𝟐𝟔 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.3K 236 14
                                    

SELESAI sahaja majlis pertunangan di rumah agam keluarga Rayyan, semua tetamu menjamu selera sebelum pulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELESAI sahaja majlis pertunangan di rumah agam keluarga Rayyan, semua tetamu menjamu selera sebelum pulang. Tak ramai mana pun yang dijemput, hanya keluarga belah Rayyan dan Nadra sahaja.

Selepas melayan tetamu tadi, Nadra terus pergi ke dapur untuk membasuh pinggan. Nak duduk goyang kaki orang kata apa pula nanti. Bibik pun cuti sebab ada hal keluarga.

Semua masakan mama tadi Nadra telan, masih rasa lagi di tekak. Sedap! Bertambah juga lah dia makan tadi. Rayyan yang perasan pun hanya senyum sahaja melihat tunangnya.

Pinggan kaca yang penuh di dalam sinki itu dibasuh dengan berhati - hati, inai berwarna putih yang terlukis di tangan itu dipandang sekilas. Ini pun kakak saudara Nadra yang tolong lukiskan. Cantik sangat!

Cincin yang tersarung di jari oleh mama Rayyan tadi sangatlah cantik. Itu pun tunang dia yang pilih kan. Nak pilih sendiri, semua cantik.

"Eh, Nadra... tak payah lah basuh pinggan tu... biar mama yang basuh nanti." Tegur mama lembut sambil mengusap bahu Nadra.

Sebelum majlis lagi, dia mahu Nadra memanggil dirinya dengan gelaran mama, nak biasakan diri lepas kahwin dengan Rayyan nanti katanya.

"Eh, takpelah mama... Sikit je ni... Kesian mama dah penat masak banyak tadi." Balas Nadra dengan lembut, senyuman manis dilemparkan pada bakal mak mentuanya itu.

Mama mengeluh.

"Harini kan hari Nadra. Takpe, biar je dekat situ. Nanti mama suruh Ariez yang basuh, okay?" Ujar mama lagi, memang dia tak nak susahkan Nadra. Kesian penat layan tetamu tadi.

Nadra tak mampu berkata apa - apa lagi. Kena lah dengar cakap mama.

"Okay mama." Balas Nadra. Senyuman manis masih melekat di wajah Nadra. Pili air sinki itu ditutup sebelum mengelap tangan menggunakan tidu kering.

"Rayyan tengah cari Nadra tu dekat luar, pergilah." Mama bersuara lagi dengan senyuman manis.

Nadra berkerut sambil mengangguk. Rayyan cari dia buat apa? Tak puas ke tengok muka dia tadi? Dah rindu ke?

Nadra menunduk sedikit pada mama sebelum melangkah keluar daripada dapur. Keluarga Nadra masih lagi di ruang tamu sedang berbual dengan papa dan Ariez. Nadra hanya senyum manis ke arah mereka yang memandang sebelum mencari susuk tubuh Rayyan di ruang tamu namun tiada.

"Cari Rayyan ke? Dia dekat luar tu." Tiba - tiba Ariez bersuara, macam tau - tau je dia tengah cari bakal suami. Nadra menoleh ke arah Ariez dengan senyuman kecil.

"Oh okay. Thank you."

Nadra menyarung selipar Nabeel sambil mencari susuk tubuh Rayyan. Disebabkan kaki tengah sakit, takkan nak pakai kasut tinggi. Mata Nadra meliar mencari susuk tubuh tunangnya. Senyuman gadis itu melebar bila nampak Rayyan yang sedang membaca buku, punggung disandarkan ke motor Yamaha R3 kesayangannya itu. Nadra mendekati Rayyan yang tegap itu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now