𝟐𝟓 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

7K 263 12
                                    

"SO, Nadra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SO, Nadra... Will you marry me?"

Terkedu.

4 perkataan yang keluar daripada mulut Rayyan itu membuatkan Nadra terdiam seketika, pipi yang dari tadi berona merah masih tidak hilang, makin bahang pula rasa padahal duduk bawah aircond. Jantung berdebar laju yang tidak terkira temponya, sukar pula nak bernafas tiba - tiba.

Sepasang anak mata Nadra tepat memandang ke arah Rayyan yang sedang menunggu jawapan dari gadis itu. Senyuman tidak pudar daripada wajah jejaka itu. Nampak cool tapi dalam hati tengah nervous!

Sejujurnya, segala kata - kata dan penjelasan Rayyan tadi membuatkan hati Nadra semakin berbunga dan cair. Pertuturan Rayyan juga dia tahu datang daripada hati jejaka itu sendiri sehingga hilang perasaan keraguan Nadra terhadap Rayyan walaupun tidak sepenuhnya tetapi Nadra tahu dia boleh terima lelaki ini.

Rayyan sahaja yang mampu membuatkan hati Nadra yang gelisah berubah tenang. Dari segi pertuturan dan cara dia memujuk hati lembut gadis itu membuatkan Nadra selesa dan tenang.

Tak ada yang salah pun kalau Nadra beri peluang kepada Rayyan untuk dia membuktikan perasaan cinta nya terhadap Nadra sebab gadis ini pun cintakan Rayyan. Kenapa nak simpan lagi perasaan tu?

Walaupun Nadra rasa tak layak untuk dia memilik lelaki yang sempurna seperti Rayyan tetapi dia pasti bahawa Rayyan mampu menerima segala kekurangannya dengan sepenuh hati.

Tiada sebarang keraguan pun yang ada dalam diri Nadra apabila Rayyan menuturkan persoalan itu. Perbualan di antara mereka berjaya untuk membukakan hati Nadra untuk menerima lelaki di dalam hidupnya.

Ya Allah, semoga dia lah yang terbaik.

"Yes."

Wajah Rayyan terus bercahaya, senyuman yang tersedia manis itu semakin lebar. Lesung pipit yang berada di bahagian pipi kanan Rayyan itu jelas. Ia membuatkan Nadra tersenyum juga. Manis nya Rayyan senyum!

"What made you say yes, Nadra?" Soal Rayyan dengan penuh ingin tahu. Dia rasa bahagia kerana sudah menang hati gadis yang dicintai itu. Ya Allah, dia rasa bersyukur sangat pada waktu itu, rasa macam dekat situ juga nak sujud syukur!

Nama yang meniti di bibir Rayyan itu sangat lah sedap bila didengar, daripada bosan dengar nama sendiri setiap hari menjadi mahu mendengarnya setiap saat, hanya daripada Rayyan.

"You. I can see and feel your sincerity. Kejujuran awak yang membuatkan saya terima awak." Jelas Nadra dengan lembut.

Nadra yang lagi tadi merenung senyuman di bibir Rayyan itu perlahan melarikan pandangan. Tak penat ke senyum? Nadra yang cair dekat situ!

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now