𝟓𝟓 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5K 173 4
                                    

KEPALA terasa berdenyut sambil mengerang kesakitan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEPALA terasa berdenyut sambil mengerang kesakitan. Jemari runcing Rayyan memicit dahi untuk mengurangkan rasa sakit. Mata dipejamkan rapat. Tangan yang bebas itu mencengkam selimut tebal hospital, menahan sakit.

"Saya halalkan segala ilmu yang saya dah beri pada awak, Nadra. Awak lah diantara student yang bijak dalam kelas dan rajin bertanya. Goodluck for your final."

"Have you found your 'someone right' yet?"
"Who?"
"She's right beside me,"

"That woman is you."

Memori itu samar - samar tetapi jelas untuk Rayyan tahu siapa di dalam memori itu. Nadra dan dia. Walaupun tidak banyak dan tidak cukup bagi jejaka itu tapi dia bersyukur kerana dia mendapat jawapan yang selama ini dia tunggu. Dalam memori yang terakhir tadi ada dia dan Nadra yang sedang duduk berhadapan di Marrybrown tapi bukan berbual kosong. Itu lah waktu jejaka itu mahu mendapatkan hati Nadra, dia tak konfiden tapi sekurangnya dia cuba untuk menawan hati gadis yang dicintai. Cukup sampai situ, Rayyan tahu dia mencintai Nadra dan dia sedar bahawa dia sudah jatuh cinta buat kali yang kedua dengan gadis itu tapi tak bermaksud dia tak mahu tahu yang seterusnya. Betapa terujanya Rayyan untuk mengingati segala memorinya bersama Nadra.

Setelah kepalanya hilang rasa sakit sepenuhnya, dia berhenti memicit dahi dan cengkaman pada selimut tadi pun dengan perlahan terlepas. Kini dia rasa tenang kembali dan apabila teringat semula apa yang datang ke dalam ingatannya tadi, terukir satu senyuman manis di wajahnya. Jelas lesung pipit pada pipi kanannya. Kacak.

Tak sabarnya dia mahu melihat Nadra masuk ke dalam bilik. Teruja untuk menceritakan apa yang dia ingat tadi. Pintu bilik hospital itu dipandang lama, menunggu gadis yang dicintai untuk masuk. Rindunya dia dengan wajah cantik dan perangai comel itu. Apatah lagi gadis itu sedang mengandung. Ini mesti comel kalau perut dah besar. Jalan pun terkedek - kedek macam anak ayam nanti. Tergelak kecil Rayyan bila membayangkan perkara itu.

"Abang senyum apa?" Soal Nadra sebelum menutup pintu bilik. Kening dijungkitkan sebelum mendekati katil jejaka itu.

Rayyan yang tidak sedar akan Nadra yang sudah masuk itu berdehem sekali tetapi senyuman yang manis tadi masih melekat pada wajah kacak itu. Dia memerhati Nadra berjalan mendekatinya.

"Abang nak cerita sesuatu ni." Rayyan menahan perasaan teruja dengan nada suaranya walaupun wajahnya jelas bersemangat.

Nadra senyum segaris, mahu melabuhkan punggung di atas kerusi tetapi lengannya ditarik lembut oleh Rayyan, membuatkan Nadra tercengang seketika.

"Duduk lah atas katil ni berhadapan dengan abang." Ajak Rayyan dengan lembut.

Nadra akur, faham akan permintaan suaminya itu sebelum dia melabuhkan punggung di atas katil yang tidak lah empuk seperti katil di rumahnya. Kini dia berhadapan dengan Rayyan.

"Apa dia abang?" Soal Nadra, tak sabar pula nak dengar Rayyan cerita. Tertanya - tanya dia dalam kepala tentang apa yang Rayyan ingin menceritakan. Dia membalas panahan anak mata Rayyan itu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now