𝟎𝟖 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

7.3K 280 5
                                    

"IBU!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"IBU!"

Nadra berlari anak ke arah ibu yang sedang memasak ayam masak merah kegemarannya itu. Rindunya ibu! Padahal setiap minggu jumpa, gedik.

"Iye sayang." Balas ibu lembut sambil menggaul lauk yang sedang dimasak itu. Ya Allah, sedapnya bau.

Sanggup Nadra tak makan sarapan dekat kafe tadi semata nak makan masakan ibu. Pasti 2 atau 3 pinggan dia makan kejap lagi.

"Ibu tengah buat ayam masak merah ke? Sedapnya bau!" Nadra memeluk ibu dari belakang, menyandarkan dagu di atas bahu ibu sambil melihat ibu kesayangn yang masih menggaul lauk tersebut.

Dah nak terkeluar air liur Nadra melihat ayam berketul - ketul dalam kuali itu. Senyuman manis gadis itu tidak pernah hilang sejak masuk rumah tadi.

"Yelah, anak ibu yang sorang ni kan baru balik, mestilah ibu masak lauk kegemaran awak." Ibu berkata dengan lembut sebelum menutup api dan menutup periuk itu dengan penutupnya.

"Abang ke yang ambil Nad tadi?" Soal ibu dengan lembut sebelum memusingkan badannya menghadap anak keduanya itu.

Cantik betul ibu ni ye. 23 tahun tengok pun tak bosan. Wajah Nadra sangatlah mengikut ibu, perangai ikut ayah pula.

Tangan yang masih memeluk pinggang ibu itu dibiarkan.

"Haah ibu. Abang yang ambil tadi." Jawab Nadra dengan lembut sambil membuka pin tudung shawl nya itu. Segala pin dan peniti diletakkan di tapak tangan ibu.

Tumpang tangan ibu hehe.

"Habistu, mana abang pergi?"

"Oh, dia ada kerja sikit tadi dia cakap, kena balik office." Balas Nadra sebelum membuka lilitan tudung itu dan meletakkan di bahuyang dilapik dengan baju kurung.

Nadra mengambil semula pin - pin tudung yang berada di dalam tapak tangan ibu sebelum mengenggamnya dengan berhati - hati supaya tidak tercucuk walaupun dah banyak kali kena.

Perempuan kan?

"Penat kan? Naik atas dulu solat lepastu rehat, kejap lagi ibu panggil makan okay?"

Nadra mengangguk daripada kata - kata ibu sebelum mencium pipi kanan dan kiri ibu, menaiki anak tangga untuk kebiliknya. Rindunya bilik.

Katil miliknya terletak di tengah antara meja belajar dan almari baju Nadra. Selimut tebal yang berwarna biru gelap itu terlipat cantik, plushies gadis itu cantik tersusun di atas bantal kepala nya. Meja belajar itu tersusun novel - novel yang dia mahu baca tahun ini.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now