Bab 26

4.5K 114 1
                                    

" Woi! Kau dah siap ke belum? Cepat sikit. Lembap la kau ni", kata Tengku Adqil kepada Arida.

Arida yang terkial-kial membetulkan tudungnya mengangguk sahaja. Dia segera mencapai stokin dan juga beg tangannya.

Mereka berdua berada dalam perjalanan nak pergi ke pejabat. Arida pelik kerana Tengku Adqil tiba-tiba sahaja mempelawanya untuk naik kereta pergi ke sana. Bersama pulak tu. Tak ke kekok anak orang tu.

Pada mulanya, Arida menolak. Dia sudah penat mengikut rentak permainan Tengku Adqil. Sebab dia tahu, pada akhirnya dia jugak yang rasa sakit hati. Aku penat dah ni nak bazirkan air mata banyak kali.

Namun, akibat paksaan Tengku Adqil, dia ikuti jua. Arida mengeluh dengan perlahan. Takut didengari oleh suaminya itu.

"Awak, saya dah siap. Dah nak gerak ke?"

Tengku Adqil menjeling. Banyak tanya pulak dia ni.

" Yelah nak gerak la ni. Tunggu kau je ha. Lembap. Aku potong gaji kau baru kau tau"

Tengku Adqil segera menuju ke tempat parkir kereta. Arida juga mengikuti suaminya itu setelah memakai kasut kerjanya.

Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta dan Tengku Adqil mula memandu pergi ke tempat kerja.

Sangka Arida, mungkin Tengku Adqil akan berhentikan kereta di mana-mana jalan biar dia jalan kaki pergi ke pejabat seperti selalu. Tapi tidak pada kalini, ia membuatkan Arida berasa hairan.

Setelah 20 minit memandu, kereta Tengku Adqil berhenti. Arida mengerutkan dahi. Wah cepatnya sampai. Dia melihat ke hadapan. Eh? Ni restoran. Bukan pejabat. Dia memalingkan muka ke arah Tengku Adqil yang membuka tali pinggang dan bersedia untuk turun dari kereta. Kemudian, Arida mula bersuara.

"Emm Tengku. Kenapa kita kat sini? Setahu saya, Tengku takde apa-apa appointment dengan mana-mana klien harini"

"Sape kata aku ada appointment dengan klien?", Kata Tengku Adqil.

Arida hairan.

"Memang kalau aku nak pergi restoran kena tunggu ada klien ke? Tak boleh pergi saja-saja la. Centu?"

"Eh tak. Tu bukan maksud saya. Saya hanya pelik je"

" Dah tu? Jom la masuk. Aku lapar. Tak breakfast lagi. Ada bini, tapi tak masak untuk suami nak pergi kerja. Haihh hidup..hidup", kata Tengku Adqil.

Tengku Adqil terus masuk ke dalam restoran tersebut meninggalkan Arisa setelah berkata sedemikian. Arida tercengang. Betul ke apa yang aku dengar ni? Wahai telinga! Silalah dengar betul-betul.

Muka Arida merah. Tak tau kenapa tapi ayat yang dilontarkan Tengku Adqil tadi membuatnya mem-blushing gitu. Haih parah dah ni .


Mr Tengku Adqil Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt