𝟔𝟏 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5.5K 173 14
                                    

"NADRA!" Membulat mata Rayyan sebaik sahaja gadis itu menolak tubuhnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"NADRA!" Membulat mata Rayyan sebaik sahaja gadis itu menolak tubuhnya. Kuat dia menjerit nama Nadra bila terasa nafas gadis itu tersekat seketika. Belum sempat Rayyan mahu menolak isterinya, peluru sudah terkena tepat di belakang Nadra.

Tangan Rayyan berada di belakang Nadra, dapat dia rasakan cecair pada jemarinya tapi tak sanggup dia mahu melihat. Dia tahu cecair itu adalah darah. Tubuh Nadra dibawa rapat padanya, lengan merangkul tubuh itu.

"Wah, interesting! You're so in love with him that you'd rather die!" Nabeel gelak jahat, tiada sedikit pun perasaan simpati buat adiknya sendiri. Apa yang dia pamerkan daripada wajahnya hanya lah seorang yang berdendam.

"Mati sama - sama lah, lagi seronok kan? Seorang masuk neraka sebab dah disentuh oleh lelaki lain selain suami dia, lagi seorang masuk syurga. Tengok daripada jauh je lah kan?" Sambung Nabeel bersama senyuman jahat. Pistol yang dipegang itu diacukan pada Rayyan.

Rahang Rayyan diketap apabila Nabeel berkata begitu. Mata tajam memandang ke arah Nabeel, sikit pun dia takut dengan Nabeel atau pistol yang teracu pada dia.

"Kau bukan Tuhan nak tentukan orang masuk syurga atau neraka Nabeel!" Jerkah Rayyan, bergema suaranya di dalam bangunan itu. Mukanya merah akibat menahan amarah. Nadra masih di pangkuannya, menahan sakit. Matanya sudah layu, muka sudah pucat.

"Abang..." lemah suara Nadra memanggil. Dia cuba untuk mencapai tangan Rayyan tetapi dia terlalu lemah. Darah sudah membasahi belakang bajunya dan menitik ke atas lantai.

Rayyan menundukkan kepala untuk memandang Nadra, wajahnya berubah lembut. Tangan yang dipenuhi dengan darah tadi menyentuh pipi gadis itu lalu mengusapnya lembut.

"Sayang... stay with me, okey? Sayang jangan mengalah ye? Sabar ye, sayang... don't talk too much, I'm here..." balas Rayyan lembut sebelum mencium dahi Nadra yang sudah kotor itu. Air matanya jatuh terkena dahi gadis itu.

Ezhar pula hanya memerhati sebelum dia menyepak kasar kepala Hadif, membuatkan pegangan jejaka itu pada kakinya terlepas. Jijik!

"Kenapa kau kejam sangat, Nabeel? Adik kau tu! Takde sikit ke perasaan simpati kau dekat adik sendiri? Sanggup kau biarkan adik kau disentuh lelaki lain? Abang jenis apa kau ni?" Giliran Ezhar pula yang marah.

"Sebelum kau tanya aku ni abang jenis apa, cuba kau tanya mak bapak aku dulu! Mak ayah jenis apa dia orang layan aku macam sampah?! Tapi aku lupa, dah mampus kan? Aku ikut apa yang dia orang ajar je, Ezhar. Didikan ibu ayah kan kena ikut." Bidas Nabeel, terkeluar urat lehernya apabila meninggikan suara.

"Tak guna lah kau berdendam dengan orang, Nabeel! Biar lah Allah balas apa yang dia orang buat dekat dunia ni, bukan kerja kau!" Marah Ezhar lagi.

"Aku nak tolong cepatkan balasan dia orang je, Ezhar." Kata Nabeel perlahan bersama senyuman sinis. Psiko. Gila.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now