Bab 1 (E)

34.5K 528 6
                                    

Suasana di kelab amatlah bising kerana bunyi muzik yang kuat.Kelihatan empat jejaka yang kacak,bergaya dan nampak seperti berduit itu memasuki kelab itu. Salah satu jejaka yang menarik perhatian ramai wanita ialah Tengku Adqil. Mempunyai paras rupa yang tampan ialah punca utama mereka mendapat tumpuan di sana. Mereka kemudian duduk di salah satu ruang kelab itu.Tiba2 datang seorang wanita yang memakai pakaian yang memang menjolok mata dan menegur Tengku Adqil, "Hi Tengku,lama tak jumpa. Tak rindu kat i ke? "tanya wanita itu. Tengku Adqil diam sambil menjeling wanita itu."get out of my way.i don't want to see you. "halau Tengku Adqil. Wanita itu hanya mendengus dengan geram serta menghentakkan kaki tanda protes lalu pergi. Tengku Adqil malas mahu melayan Kate, wanita tadi. Dia tidak ada mood untuk mainkan perempuan sekarang.Dia kelihatan tegang bila menghadapi ceramah yang 'baik'oleh ayahnya. Itulah tabiat Tengku Adqil. Apabila mempunyai masalah ataupun tekanan, tempat yang akan menjadi pelepasan amarahnya ialah kelab tersebut. Tidak lama kemudian, kedengaran keluhan yang berat terlepas keluar dari mulutnya. Teringat kembali ayahnya memberi ugutan kepadanya. Rakan rakannya yang sibuk melayan gadis di samping sisi mereka itu langsung tidak dihiraukan. Teringat semula amaran yang telah dilontarkan oleh ayahnya sendiri.
.
.
.
.
.
.

Flashback

"Qil ,daddy nak Qil cari isteri secepat yang mungkin. Papa tak akan bagi harta ni dekat Qil selagi Qil tak cari pasangan Qil. Tapi ingat! Jangan cuba berlakon depan mama dan papa, faham?! Qil taukan apa yang akan terjadi kalau Qil cuba buat macam tu?", kata Tengku Mikhael kepada anak sulungnya dengan tegas. Kerana dia tahu, Tengku Adqil akan cuba pelbagai perkara demi mendapatkan harta keluarganya. Bukan tamak, cuma Tengku Adqil tidak mahu hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Dia juga sudah masak dengan pemikiran anak sulungnya. Hanya main, enjoy dan kerja. Walaupun Tengku Adqil kuat bermain, dia tahu anaknya akan menjadi sangat tegas dan serius ketika bekerja. Namun, sebagai seorang bapa, mana mungkin dia mahu lihat anaknya sesat dalam ajaran agama dari segi akhlak dan juga ibadah. Jadi terpaksa lah dia buat begini.

Tengku Adqil tersedak, air liur yang diteguk terasa kelat. Pelbagai fikiran yamg negatif datang kepada otak lalu membawa kepada hati. Dia mahu membentak tetapi tidak boleh kerana harta ayahnya. Dia juga tidak mahu dianggap derhaka kerana itulah dia menahan amarahnya." Pa, can you give me time? Benda ni yang akan tentukan masa depan Qil. So can you?",Dia bingkas berlalu pergi keluar dari rumah selepas berkata sebegitu lalu terus menjemput rakan rakannya tadi untuk mengunjungi kelab.

End of flashback..

'Stupid idea!', gerutu Tengku Adqil di dalam hati. Mana nak cari perempuan yang dicinta kalau diri pon pandai memainkan cinta sahaja? Terdengar sekali lagi keluhan yang berat keluar dari mulutnya. Haihh!! Serabut! Dia terus keluar dari kelab tersebut dan mengambil kunci kereta yang tersimpan kemas di kocek seluarnya. Enjin kereta dihidupkan lalu dia terus memandu pulang ke rumah. Berharap apabila sampai sahaja di rumah, segala masalah akan hilang dengan serta-merta. Gear ditekan dan terus enjin keretanya mengaum membelah jalan raya yang kelihatan sunyi pada waktu tengah malam.

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now