𝟑𝟖 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5.7K 197 3
                                    

"SAYANG tak sihat ke ni? Panas badan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYANG tak sihat ke ni? Panas badan..." Pamit Rayyan dalam kerisauan. Tangannya diletak atas dahi Nadra yang panas meletup itu. Mata Nadra dibuka separuh, tak larat nak buka luas. Mulut tak boleh nak menjawab, dahinya sahaja yang berkerut. Selimut ditarik lemah supaya menutupi seluruh badan yang sedang kesejukan itu.

Rayyan baru sahaja selesai solat subuh di surau tadi, ingatkan balik rumah Nadra sudah siap untuk pergi ke kelas tetapi masih lagi baring di atas katil, itu yang merisaukan Rayyan. Sarapan pun tidak dibuat lagi gara - gara dirinya yang lemah itu. Nadra cuba untuk membangunkan diri dan duduk di atas katil. Tangan memaut baju melayu Rayyan itu sebagai sokongan.

"Nad tak larat lah..." Lemah suara Nadra bertutur, kepala disandarkan pada bahu Rayyan. Wangian Rayyan itu memasuki ke dalam rongga hidungnya. Mata Nadra masih terbuka separuh, terlalu lemah untuk membuka mata dengan luas. Kepala pula berdenyut yang membuatkan wajahnya semakin mengerut. Rasa macam nak tarik je rambut sekuat hati, itu pun kalau boleh hilangkan rasa sakit kepala yang teruk ni.

Nadra ni selalu sangat sakit. Nak exam je sakit, nak test je sakit, tertekan je sakit, banyak nangis je sakit. Ibu ayah yang risau sebab dia sering sakit, lebih - lebih lagi migraine. Sudah lah dia dalam period, hari kedua pula tu, makin bertambah lah sakit jawabnya.

"Takpe, sayang rehat eh? Tak payah pergi kelas harini." Balas Rayyan sambil meletakkan kepala Nadra kembali ke atas bantal. Tak mahu susahkan Nadra yang tengah sakit itu, bukan dia tak boleh nak buat sarapan dan gosok baju sendiri. Cuma dia akan lewat sedikit lah tapi takpe. Asalkan Nadra dapat rehat.

"Tapi... sarapan Nad tak buat lagi untuk abang, baju abang pun Nad tak gosok lagi..." Lemah suara Nadra bertutur lagi. Dia memaksa diri untuk membuka mata dan memandang ke arah Rayyan yang sedang risau itu. Rayyan mengusap pipi Nadra sebelum menghadiahkan ciuman hangat di dahi gadis itu.

"Sayang rehat harini, okay? Abang boleh buat sendiri... Nanti abang bawa naik ubat dengan sarapan untuk sayang... Jangan lupa makan ubat tau?" Lembut Rayyan bertutur, masih mengusap pipi Nadra dengan penuh sayang. Nadra ditatap dengan penuh cinta, senyuman kecil terukir pada bibir Rayyan.

"Nanti abang lambat pergi kelas..." Semakin sayu suara Nadra apabila tangan Rayyan mengusap pipinya. Mata Nadra sudah tertutup tetapi dia masih sedar.

"Shh, yang penting sekarang sayang, okay? Tunggu sini nanti abang bawa naik ubat dengan sarapan..." Balas Rayyan dengan bisikan sebelum memberi kucupan hangat sekali lagi pada dahi Nadra. Selimut ditarik untuk menutupi tubuh Nadra sebelum dia bangun daripada katil. Nadra hanya senyum lemah. Rayyan menuruni anak tangga laju untuk menyediakan sarapan ringkas untuk Nadra. Kalau sakit memang susah nak ada selera tapi asalkan Nadra mengisi perut sebelum makan ubat. Kotak lut sinar yang berada di dalam almari dapur itu dibuka, Rayyan mengambil beberapa ubat yang diperlukan sebelum diletakkan ke atas pinggan. Air masak daripada Coway itu diisi ke dalam cawan plastik sebelum membawa naik ke bilik.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now