𝟐𝟕 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.2K 254 6
                                    

"IBU, Nad nak keluar kejap boleh? Nak beli barang asrama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"IBU, Nad nak keluar kejap boleh? Nak beli barang asrama." Nadra meminta izin sambil memerhati ibu yang sedang mencuci pinggan. Lusa dah nak masuk asrama, harini baru nak beli barang.

Tapi kereta semua takde. Kereta Nadra tengah service, ayah pergi kerja mesti bawa kereta, Nabeel pun sama juga, ibu tengah tak sihat takkan nak ajak pula kesian nanti. Nadra mencari barang bukannya sekejap, satu barang kalau boleh 10 minit cari. Aqirah pula dekat rumah kawannya, nak hilangkan stres katanya sebelum SPM.

"Seorang ke?" Soal ibu lembut, tangan sibuk membasuh pinggan di dalam sinki tetapi mata memandang ke arah Nadra.

"Haah. Nak ajak Aisya tapi dia dengan keluarga dia tengah bercuti." Balas Nadra. Terpaksa lah pergi seorang walaupun dah lepas asar. Nadra tak nak beli esok sebab dia nak berehat sebelum masuk kolej semula. Jadi harini dia kena lah beli semua benda yang dia perlukan.

"Ajak lah Rayyan." Balas ibu lembut bersama senyuman kecil. Terkebil mata Nadra bila ibu kata begitu. Boleh je nak ajak tapi malu, lagipun tak nak menyusahkan tunangnya itu. Lepas majlis haritu pun mereka memang tak berhubung pun, apatah lagi jumpa. Tapi dah kalau ibu kata begitu, takkan dia nak tolak dan pergi seorang je?

"Tapi..." Ada je alasan nak bagi.

"Ibu taknak Nad keluar seorang sebab dah lewat petang ni. Baik ajak tunang Nad suruh teman beli barang." Ibu menegaskan lagi. Kalau ibu dah berkata begitu, memang Nadra tak akan bantah. Kalau melawan nanti tak pasal - pasal ibu tak bagi keluar langsung.

"Okay lah bu..." Jawab Nadra lembut sebelum menaiki anak tangga semula untuk bersiap ala kadar sahaja. Nak beli barang je pun.

...

IPhone di atas meja solek dicapai kemudian butang call ditekan, nama Rayyan terpapar pada skrin. Butang speaker ditekan, iPhone diletakkan di atas meja solek kembali. Selendang berwarna putih Nadra balut di atas kepala sambil tertumpu melihat cermin, tak sampai 10 saat Rayyan sudah menjawab panggilan.

"Assalamualaikum, tunang saya." Sapa Rayyan dengan lembut. Tersenyum malu Nadra, terhenti pergerakannya daripada memakai selendang. Aduh mak! Cair betul dengar suara Rayyan! Sabar Nadra, jangan jerit!

"Waalaikumussalam, awak..." Balas Nadra dengan sopan, dia kembali menggayakan selendang itu sambil melihat cermin. Pin dicapai di dalam kotak kecil.

"Ada apa call saya? Rindu?" Gurau Rayyan sebelum tergelak kecil. Ada - ada je lah orang tua ni!

"Merepek lah awak ni! Nak tanya ni, awak sibuk ke?" Soal Nadra sambil pinkan tudung di bahu supaya tidak bergerak. Sebenarnya tengah blushing teruk dekat sini, nasih baik Rayyan tak boleh nampak.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now