𝟎𝟗 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.8K 297 18
                                    

"FA, cepatlah sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"FA, cepatlah sikit. Nanti lambat abang nak solat maghrib ni." Tegur Rayyan kepada sepupu nya yang sedang sibuk mencari beg tangan yang disukai.

Matanya sibuk meliar tengok daripada hujung sini hingga hujung sana.

Fa adalah nama panggilan sahaja. Nama penuhnya Syifa. Dia ini memang sangatlah manja tapi Rayyan tak suka nak melayan sangat.

Disebabkan mak long nya yang suruh bawa Syifa pergi ke shopping mall, Rayyan sebagai anak saudara yang baik pun dengar sahaja lah.

Takkan nak melawan kata mak saudara sendiri.

"Sabar lah bang... Fa tak jumpa lagi barang yang Fa nak..." Syifa merungut tanpa memandang ke arah abang saudaranya itu,

Matanya masih sibuk membelek beg tangan yang tersusun di atas rak dengan sempurna.

"Kalau macam tu, abang pergi solat dulu ye? Nanti apa - apa Fa call, jangan pergi mana - mana pulak." Nasihat Rayyan kepada Syifa itu.

Dia ni bukan boleh percaya, sekejap lagi dia menghilang. Nanti Rayyan juga yang kena bebel dengan mak long sebab tak reti nak menjaga anak dia.

Jaga lah sendiri mak long oi!

Syifa hanya mengangguk, entah faham ke tidak pun tak tau.

Rayyan pun berlalu pergi mencari surau yang setingkat dengan tempat Syifa berada sebelum pergi ke tempat mengambil wudhu'.

Kalau sempat boleh solat sunat sekali, dapat pahala.

...

Selepas masuk ke dalam surau dan belum sempat Rayyan pergi ke tempat mengambil wudhu', matanya tertumpu pada seorang lelaki yang seperti baru sahaja selepas bergaduh.

Mukanya yang kacak itu penuh dengan luka dan lebam, rambut yang hitam tebal itu sudah serabai.

Dia duduk di lantai, belakangnya disandarkan di dinding surau itu dengan nafasnya yang tercungap - cungap sedikit.

Nasib baik lah tak ramai dekat sini. Kalau tidak mesti ramai yang tertanya - tanya. Rayyan ni malas nak masuk campur.

Baju t miliknya itu sudah kotor dengan tapak kasut. Dah lah putih baju dia itu.

Allah.

Nak tegur ke tidak? Kalau dia samseng macam mana?

Ah, nanti - nanti lah. Baik dia solat dulu.

...

Setelah selesai solat sunat dan maghrib, Rayyan bangun daripada sejadah itu, melipatnya dengan kemas sebelum meletakkan sejadah itu ke dalam almari yang terletak di hujung surau itu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now