𝟔𝟑 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5.5K 177 9
                                    

DUA minggu kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUA minggu kemudian.

"Nad bosan duduk sini lama..." Rengek Nadra buat kali yang ke seribu bersama muncung ituk, apatah lagi kena makan ubat. Gadis ini memang tak gemar dengan ubat walaupun bentuk pil. Bagi lah duit sejuta sekali pun, dia tak akan makan tapi terpaksa sebab ada suami yang tegas. Kalau tak nak kena jelingan maut, makan lah ubat.

"Mula lah, tukar topik. Makan ubat ni, sayang..." Pujuk Rayyan lagi buat kali yang ke sepuluh atau sebelas. Penat juga nak suruh gadis ini makan ubat, nak aje dijentik dahi tu sebab nakal sangat tapi nanti makin muncung pula. Ubat yang disuakan pada Nadra tadi hanya tergantuk sepi, lenguh tangan Rayyan.

"Tak nak, tak sedap..." Omel Nadra.

"Telan guna air je sayang, bukan rasa apa pun..." Masih lembut lagi suara Rayyan memujuk. Hari ini entah kenapa degil sangat isterinya pun tak tahu. Datang bulan ke? Kalau iye, mesti dia tahu. Nak kata tak makan, tadi dah makan dua bungkus nasi goreng kampung. Selera betul isterinya itu.

"Nanti tersekat dekat tekak..."

Alasan lagi. Dah keberapa entah alasan yang Nadra bagi pun tak boleh dikira oleh Rayyan. Nasib baik dia ni orang yang bersabar, dah kena cubit pipi gebu tu.

"Banyak nya alasan isteri abang ni bagi... Tadi takut tersembur air, terkunyah, termuntah, tergigit, tercekik, tak sedap, bosan duduk hospital, tersekat, lepastu apa lagi lepas ni?" Dah mula sisi membebel Rayyan tetapi nadanya masih lembut. Nak marah, tak sampai hati. Tak akan sesekali dia meninggi suara dengan Nadra.

Terdiam pula Nadra seketika setelah mendengar bebelan suaminya itu. Tak sangka Rayyan boleh ingat segala alasan yang dia beri tadi. Terkebil dibuatnya.

"Makan ubat ni, sayang." Pujuk sang suami lagi bila tengok Nadra yang hanya diam, tak berkata. Susah dapat bini degil tapi kalau kena dengan cara kita layan, mesti dia dengar. Kalau bercakap kasar, makin degil lah dia.

Akhirnya, Nadra mencapai ubat - ubat yang berada di dalam tangan Rayyan sebelum memasukkan ke dalam mulut, gelas yang berisi air dihulurkan pada Nadra sebelum gadis itu meneguk air putih itu. Gelas yang kosong diberikan semula pada Rayyan.

"Bagus isteri abang ni..." Puji Rayyan seraya mengusap kepala Nadra yang bertudung itu. Sungguh dia cinta dengan gadis ini, apa pun dia sanggup buat demi Nadra. Kalau dia boleh ambil semua kesakitan yang ada pada isterinya, dah lama buat tapi dia tiada kuasa untuk buat sedemikian jadi apa yang dia boleh buat ialah dengan menjaga isterinya sehingga lah baik.

"Abang..." panggil Nadra.

"Iye, sayang..."

"Nad... nak ziarah kubur ibu ayah..." Bicara Nadra, muka sedih dipamerkan pada Rayyan. Sudah berminggu hampir sebulan lebih dia tak berjumpa dengan ibu ayah, tiba - tiba sahaja mereka meninggal dunia akibat keracunan makanan yang Nabeel beri.

Rayyan yang perasan akan wajah sedih isterinya, tersenyum nipis lalu tangan gadis itu digenggam dan diusap dengan penuh lembut.

"Nanti sayang dah baik, kita ziarah mereka, okey?" Balas Rayyan dengan penuh lembut. Hancur hatinya bila melihat air mata isterinya yang memenuhi kelopak mata.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now