𝟒𝟓 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5.3K 188 6
                                    

"ABANG—"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ABANG—"

Belum sempat Nadra menghabiskan ayat, Rayyan menutup pintu bilik air tanpa menghiraukan apa yang Nadra mahu cakap. Daripada bangun tidur lagi jejaka itu begitu. Nadra mula rasa tak sedap hati, dia ada buat salah ke? Dia ada tersilap kata ke? Ataupun Rayyan hanya dalam angin yang tak baik? Tertekan sebab kerja? Gaduh dengan orang ke? Ataupun dia dah tak sayang Nadra? Dia penat nalayan karenah Nadra? Dia dah penat tunggu gadis itu? Bercelaru betul otak Nadra sekarang. Dia pun tak tahu apa masalah suaminya itu. Nak kata period, Rayyan lelaki.

Nadra mengeluh sambil merenung pintu bilik air sebelum mengorak langkah menuruni anak tangga untuk menyediakan makanan. Nadra baru nak tanya Rayyan nak sarapan apa tadi sebab dia takde idea nak masak apa tapi dah kena abai memang tak boleh nak buat apa lah. Wajah Rayyan tadi pun serius maut, nak pujuk nanti kena marah walaupun tak pernah kena marah.

Nadra membuat keputusan untuk membuat mee hoon goreng kegemaran Rayyan sahaja, nasib baik barang semua ada. Kalau tidak boleh meletup otak sebab fikir nak masak apa je. Sambil memasak sambil berfikir kenapa Rayyan tak hiraukan dia.

Keluhan berat keluar daripada mulut Nadra selepas dia menyediakan masakan tadi di atas meja makan yang besar itu. Mee hoon goreng ditenung lama sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi, menunggu Rayyan untuk turun.

Nadra menyediakan mee hoon goreng yang masih panas berasap itu ke dalam dua pinggan dan dalam masa yang sama juga, Rayyan baru turun daripada bilik. Senyuman manis diberi pada Rayyan tetapi lelaki itu sedikit pun tak pandang. Dia melabuh duduk di kerusi berhadapan dengan Nadra, padahal dia selalu duduk di sebelah gadis itu. Pinggan yang sudah terisi mee tadi ditarik sebelum mula makan.

Nadra terasa hati dengan perbuatan Rayyan. Dia ada buat salah ke? Sampai nak duduk jauh - jauh. Jejaka itu makan tanpa berkata apa - apa, pandang pun tidak. Nadra pun tak berani nak bersuara, takut diabai lagi, dia menyuap mee ke dalam mulut dengan perlahan, tiada selera langsung kalau suami sendiri tak layan macam selalu.

...

Sepi.

Lepas mencium tangan Rayyan, jejaka itu terus berlalu pergi ke lif untuk ke pejabatnya, selalunya dia tunggu Nadra sehingga gadis itu masuk ke pejabat baru dia naik lif tapi ini sebaliknya. Nadra memerhati gerak - geri Rayyan sebelum mengeluh. Nak menangis tak boleh, dekat tempat awam. Nanti diri sendiri yang malu. Apa salah yang dia buat agaknya? Nadra masih memikirkan kesalah diri sendiri yang dia pernah buat terhadap Rayyan tapi sikit pun dia tak boleh nak teka. Dia ada cakap benda tak elok ke waktu dia tidur?

Nadra pun berlalu untuk ke pejabat dengan wajah yang muram, tempat duduknya diambil sebelum membuka komputer riba yang terletak cantik di atas meja. Skrin yang terang itu ditatap tapi satu kerja pun tak boleh nak buat.

"Muram je Nad, kenapa?" Tegur Atiqa, membuatkan Nadra tersentak sedikit. Senyuman nipis dilempar pada Atiqa sebelum menggeleng.

"Takde apa lah, Atiqa... Nad tak cukup tidur semalam." Tipu Nadra. Takkan nak bagitahu yang dia dengan Rayyan bergaduh. Gaduh sebab apa pun tak tahu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now