𝟒𝟔 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

4.9K 151 5
                                    

"ABANG? Abang termenung apa?" Tegur Nadra sebelum duduk di sisi Rayyan di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ABANG? Abang termenung apa?" Tegur Nadra sebelum duduk di sisi Rayyan di atas katil. Rayyan yang dari tadi merenung skrin terang di komputer riba tanpa buat apa - apa itu menoleh ke arah Nadra dengan senyuman kecil. Jauh betul termenung sampai bini duduk sebelah pun tak perasan.

Rayyan mengeluh berat sebelum menutup komputeri ribanya itu lalu diletakkan di atas meja kecil yang berada di sisi katil itu. Pinggang Nadra dirangkul dan ditarik supaya mendekati jejaka itu. Tubuh belakang Nadra bersandar pada dada bidang Rayyan.

"Abang okay ke?" Soal Nadra sambil mendongak untuk memandang wajah kacak Rayyan. Tak berkelip dia tengok, kacak sangat agaknya suami dia tu. Rayyan membalas pandangan Nadra itu sambil mengusap pinggang isterinya.

"Tak, abang tak okay." Balas Rayyan. Jujur betul.

"Kenapa?" Soal Nadra lagi. Wajahnya jelas ingin tahu.

"Abang tak nak sayang risau..." Gumam Rayyan dengan senyuman kecil. Tangan dinaikkan untuk mengusap rambut Nadra.

"Abang mesti tengah risau pasal LMM kan?" Soal Nadra. Berkerut kening Rayyan. LMM apa benda pula? Ada - ada je lah isteri dia ni.

"LMM apa sayang?" Soal Rayyan.

"Lelaki Mental Misteri." Balas Nadra. Dia sengih. Terletus tawa Rayyan, memenuhi ruang bilik itu. Nadra pun ikut gelak sekali.

"Mental?" Soal Rayyan, masih ada sisa ketawa lagi. Tak cukup nafas nak gelak apatah lagi dengan Nadra yang sedang baring di atas dada, lagi lah kurang nafas.

"Mental lah! Takde kerja lain nak buat. Elok duduk dalam hospital mental je, tengok muka doktor dengan nurse 24 jam." Balas Nadra selamba sebelum sambung gelak.

"Lagi mental rasanya kalau dia tengok doktor dengan nurse 24 jam." Makin kuat Rayyan gelak sampai air mata pun keluar di hujung mata.

"Asalkan tak mental nak rosakkan rumah tangga orang sudah lah." Nadra sengih minta penampar. Tapi betul lah juga apa yang gadis itu kata. Dia buat lawak sebab nak hiburkan Rayyan sahaja, dari tadi jejaka itu berkerut aje.

"Mental." Rayyan mengulang perkataan itu sambil ketawa. Hujung jari dibawa ke mata untuk mengelap air mata akibat gelak kuat sangat tadi. Sakit perut. Nadra gembira melihat suami yang sedang gelak kuat itu. Macam ni baru seronok! Ini tidak, berkerut aje muka, Nadra pun takut nak tengok lama - lama.

"Pandai sayang hiburkan abang eh?" Ujar Rayyan apabila sisa ketawanya sudah hilang. Wajahnya merah tadi disebabkan ketawa terlalu lama.

"Nad kan pelawak, abang tak tahu ke? Kalau Aisya ni dah terguling atas lantai dah." Selamba aje jawapan Nadra. Rayyan menahan daripada gelak, penat sangat gelak sampai tak boleh nak rehat perut ni.

"Abang risau je kalau LMM tu apa - apakan sayang... Kalau sayang cedera waktu abang takde macam mana?" Suara Rayyan bertukar serius tetapi ada sedikit bergetar dari nada dia kerana menahan gelak.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now