𝟑𝟏 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

7K 273 16
                                    

SEMINGGU sudah pun berlalu tanpa sedar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMINGGU sudah pun berlalu tanpa sedar. Nadra Haida dan Muhammad Ar-Rayyan sudah sah menjadi pasangan suami isteri yang sah. Cepat betul masa berlalu, mereka pun tak sedar.

Akad nikah diadakan dekat masjid besar Johor sahaja, majlis resepsi sebelah keluarga perempuan pula akan diadakan di Hotel Z milik papa Rayyan pada pukul 11 nanti. Kebanyakkannya, keluarga sebelah lelaki yang sponsor.

Jurugambar pula sedang sibuk mengambil gambar tetamu yang hampir 1000 orang keatas itu sebaik sahaja gambar pengantin diambil tadi. Nadra yang tidak pernah mengambil gambar berdua dengan lelaki pula tersipu malu. Rayyan pula tidak dapat mengalihkan pandangan daripada isterinya yang sah itu.

"Kahwin juga kawan aku ni ye? Dah lah tak tunggu aku." Gurau Aisya, bahu Nadra ditampar lembut oleh Aisya. Cincin yang tersarung pada jari manis Nadra itu dipandang lama bersama senyuman manis sebelum menarik Aisya ke dalam pelukan. Aisya pula hanya membalas pelukan Nadra itu dengan berhati - hati supaya tak usik tudung Nadra yang sudah terletak sempurna itu.

"Aku pun tak percaya yang aku dah jadi isteri orang, Sya. Besar dah aku rupanya." Tergelak kecil Nadra sebelum melepaskan pelukan mereka itu. Air mata bertakung di dalam kelopak mata Nadra tetapi Aisya dengan berhati - hati menekap tisu kepada mata Nadra supaya tak kacau make up yang cantik itu. Tak tebal pun, nampak natural sahaja.

"Tu lah kau! Dah besar tapi cengeng!" Usik Aisya sebelum membetulkan sedikit tudung Nadra yang senget itu.

"Diamlah!" Omel Nadra bersama bibir yang dimuncungkan.

"Tu lah kau. Lain kali tunggu aku dulu, ini tak. Kau yang kahwin dulu." Usik Aisya lagi. Nadra pula hanya melihat Rayyan yang sedang berbual dengan tetamu di luar dengan senyuman manis.

"Banyak je peluang kau dengan abang aku, kau je yang ignore." Balas Nadra sambil mencuit bahu Aisya. Wajah Aisya sudah berubah kemerahan sebelum menampar bahu Nadra sekali lagi. Nadra menggosok bahunya sebelum mencebik.

"Tak habis - habis buli aku lah kau ni. Aku mengadu dekat laki aku baru tau!" Ugut Nadra dengan kening yang berkerut. Jelingan manja diberi pada Aisya bersama muncung itik. Aisya ketawa kecil sebelum membetulkan selendang putih yang dibalut sempurna di kepala Nadra itu, memastikan ia menutupi dada.

"Jangan lah, dah lah garang laki kau tu. Takut aku." Omel Aisya sebelum menekap lembut peluh pada muka Nadra. Nak ambil hati lah tu! Bila ada sahabat yang pandai menyolek pula memamg mudah. Tak perlu nak upah orang luar, cukup Aisya sahaja.

"Tau takut." Perlahan nada suara Nadra sebelum tergelak kecil. Suka pula dia kenakan Aisya. Lain kali jangan usik orang, kan dah kena balik.

"Cantiknya kau, Nad. Aku yang perempuan pun tak puas tengok kau!" Puji Aisya tiba - tiba, nak tukar topik lah tu. Nasib baik Nadra ni melayan je. Tangan Aisya memegang kedua belah tangan Nadra dengan erat. Nadra pula hanya tergelak kecil.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now