𝟓𝟑| 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

4.8K 168 7
                                    

"BUDAK green tea

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BUDAK green tea." Tiba - tiba Rayyan bersuara. Matanya lama memandang Nadra yang sedang menuang air putih ke dalam cawan untuk diberi pada Rayyan. Penat berlari satu hospital tadi, haus pula. Wajahnya berkerut sedikit sambil memerhati perbuatan Nadra.

Terhenti segala pergerakan Nadra tadi sebelum dia menoleh ke arah Rayyan, jag air putih tadi diletakkan semula di atas meja kecil. Dia salah dengar ke? Tak rasa. Dia korek telinga setiap hari, mustahil lah salah dengar.

"Apa dia, abang?" Soal Nadra, ingin memastikan apa yang dia dengar tadi betul dengan apa yang Rayyan tuturkan. Cawan kaca yang baru diisi air putih itu dibiarkan seketika atas meja. Nadra menatap wajah sang suami dengan penuh tanda tanya.

"Budak green tea. I used to call you that... right?" Rayyan mahu memastikan apa yang dia ingat itu benar. Berpuluh kali perkataan itu berlegar dalam kepala otak, suara dia sendiri pula tu. Sakit kepala memang sakit tapi sah terbiasa jadi dia mampu berkerut sahaja.

Wajah Nadra bercahaya. Senyuman manis terukis di bibir, menampakkan kedua lesung pipit gadis itu.

"You remembered? Ye, abang selalu panggil Nad budak green tea sebab Nad gilakan air tu." Balas Nadra dengan lembut. Wajah Rayyan masih ditatap dengan penuh kasih.

Rayyan tergelak sekejap.

"Sedap sangat ke air tu?" Soal Rayyan selepas habis gelak. Senyuman senget tersungging di bibir merah jejaka itu. Sempurna. Tengok berpuluh ribu kali pun tak bosan.

"Sedap! Abang tak cuba abang memang tak tahu." Jawab Nadra dengan teruja. Lama pula tekak tak tasa green tea selepas tamat pengajiannya di kolej. Selalu beli dekat kolej je, ini dah habis belajar malas lah pula nak pergi Tealive.

"Trust me. I've tried it once and I almost threw up." Rayyan menunjukkan gaya loya, saja nak mengusik Nadra tapi memang itu lah hakikatnya, mama pernah beri dia cuba minum green tea dulu, memang tak kena dengan tekak dia. Hampir muntah jejaka itu. Nasib lah air putih dekat, kalau tidak selamat lah meja dapur mama yang cantik itu dihiasi dengan kehijauan.

"Habistu, setiap hari abang telan teh strawberi. Mana tak kalau minum air lain nak muntah." Perli Nadra. Kalau boleh setiap hari dua atau tiga kali nak minum teh strawberi dia tu. Kalau kek pun suka sangat kek strawberi.

Sempat Nadra menjeling sekilas ke arah Rayyan seakan merajuk sebelum mencapai gelas di atas meja dan dihulur pada sang suami. Tadi dia juga minta air tapi dah seronok sangat mengusik isteri, sampai hilang haus.

"Terima kasih." Ujar Rayyan sebelum mengambil gelas itu daripada tangan Nadra, digenggam sesaat tangan lembut itu sebelum dia meneguk air putih. Nadra memerhati Rayyan yang sedang meneguk air sehingga habis sebelum diberi semula pada Nadra.

"Dah lewat ni, abang tidur lah." Nadra bersuara setelah meninggalkan gelas kosong di atas meja. Nadra mengangkat punggung daripada kerusi plastik itu dan mahu ke sofa untuk tidur tapi Rayyan menyambar pergelangan tangan gadis itu, memberhentikan Nadra daripada terus melangkah.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now