𝟏𝟐 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.9K 281 27
                                    

"HARINI kelas terakhir kita dengan Sir Rayyan kan?" Soal Aisya sambil memakai stokin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HARINI kelas terakhir kita dengan Sir Rayyan kan?" Soal Aisya sambil memakai stokin. Dia baru je bersiap tadi namun Nadra masih mengelamun tentang apa yang berlaku 2 hari lepas.

Aisya mahu menghentikan lamunan Nadra sahaja, sebab itu dia menyapa gadis itu tapi nampaknya Nadra memang tak beri tumpuan langsung. Bersiap pun tidak lagi. Baju tidur masih dipakai.

"Nadra?" Lembut Aisya memanggil lagi sekali, kepalanya menoleh ke arah Nadra selepas sahaja memakai stokin. Dia berjalan ke arah Nadra, bahu rakannya itu digosok lembut untuk mematikan lamunan.

Walaupun lembut sahaja sentuhan Aisya, Nadra tersentak kuat, mata memandang ke arah Aisya yang sedang tersenyum manis. Barulah dia tenang sedikit.

Ya Allah, risau sungguh Aisya pada sahabatnya itu.

"Ha? Apa?"

Nadra memandang Aisya dengan muka polos, dah dua hari juga dia tak datang kelas. Puas juga Aisya pujuk tapi dia tetap tak nak.

Tapi Aisya taknak beri Nadra berseorangan dan melayani perasaan lagi. Kalau dia perlu paksa Nadra untuk bersiap, dia akan buat. Itu yang terbaik juga untuk Nadra.

Kalau dibiar Nadra berseorangan, lagi teruk jadi nanti.

"Meh sini, aku tolong make up kan kau, duduk diam - diam okay?"

Lembut sahaja suara Aisya bertutur sebelum mengambil semua alat solek milik Nadra yang berada di atas meja. Dia meletakkan semua itu di atas katil bujang Nadra itu.

Dengan berhati - hati Aisya mengikat rambut Nadra supaya tidak menganggu Aisya sedang menyolek Nadra nanti. Aisya mengambil tempat di hadapan Nadra di atas katil.

Nadra hanya duduk diam di atas katil, membiarkan Aisya buat kerjanya. Mata Nadra meliar memandang dari almari sampai pintu bilik termasuk lah Aisya. Terkadang termenung.

30 minit sudah lepas, Aisya masih menyapu gincu berwarna pink nude itu.

"Dah siap!" Suara Aisya mematikan lamunan Nadra sekali lagi. Dia memandang Aisya dengan mata yang dikerdipkan beberapa kali.

Aisya bangun daripada katil dan menuju ke almari Nadra untuk mencari baju yang sesuai untuk dipakai. Jersey pun dah okay sebab dia tahu Nadra takde mood nak berlawa.

"Pakai baju ni okay tak?" Aisya mengeluarkan baju kurung berwarna biru cair.

Nadra menggeleng. Terang sangat. Tak sesuai dengan dirinya yang sedang muram ni.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now