𝟔𝟒 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5.7K 160 3
                                    

"ELOK - elok jalan, sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ELOK - elok jalan, sayang... Awak bukan dah pulih sepenuhnya..." Pesan Rayyan apabila melihat Nadra yang laju menonong sahaja berjalan, tak ingat langsung tentang diri sendiri. Yelah, dah discharged dari hospital setelah sebulan lebih kan? Macam ni lah gayanya.

"Cepatlah, abang... Nad nak balik rumah..." Pesanan suami tadi tidak dihiraukan tetapi tangan Rayyan ditarik lembut sebelum memeluk lengan kekar itu. Rindunya dengan rumah! Apa lah agaknya yang jadi dengan rumah tu ye? Bersepah ke? Kemas ke? Ah, yang penting dia tak sabar nak baring di atas katil empuk itu.

"Iye, sayang... Jangan laju sangat, nanti jatuh."

Tau lah Rayyan betapa cuainya isteri dia bila buat sesuatu, tak kira lah lantai tu tak licin ataupun mata fokus dengan sekeliling. Dah kalau nak jatuh, memang jatuh lah walaupun isterinya itu berhati - hati. Clumsy benar Nadra ni.

"Kalau jatuh, abang lah sambut Nad. Hehe." Nadra menjawab dengan penuh selamba sambil menayangkan sengih mengada. Nak elak kena marah dengan suami, senyum aje. Cair lah dia nanti. Nadra dah tahu taktik mencairkan hati suami sendiri.

"Memang abang boleh sambut tapi kalau tak sempat?" Rayyan menjungkitkan kening seraya menatap wajah isterinya dengan penuh geram. Cubit kejap lagi baru tahu. Tak sayang diri betul si Nadra ni. Nasib baik lah comel, kurang sedikit rasa marah Rayyan.

"Kalau tak sempat, kesian lah Nad tercium lantai... Abang tak cemburu ke nanti?"

Soalan apa pula ni? Aduhai!

Terkebil Rayyan mendengar loyar buruk isterinya sambil memikirkan ayat yang betul untuk menjawab persoalan itu.

"Cemburu? Kalau iya pun, nak abang buat apa? Cium sayang ke?" Soalan dibalas dengan soalan. Nadra tercengang. Nak jawab apa? Kalau jawab 'ya', mula lah kena sakat dengan Rayyan, kalau cakap 'tak' pula, itu menipu namanya.

"Tak nak lah, entah - entah sayang cium tapak kasut orang." Saja Rayyan mahu loyar buruk dengan gadis itu. Kalau dia boleh buat, takkan Rayyan tak boleh?

"Abang ni..." Rengek Nadra sambil memuncungkan bibir. Dia berhenti melangkah untuk keluar daripada hospital sambil memuncungkan bibir. Merajuk? Bukan Nadra kalau tak merajuk, nasib lah suaminya suka tengok isterinya begitu.

Rayyan tergelak kecil namun dia tidak perasan yang Nadra sudah menghentikan langkah, apabila dia sedar, lantas dia toleh ke belakang untuk mencari isterinya yang sedang bersandar di dinding.

"Merajuk lah tu..." Gumam Rayyan sebelum berjalan mendekati Nadra untuk sesi memujuk. Alahai isteri dia yang seorang ni. Jejaka itu berdiri betul - betul di hadapan Nadra sebelum menundukkan tubuhnya sedikit bagi melihat wajah Nadra dengan jelas tetapi gadis itu berpaling ke sisi.

"Sayang..." panggil Rayyan.

Diam.

"Sayang abang..."

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now