𝟒𝟎 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.2K 184 6
                                    

"NAK makan dulu ke nak swim dulu?" Soal Rayyan lembut selepas membuka pintu kereta penumpang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"NAK makan dulu ke nak swim dulu?" Soal Rayyan lembut selepas membuka pintu kereta penumpang. Nadra melangkah masuk ke dalam perut kereta, senyuman manis ditayang pada Rayyan.

"Makan dulu lah. Kebulur ni." Sengih Nadra sambil mengusap perut yang sudah menjerit kelaparan itu.

Memandangkan semalam Nadra berlajar satu hari tanpa henti, Rayyan mahu Nadra melepaskan tekanan jadi dia mengajak gadis itu pergi ke Austin Height Waterpark. Nadra pernah juga beritahu Rayyan yang dia dah lama tak berenang, sebab itu juga lah Rayyan bawa dia ke sini. Terharu juga Nadra bila Rayyan ingat kata - kata itu padahal dah lama dia cakap.

"Okay. Kita cari restoran berhampiran dengan Waterpark eh?" Balas Rayyan, tangan disandarkan pada pintu kereta sambil menunggu jawapan Nadra.

"Okay!"

Sempat Rayyan mengusap kepala Nadra yang bertudung itu setelah gadis itu membalas. Pintu kereta ditutup semula sebelum dia berjalan ke tempat pemandu.

Rayyan memulakan pemanduan untuk mencari restoran yang berhampiran untuk mengisi perut yang kosong.

"Sayang nak makan apa?" Soal Rayyan sambil memerhati setiap restoran yang berada di situ. Dia menoleh sekilas ke arah Nadra apabila gadis itu senyap, rupanya tengah sibuk memikir dengan jari telunjuk di atas dagu.

"Dah lama tak makan western." Nadra bersuara akhirnya.

"Depan tu ada western, kita makan situ eh?" Ujar Rayyan. Nadra angguk lalu Rayyan memakirkan kereta di tempat yang kosong. Nasib baik tak jauh daripada restoran, kalau tidak jenuh lah nak berjalan.

Mereka berdua melangkah ke restoran itu sambil berpengangan tangan. Rayyan menolak pintu kaca itu dan memberi Nadra terlebih dahulu untuk masuk, tangan dialihkan pergi ke pinggang ramping Nadra sebelum dia pula yang melangkah masuk. Ramai juga orang. Mesti sedap.

Mereka mengambil tempat duduk yang paling hujung dan privasi sedikit, buku menu yang sudah tersedia di atas meja itu dicapai sebelum diselak untuk melihat semua menu yang menarik itu. Terliur Nadra membaca semua menu itu, macam nak ambil semua pun ada!

"Sayang nak makan apa?" Soal Rayyan dan menoleh ke arah Nadra yang sedang fokus membaca menu yang ada di dalam buku itu.

"Nak semua." Selamba Nadra menjawab. Membulat mata Rayyan sebelum tergelak kecil.

"Lapar sangat isteri abang ni, eh?" Bahu Nadra ditarik dan diusap lembut oleh Rayyan. Gadis itu hanya tersengih minta penampar.

"Dah lama sangat tak makan western, macam ni lah jadinya." Omel Nadra tapi dia bergurau sahaja bila dia kata nak semua. Memang tidak lah dia boleh habiskan. Daripada nak pergi Waterpark, tiba - tiba buat mukbang pula dekat restoran ni nanti.

Sampai sahaja pelayan di situ, Rayyan dan Nadra memesan makanan. Pelayan itu pula sibuk nak menggoda Rayyan, walaupun jejaka itu tak layan tapi dia tetap mencuba. Konfiden kena tinggi! Kertas pada buku kecil pelayan itu dikoyak sebelum dihulur pada Rayyan. Wah, siap bagi nombor telefon. Rayyan hanya memandang sekilas sambil memegang tangan Nadra dengan erat.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now