu masih belajar.

"Qirah... dah makan?" Soal Nadra dengan penuh lembut. Dia tahu adiknya yang seorang ini bagaimana, wajah Aqirah itu penuh dengan kesedihan dan tanda tanya. Tanda tanya kerana perbuatan Nabeel yang masih lagi dia tak tahu. Aqirah seorang yang kuat, nak nangis pun jarang. Anak bongsu memang suka pendam agaknya sampaikan Nadra sendiri susah nak tau apa yang adiknya sedang rasakan.

"Takde selera..." Balas Aqirah dengan perlahan. Dia masih menahan diri untuk tidak menangis. Lepas seminggu Nadra menyedarkan diri, Aqirah baru ada semangat untuk berjumpa dengan kakaknya. Lama juga dia berkurung dalam bilik, makan tak nak, bercakap pun tak nak. Risau mama dan papa bila tengok Aqirah begitu.

"Kenapa adik kakak ni tak makan, hm? Nanti sakit, Qirah..." Meleret suara Nadra. Dia tak nak marah adiknya kerana tak makan, kalau dimarah nanti makin sedih dibuatnya.

Nadra menyandarkan belakangnya pada kepala katil sebelum menarik hujung baju Aqirah lembut supaya duduk di atas katil bersamanya. Aqirah hanya menurut sahaja, dia melabuhkan punggungnya di atas katil.

"Qirah makan boleh? Walaupun sikit, sekurangnya Qirah makan..." pujuk Nadra sambil mengusap lengan adiknya itu. Susah nak pujuk adik bongsunya ini. Hati keras tapi kalau berlembut dengan dia, mudah sahaja nak dia dengar kata. Kalau berkasar memang tak lah dia nak layan.

"Tadi datang dengan siapa?" Soal Nadra bila adiknya hanya diam menyepi. Aqirah sendiri tak tahu mahu kata apa, dia terlalu sedih, terkejut, dan marah lepas apa yang jadi. Bukan pada Nadra tapi pada Nabeel.

"Ezhar... Aariz sibuk jadi dia suruh Ezhar yang ambil Qirah..." balasnya perlahan. Tak sangka pula Nadra yang Aqirah dan Ezhar boleh duduk satu kereta. Entah - entah bergaduh dalam tu tapi tu tak penting, asalkan Ezhar dah bawa Aqirah ke sini dengan selamat.

Nadra tak mahu tanya lebih jadi dia hanya mengangguk.

"Akak... kenapa abang..."

Aqirah tak mampu nak menghabiskan soalannya tapi Nadra sendiri faham apa yang Aqirah mahu sampaikan.

"Nanti akak dah keluar hospital, akak cerita semuanya pada Qirah, okey? Akak janji... sekarang ni, Qirah jangan risau pasal akak sebab akak ada suami nak jaga akak... Qirah ada tanggungjawab sendiri, pergilah sambung belajar... kesian Qirah ketinggalan lama dengan pelajaran... Qirah tak boleh sedih lama sangat macam ni, okey?"

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now