𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐀

4.6K 161 10
                                    

"Abang, mana Nuwair? Bukan Nad suruh abang jaga dia ke tadi?" Soal Nadra, hati sedang menahan panik. Rayyan dipandang tanpa berkelip. Risaukan anak yang baru sahaja berumur satu tahun. Nuwair Khair. Anak lelaki sulung Rayyan dan Nadra. Suka merayap budak tu, merangkak sana sini.

"Abang? Bila masa sayang suruh abang jaga Nuwair?" Soal Rayyan pula. Dia juga mengawal riak panik. Ada ke Nadra suruh jaga Nuwair? Dia terlalu sibuk membuat projek terkini di komputer riba sampai apa yang Nadra katakan pun dia tak dengar.

Mata Nadra sudah membulat.

"Abang, ni bukan masa nak buat lawak tau. Lagi satu, kenapa pintu rumah tu terbuka?" Nadra memandang pintu utama yang terbuka dengan luas. Angin yang lemah itu memasuki ke dalam rumah itu.

"Mama dekat luar, takkan abang nak tutup pula?" Terkebil mata Rayyan. 

"Mama dalam bilik dia abang... Nad sendiri nampak dia masuk."  Jawab Nadra, masih mengawal suara. Hati berdebar dengan penuh rasa takut.

Rayyan dan Nadra menoleh dan memandang mama dengan mata yang terbeliak.

"Abang!" Naik satu oktaf suara Nadra sebelum mara ke arah Rayyan.

"Nad dah cakap tadi suruh jaga Nuwair, apa yang abang buat sampai tak dengar?" Bebel Nadra. Wajah dikerutkan. Marah sungguh dia waktu ini. 

Diam. Rayyan meneguk liur. 

"Sayang..."

"Apa yang susah sangat? Nad minta tolong abang jaga anak kita je sebab Nad sibuk buat rendang dekat dapur. Itu je." Sambung Nadra lagi. Sapaan Rayyan tidak dihiraukan.

"Sayang, abang tak sengaja... Abang sibuk dengan kerja tadi..."

"Sibuk sangat dengan kerja tu sampai anak sendiri pun tak boleh nak jaga ke?" Bidas Nadra. Wah, makin naik darah dia sekarang. Memang lah sibuk tapi takkan lah sepanjang masa tengok komputer riba?

"Sayang, abang--" 

Belum sempat Rayyan menghabiskan ayat, Nadra sudah berlalu pergi. Jelingan sempat diberi pada jejaka itu. Tudung sarung yang tergantung di atas kepala sofa itu dicapai lalu dia keluar rumah untuk mencari Nuwair.

Rayyan memerhati langkah yang diambil Nadra lalu mengeluh. Dia meraup muka. Dalam hati rasa kesal. Dalam hati menyoal diri sendiri, kenapa dia terlalu ralit dengan kerja padahal keluarga yang sepatutnya menjadi nombor satu?

Lantas dia mengambil langkah untuk mencari Nadra di luar rumah tetapi susuk itu sudah hilang. Pintu pagar yang terbuka itu dipandang sebelum dia melangkah keluar dari perkarangan rumah. Kanan dan kiri dia melihat tetapi tiada Nadra dalam penglihatan. Laju betul gadis itu berjalan.

"Nad?" Panggil Rayyan, mengharapkan gadis itu mendengar dan menyahut walaupun dia tahu Nadra akan diam sahaja kalau dia dengar. Wajah isterinya yang sedang menahan marah tadi masih berada dalam fikiran.

"Nadra sayang... Sayang dekat mana?" Soal Rayyan seraya berjalan kaki untuk mencari gadis itu. Sudah jauh dia daripada rumah tetapi bayangan Nadra pun dia tak nampak. Dah jauh sangat ke isterinya itu?

Riak Rayyan penuh dengan kerisauan. Kiri dan kanan dia berpusing untuk mencari isterinya. Peluh merenik pada dahi jejaka itu. Aduh, takkan kena culik pula! Langkah Rayyan semakin laju, dada berombak kasar.

"Ya Allah, sayang... Mana sayang pergi ni..." Gumam Rayyan pada diri sendiri. Mata masih meliar mencari isterinya yang hilang. Rayyan berlari anak bagi mencari gadis itu. Dalam hati berdoa supaya Nadra dalam keadaan yang baik.

__________________..._________________

"Nuwair sayang... anak ibu dekat mana tu, sayang?" Bergetar suara Nadra sambil mencari anak lelakinya. Air mata sudah berjurai ke pipi akibat terlalu risau. Perlahan dia kesa air mata itu. Suara Rayyan tadi pun dia tak dengar. Seorang ke sini, Nadra ke sini.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now