𝟏𝟏 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

7.3K 283 5
                                    

SELEPAS sahaja semua pelajar tadi lari berkeliaran akibat ketakutan terhadap Rayyan, jejaka itu mengeluarkan keluhan berat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELEPAS sahaja semua pelajar tadi lari berkeliaran akibat ketakutan terhadap Rayyan, jejaka itu mengeluarkan keluhan berat. Rayyan memalingkan kepalanya menghadap Nadra yang masih ditutupi dengan kotnya dan Aisya memeluknya.

Mereka masih berjalan untuk pergi ke asrama mereka, wajah Aisya jelas kerisauan dengan Nadra termasuklah Rayyan yang sedang berdiri di situ.

Ya Allah, apa yang dah jadi dengan gadis itu?

Rayyan mengeluh buat kali yang kedua sebelum melangkah perlahan untuk ke tempat parkir pensyarah. Kawasaki Ninja H2R kegemaran jejaka itu dipandang.

Sudah 3 tahun dia memiliki superbike ni tapi masih cantik dan berkilat.

Rayyan mengeluarkan kunci motornya yang berada di dalam polet seluar sebelum menghidupkan enjin. Helmet berwarna hitam dipakai sebelum menaiki motornya itu.

Motor itu dikeluarkan daripada kotak parkir sebelum memandu.

Semasa membawa motor itu di atas jalanraya, jeritan Nadra tadi masih jelas di dalam fikiran Rayyan. Semakin laju Rayyan memecut bila difikirkan tentang gadis yang sudah memikat hati bekunya itu.

Apa yang Rayyan tahu, jeritan Nadra itu bukan lah jeritan biasa. Ia penuh ketakutan, tubuh badan kecil gadis itu pun menggigil dan ia jelas pada mata Rayyan dan setiap manusia yang memerhati tadi.

Wajah Nadra yang tersembam pada bahu Aisya itu membuatkan Rayyan terasa sakit.

Air mata Nadra laju menuruni pipi yang comel dan gebu itu.

Rayyan tak faham tentang perasaan nya sekarang ini, kenapa dia marah sungguh dengan Zaid? Adakah itu hanya sebab apa yang lelaki itu buat salah? Ataupun sebab Nadra yang Zaid sudah sakiti?

Mengapa hati beku itu terasa dicengkam dan dikoyakkan tanpa belas kasihan apabila melihat Nadra menangis dan ketakutan? Kenapa dia terasa sakit sekali?

Rayyan tidak menghiraukan speed limit, dia hanya memecut laju tanpa menghiraukan apa - apa.

Otaknya sedang bercelaru. Hati sedang berdegup dengan laju disebabkan gadis yang bernama Nadra itu.

Sungguh dia tak faham perasaan yang dia sedang hadapi sekarang ini. Adakah ini cinta yang orang sekelilingnya selalu rasa? Perasaan inikah yang Ezhar sebutkan?

Atau ini hanyalah ujian semata - mata?

Bertalu - talu soalan Rayyan di dalam hatinya itu dan ia meronta - ronta mahu tahu jawapan.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now