𝟓𝟐 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5K 194 11
                                    

"ABANG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ABANG..." Panggil Nadra selepas dia membuka pintu bilik itu. Kepala ditundukkan. Baru sahaja dia terserempak dengan Aariz semasa mahu masuk bilik tadi. Aariz hanya senyum segaris dan berlalu pergi, memberi mereka berdua masa untuk berbicara.

Rayyan yang dengar panggilan daripada Nadra itu mengangkat kepala untuk memandang ke arah isterinya yang sedang kelihatan sedih itu. Dia memerhati Nadra yang sedang berjalan mendekatinya, tangan sibuk bermain dengan hujung blaus.

"Hm?" Balas Rayyan.

Nadra mengangkat kepala perlahan - lahan untuk memandang wajah Rayyan. Jejaka itu lagi tadi memandangnya tanpa berkelip. Dia menunggu gadis itu untuk mengatakan sesuatu.

"Nad minta maaf... Nad berkasar dengan abang tadi..." Perlahan suara Nadra sebelum pandangan dibuang ke lantai.

Rayyan mengeluh.

"Saya yang salah, Nadra. Saya yang tak faham dengan perasaan awak. Saya tahu awak penat jaga saya, masakkan untuk saya tapi sekali pun saya tak pernah nak ucap terima kasih dekat awak." Balas Rayyan. Dia sedar dia tak pernah sekali pun berterima kasih dekat Nadra sepanjang Nadra menjaganya di hospital.

Nadra mendongak untuk memandang Rayyan. Dia terdiam seketika.

"Abang tak salah pun..."

"Saya salah, Nadra. Awak sanggup jaga saya setiap hari dekat sini walaupun awak sibuk dengan kerja dekat ofis dan rumah. Saya biar awak tidur dekat sofa yang tak selesa tu dan saya pula sedap tidur dekat atas katil ni. Saya biarkan isteri saya kerja seorang tanpa saya menolong. Suami jenis apa lah saya ni, Nadra? Baik ke saya layan awak sebelum ni? Adakah saya suami yang baik untuk awak sebelum ni?"

Rayyan menatap wajah Nadra dengan penuh ingin tahu, dan juga sedih.

"Abang layan Nad baik sangat sebelum ni... Takde orang yang pernah layan Nad sebaik tu selain keluarga Nad... Abang lah orang yang selalu jaga Nad bila Nad perlukan abang... Abang selalu ada dengan Nad kalau Nad sedih. Abang je yang tahu kalau Nad tengah sedih atau gembira. Nad tak perlukan orang lain selain abang dalam hidup Nad. Abang dah lebih daripada cukup untuk Nad." Balas Nadra.

"Nad faham abang masih lagi tak boleh nak terima Nad sepenuhnya sebab abang langsung tak ingat Nad dan Nad tak terasa langsung pun dengan abang. Apa yang Nad tau, Nad nak jaga abang sampai abang pulih sepenuhnya, sampai abang ingat Nad." Sambung Nadra lagi. Tangan Rayyan disentuh dan diusap lembut.

"Nad akan sentiasa tunggu abang untuk ingat semula tentang Nad walaupun ia mengambil masa yang lama. Nad tetap akan tunggu abang." Anak mata Nadra memandang tepat dalam anak mata Rayyan. Jejaka itu tersenyum kecil.

"Saya minta maaf kalau saya ada kecilkan hati Nadra sebelum ini." Ujar Rayyan lembut. Tiada langsung riak beku pada wajahnya.

"Nad maafkan..." Balas Nadra.

"Malam ni Nadra tidur sebelah saya ye?" Ayat itu membuatkan Nadra terkaku. Tidur sebelah? Salah dengar ke? Ataupun tak? Dah sebulan lebih begini tiba - tiba malu pula nak tidur sebelah.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now