𝟎𝟒 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃 ( edited )

8K 327 2
                                    

        "AKU seorang je ke yang malas nak pergi kelas harini?" Aisya merungut dengan buku – buku teks  berselerak di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        "AKU seorang je ke yang malas nak pergi kelas harini?" Aisya merungut dengan buku – buku teks  berselerak di atas katil. Pakaian dia pun harini nampak lah sangat malas, dengan jersey muslimah dan tudung sarung.

        Nadra hanya mampu mengerdipkan mata bulat itu sebelum mengeluh. Itulah, semalam tidur pukul 2 pagi, bangun pun lambat harini. Lain kali jangan ralit sangat tengok K-drama, kan dah. Itu pun Nadra yang terpaksa kejut.

        Kawan siapa lah ni eh?

        "Kau jangan nak mengada - ngada eh? Harini kita ada pensyarah baru yang masuk. Aku takut dia garang je." Bebel Nadra. Boleh terbayang muka merah pensyarah baru walaupun tak pernah nampak.

        Buku teks dan buku nota diletakkan ke dalam beg sandang yang berwarna hitam itu sebelum disangkut di bahu kanan. Selendang yang terletak cantik di atas kepala itu dibetulkan.

        "Kau rasa pensyarah baru kita tu lelaki ke perempuan?" Soal Aisya bersama kening sebelah yang diangkat bersama senyuman senget. Tak gatal tak sah kawan Nadra yang seorang ni! Ketuk dengan kamus dewan kejap lagi baru tau. Nasib baik lah dia ni menggatal dalam diam, kalau tidak dah lama kena kutil dengan Nadra.

        Tangan Nadra itu kecil tapi menyakitkan bila kena cubit! Boleh tanya Aisya kalau nak bukti.

        "Aku dengar macam perempuan tapi tak tau lah sebab ada dua pensyarah baru. Seorang perempuan aku nampak semalam petang, seorang lagi aku tak pasti." Nadra menjelaskan sambil menilik diri sendiri di hadapan cermin besar itu, nak tengok make up elok ke tidak, mana tau comot.

        "Rindu pula Miss Farah... Aku suka cara dia mengajar..." Aisya berkata dengan suara yang sedikit sayup sebelum mengeluh.

        Betul lah apa yang Aisya kata. Miss Farah lah pensyarah yang paling memahami mereka, kalau ada masalah dia sering tolong, takde pun menghukum macam pensyarah yang lain. Mungkin sebab Miss Farah masih muda, sudah semestinya lah dia faham apa yang kami rasa. Sedih lah tiba - tiba dia berpindah ke negeri lain, mengikuti suaminya.

        "Itulah, aku pun rindu dia juga..."

        "Anyway, semoga pensyarah baru kita tu lelaki lah, boleh aku usha." Aisya senyum gatal. Kening digoyangkan. Dia mahu menceriakan suasana.

        Nadra memberi jelingan maut dari sisi mata. Ada - ada sahaja lah dia ni eh? Ketuk kepala kejap lagi baru tau, biar hilang ingatan.

        "Macam berani nak usha." Gumam Nadra.

        "Memang lah tak. Aku gurau je kau ni." Aisya mencebik sebelum menolak lembut bahu Nadra untuk berangan di hadapan cermin itu. Amboi! Macam tu je dia tolak anak orang? Hilang refleksi Nadra dari cermin itu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now