𝟑𝟑 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

7.4K 241 7
                                    

MATA Rayyan perlahan - lahan terbuka dan sedar daripada tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA Rayyan perlahan - lahan terbuka dan sedar daripada tidur. Dia membawa tangan untuk menggosok matanya yang masih tersisa dengan kantuk. Rayyan menundukkan kepala apabila lengannya terasa berat. Senyuman kecil terukir pada wajah kacaknya ketika melihat Nadra yang masih nyenyak tidur. Pipi gadis itu menyandar pada dada Rayyan manakala lengan Rayyan dijadikan bantal oleh Nadra. Rambut Nadra sudah kusut masai dan tidak kemas, dia beralih sedikit seperti mencari tempat yang selesa untuk tidur lebih nyenyak.

Wajah cantik Nadra itu dipandang lama oleh Rayyan. Tangannya menyikat lembut rambut sang isteri sebelum mengalihkan helaian rambut Nadra yang menutupi wajah cantiknya itu. Kan seronok, bangun dari tidur je dah senyum!

"Cantiknya isteri abang ni tidur." Bisik Rayyan perlahan, dia tak nak Nadra bangun kerana dia mahu memandang setiap sudut wajah isterinya itu. Dari rambut Nadra yang lembut itu ke mata yang sedang tertutup rapat lalu dielus lembut kening Nadra yang cantik dan tebal itu. Hidung Nadra yang kecil dan mancung itu dicuit lembut sebelum dielusnya pipi Nadra yang gebu itu. Tiada sebarang cacat cela pun yang ada pada wajah Nadra. Akhir sekali, dia mengalihkan pandangan pada bibir sang isteri yang lembut dan kemerahan itu.

Selimut yang terselak sedikit dan menayangkan bahu Nadra yang ditutupi baju tidur itu Rayyan tarik semula supaya isterinya tidak kesejukan. Rasa ngantuk sudah pun hilang tetapi rasa selesa masih ada. Terlalu selesa dengan isteri di atas katil, tak puas lagi peluk Nadra yang masih tidur itu. Kalau setiap hari Rayyan bangun begini, memang dia semangat nak bangun setiap hari.

IPhone Rayyan yang berada di meja kecil pada sisi katil itu dicapai sebelum tengok jam pada skrin itu. 6:05 pagi. Dia letak semula iPhone itu pada meja kecil itu sebelum menoleh untuk melihat Nadra. Ini mesti penat sangat semalam sampai nyenyak sangat tidur. Dia tak ingat ke dia tengah tidur dengan lelaki sekarang? Jangan lupa yang dia sudah jadi isteri Rayyan sudah lah.

Dengan perlahan, Rayyan menarik lengannya daripada kepala Nadra dan membiarkan Nadra baring di atas bantal kepalanya yang empuk itu. Rayyan memberi hadiah ciuman lembut pada dahi Nadra sebelum menuruni katil untuk mengambil wudhu di bilik air.

Selepas mengambil wudhu, Rayyan melangkah semula ke katil dan duduk di birai katil untuk mengejut Nadra. Baru nak mengusap pipi sang isteri, tiba - tiba teringat dia sudah berwudhu.

"Why is it so hard to resist you?" Rayyan mengeluh dan tersenyum kecil sebelum menggoyangkan perlahan bahu Nadra yang berlapik dengan selimut tebal itu.

"Sayang, bangun sayang... Ambil wudhu, kita solat sama - sama." Kejut Rayyan lembut sahaja sambil menggoyangkan bahu Nadra yang masih nyenyak itu. Nadra hanya menggeliat sedikit tetapi mata masih tertutup rapat. Sayu sahaja suara Rayyan di telinga Nadra seperti mimpi yang indah.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now