𝟔𝟎 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5.5K 160 10
                                    

"IBU! Ayah! Bangun lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"IBU! Ayah! Bangun lah... Jangan tinggalkan Qirah macam ni..." Bahu ibu dan ayah digoncang beberapa kali. Rayyan yang datang menjenguk rumah keluarga itu tadi segera mencapai telefon pintar untuk membuat panggilan ambulance. Aariz pula sedang menenangkan Aqirah yang sudah teresak - esak manakala Ezhar pula bersama Rayyan.

Sedang makan elok tadi di atas meja makan, belum sempat Aqirah menyuapkan makanan ke dalam mulut, ibu dan ayah dahulu yang sesak nafas bagaikan dicekik sebelum pengsan dan jatuh ke lantai. Ketiga jejaka tadi pun tak sempat mahu merasa makanan itu, terus mereka berlari ke arah kedua orang tua yang sudah terbaring di lantai itu.

"Lagi 15 minit dia orang sampai." Ujar Rayyan selepas mematikan panggilan tadi.

"Kenapa lambat sangat?" Perlahan suara Aqirah sambik menghamburkan segala tangisan di dada ibu yang tidak lagi dapat didengar oleh Aqirah. Tangan menggenggam erat kedua tangan ibu dan ayah. Aariz hanya duduk di sisi Aqirah, mahu memujuk tapi tidak tahu bagaimana.

"Sabar, Qirah... Kita doa yang baik - baik je, okey?" Pujuk Aariz dengan lemah lembut. Ezhar yang memerhati kedua manusia itu hanya mempamerkan wajah beku tetapi dalam hati ada juga sedikit rasa kasihan apabila melihat Aqirah begitu. Dia alihkan pandangan daripada gadis itu segera apabila teringat kembali tragedi yang berlaku pada kedua orang tuanya.

"Qirah tak boleh rasa... degupan jantung ibu... Nafas ibu..." Terhinjut bahunya akibat menangis terlalu lama. Aariz cuba memujuk gadis itu tapi dengan apa? Tak cukup dengan kata - kata, nak sentuh tak boleh apatah lagi peluk jadi dia mampu untuk berada di sisi gadis itu sahaja. Rayyan sudah pun keluar dari rumah untuk menunggu ambulans

Ezhar tak mampu untuk melihat gadis itu menangis terlalu lama, dia mara ke arah Aqirah lalu ditarik lengan gadis itu. Tak terlalu kuat namun tak juga lembut, hanya membuatkan gadis itu berdiri dan terdorong ke arahnya.

"Tak guna menangis macam ni kalau kita tak boleh nak buat apa, Aqirah. Kalau kau rasa dengan menangis boleh buat dia orang bangun balik, silakan. Kalau tak, you should stop crying." Mendatar suara Ezhar.

Aqirah mendongak untuk memandang Ezhar dengan mata yang berair. Sungguh tak sangka dia membiarkan jejaka ini melihat air matanya. Dia merentap kasar lengannya daripada pegangan Ezhar.

"Apa masalah kau? Kalau aku nangis atau tak, aku tak kacau hidup kau pun. Lagi satu, jangan nak memandai sentuh aku tanpa izin." Tegas Aqirah berbicara walaupun dengan suara serak. Aariz hanya memerhati mereka berdua berinteraksi, mata menjeling perbuatan Ezhar tadi.

"Memang bukan masalah aku tapi cuba kau cakap dengan aku. Apa yang kau dapat kalau menangis macam ni? Nak lepaskan kesedihan kau? Untuk apa? Jangan bazir air mata kau tu." Ezhar tak mahu mengalah. Nak juga membidas kata - kata Aqirah waktu gadis itu tengah sedih.

"Aku bazirkan air mata aku pun untuk mak ayah aku bukan untuk orang lain. Kau jangan sibuk lah! Kalau datang sini setakat nak menyakitkan hati aku baik balik." Marah Aqirah. Apa masalah si Ezhar itu? Bukan nak memujuk, makin buatkan hati Aqirah membara adalah.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now