𝟎𝟐 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃 ( edited )

9.5K 393 5
                                    

TOMBOL pintu bilik dipulas, kaki Nadra melangkah masuk selepas memberi salam dengan lemah

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

TOMBOL pintu bilik dipulas, kaki Nadra melangkah masuk selepas memberi salam dengan lemah. Tangan ringan, tiada barang selain telefon. Wajah sedih dipamerkan.

"Aik? Pergi mana air? Kau dah minum habis ke?" Soal Aisya. Komputer riba ditutup dan diletak di atas meja belajar. Melihatkan wajah sedih Nadra itu, semakin bingung dia.

Nadra mengeluh. Pintu bilik ditutup rapat. Soalan Aisya tidak dijawab. Langkah diambil perlahan sebelum menghempaskan badan di atas katil.

"Takde rezeki." Itu sahaja jawapannya. Bukan malas nak bercerita cuma dia masih rasa terkilan. Dengan apa yang jadi di luar Cafe tadi membuatkan dia mengeluh tak henti. Dah lah kena marah dengan orang asing. Hampir kemalangan dua kali pula tu. Apa yang dia fikir waktu itu? Ujian apakah ini?

"Kau okey ke tak ni? Tadi bukan main beria nak keluar, beli green tea. Ini balik, sedih pula. Tutup ke Cafe?" Bebel Aisya. Wajah dikerutkan. Risau dia tengok Nadra begitu. Nak kata Cafe tutup, hari ni hari selasa. Hari bekerja. Ada perkara yang berlaku ke?

Gadis yang terlentang di atas katil itu mengeluh buat kali yang ke 1000. Macam hamba yang tak bersyukur dengan pemberian Tuhan.

"Takde apa lah..." Balasnya. Sukar betul nak meluah Nadra ni. Suka sangat pendam bila ada masalah. Semakin gelisah hati sahabatnya. Rapat macam mana pun Nadra dengan seseorang, dia tetap memilih untuk simpan perasaan seorang diri. Terkadang, Aisya pun naik risau.

Aisya berjalan mendekati Nadra. Dia melabuhkan punggung di birai katil gadis itu. Wajah Nadra dipandang dengan jelas tanpa berkelip.

"Kau ada masalah ke? Apa jadi tadi? Kau kena ragut?" Teka Aisya. Itu je lah yang dia mampu buat oleh kerana Nadra tak mahu membuka mulut.

Nadra menggeleng.

"Aku tahu. Kau tak bawa dompet tadi. Sebab tu ke?" Teka Aisya lagi. Dah puas dia hubungi Nadra tapi tak dijawab. Kalau silent sepanjang masa, baik tak payah bawa telefon tu.

Tapi gelengan lagi diberi. Itu bukan alasan sepenuhnya, bahkan itu adalah alasan yang terakhir.

"Dahtu? Jangan cakap kau kena harrass pula." Aisya dah mula berang. Kalau dia angguk, memang habis lah manusia tu kena dengan Aisya. Ada hati nak ganggu sahabat dia?

Geleng.

Aisya dah tak mampu untuk berfikir lagi. Dah kalau semuanya tidak, apa lagi sebab yang ada? Serius ni. Boleh tertekan Aisya semata sebab meneka masalah Nadra.

"Kau tak nak cerita dekat aku ke?" Soal Aisya lembut. Tangan kini berada di bahu Nadra sebelum mengusapnya. Ekspresi Nadra diperhati.

"Kalau aku cakap mesti kau marah." Gumam Nadra. Mata tertumpu pada dinding bilik yang berwarna putih itu.

Kini, giliran Aisya pula yang mengeluh.

"Aku tak akan marah. Cuba kau bagitahu je apa masalah kau." Aisya sudah tak sabar nak mendengar luahan Nadra. Suaranya juga kedengaran memaksa gadis itu tetapi dia buat sebegitu pun sebab risau. Kalau dibiar, menangis seorang lah nanti jawabnya.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora