𝟒𝟐 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5.1K 163 12
                                    

TERTEKAN, penat, ngantuk— semua ada dalam diri Nadra sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERTEKAN, penat, ngantuk— semua ada dalam diri Nadra sekarang. Semenjak final nak dekat ni, makin stres gadis itu. Makan pun lupa, tidur lewat malam, bangun pula awal sebab nak tahajjud lepastu tak tidur langsung. Satu hari kurang daripada 4 jam tidur. Rayyan pun tak senang tengok isterinya begitu. Dia lah yang sediakan makanan untuk Nadra, tunggu gadis itu sehingga habis belajar baru dia tidur sekali, pastikan gadis itu tidak tidur dalam kelaparan, kalau gadis itu tertekan dia yang berada di sisi untuk mengajar atau menenangkan sang isteri. Nadra yang gembira, suka melompat dan membebel hilang seketika. Hanya Nadra yang berkerut dan serius sahaja. Rindunya Rayyan pada Nadra yang lama tapi dia kena sabar, habis final, balik lah juga Nadra yang dulu.

"Sini, sayang." Ajak Rayyan sebaik sahaja selesai solat subuh berjemaah sebelum dia menarik lembut lengan gadis itu untuk duduk di atas ribanya, kepala Nadra di bahu Rayyan.

"Nad nak sambung ulangkaji..." Kata Nadra perlahan dengan mata yang masih berat tetapi dia memaksa diri untuk bangun. Selesa pula di dalam pelukan suami.

"Sayang tak nak rehat kejap ke? Setiap hari sayang macam ni..." Ujar Rayyan sambil mengusap kepala Nadra yang bertelekung itu. Dia tak mahu memaksa tapi dia juga tak nak biarkan Nadra sakit di kemudian hari.

"Tak nak... Banyak lagi Nad nak ulangkaji... Kalau abang soal sekarang pun confurm Nad tak boleh jawab." Balas Nadra, sempat lagi dia membebel.

"Sayang... Kalau setiap hari sayang macam ni, nanti sakit tau... Abang tak nak tengok sayang sakit..." Ujar Rayyan dengan kerutan. Nadra keras kepala dan susah nak ikut cakap orang lain jadi dia perlu berlembut. Kalau berkasar takde guna, air mata juga yang dapat.

"Tapi..."

"Sayang rehat harini, okay? Abang nak sayang tidur secukupnya harini lepastu sayang nak bangun untuk ulangkaji buatlah, okay? For now, go get some rest. Pucat dah muka sayang tu, mata pun dah macam panda abang tengok." Cepat Rayyan memotong segala alasan Nadra.

Nadra tak boleh nak melawan kata suami jadi dia pun mengangguk, mengalah.

"Okay lah..." Nadra tarik muncung. Rayyan pula mengambil kesempatan dan mencium bibir gadis itu buat beberapa saat sebelum mengangkat tubuh kecil itu dan berjalan ke arah katil. Mata Nadra membulat apabila dia terasa bibir Rayyan yang menindih bibirnya tadi tetapi jejaka itu buat tak tahu saja. Ewah!

Tubuh Nadra dihempas lembut di atas katil sebelum Rayyan menarik selimut itu, menutupi tubuh itu.

"Tidur." Bisik Rayyan, mengusap rambut Nadra sebelum mencium dahi mulus itu. Lama. Semakin ngantuk Nadra bila terasa kehangatan daripada bibir Rayyan itu.

"Abang sayang Nadra Haida." Bisik Rayyan lagi sebelum gadis itu hanyut dibuai mimpi indah. Senyuman kecil terukir di wajah cantik Nadra walaupun penat. Rayyan pun terikut senyum sekali.

"Cantik betul isteri abang ni..." Bisik Rayyan lembut sebelum keluar daripada bilik untuk menyediakan sarapan untuk mereka berdua.

...

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now