Bab 51

4.7K 137 3
                                    

Tengku Adqil meneliti kertas kerja dengan tekun. Sambil itu, dia mengerlih ke arah luar bilik untuk melihat isterinya itu.

Kelihatan Arida juga tekun menyusun segala kertas kerja yang berterabur dia atas mejanya. Tindakannya itu diperhati oleh Tengku Adqil dan tidak dia sedari.

Interkom ditekan. Arida segera mengalih pandangan ke arah interkom dan menekannya.

" Ya, Tengku?", soal Arida.

Walaupun mereka sudah berbaik dan Tengku Adqil melayannya dengan baik seperti pasangan suami isteri di luar sana, Arida cuba menjadi profesional.

Kerana mereka di tempat kerja, jadi akan nampak tidak manis jika mereka bermanis-manisan di situ.

"Masuk bilik aku kejap. Aku ada hal nak dibincangkan", kata Tengku Adqil dari arah sana.

Arida segera memasuki ruangan pejabat suaminya itu.

" Kenapa Tengku?", tanya Arida bersama pen dan buku nota di tangan.

Tengku Adqil menutup fail. Tiba-tiba dia tersengih. Arida hairan.

" Takde apa-apa pon. Saje je panggil rindu la", kata Tengku Adqil dengan nada mintak kaki.

Arida hanya mampu menghela nafas yang panjang. Kenapa la suami dia ni macam ni? Clingy semacam. Padahal dekat rumah boleh jumpa kut.

" Pasal tu je? Awak biar betul?", Tanya Arida dengan nada yang pelik di hujung ayat.

Tengku Adqil mengangguk. Jujur, dia penat kerana mesti hadap kertas dan fail yang banyak. Buat bazir pokok aje.

Terus dia terpandang ke arah luar pejabat dan melihat isterinya sedang selesaikan kerja dengan tekun. Terus muncul mentol atas kepala untuk kenakan Arida.

" Rindu nak tengok muka kau. Serius semacam je. Dahlah mulut tu muncung bila buat kerja. Nak kena cium ke?", bebel Tengku Adqil.

" Haih kita kan tengah kerja sekarang ni. Apa kata orang nanti? Awak juga yang susah Encik Tengku", balas Arida .

" Lagi satu, kalau awak nampak saya ni muncungkan mulut ke apa ke itu tandanya saya fokus la buat kerja. Haa okay apa? Saya tak buat kerja dengan main selamba macam tu je ek", balas Arida lagi.

" Muncung macam mintak nak kiss je. Betul ke nak ni? Aku boleh bagi. Kita halal apa", kata Tengku Adqil sebelum menyambung lagi.

" AND So what if  dorang nampak kita? They akan pecat me ke dari jadi bos dorang? Hm? No right because Im the boss here. Dorang berani ke nak cari pasal dengan aku?"

" Mestilah berani"

Kini, giliran Tengku Adqil pula yang menayangkan riak wajah yang hairan.

" Siapa yang berani?"

Arida tersenyum dalam diam sebelum menyambung ..

" Amanda"

Tengku Adqil terdiam. Arida juga. Tidak tau mahu balas apa. Tiba-tiba Arida berasa malu.

Mata mereka bertentangan untuk beberapa minit sebelum Arida berdehem. Sudah! Ana tidak sanggup lagi mau lihat anta! Malunya!

" Boleh tahan lawak jugak kan kau ni", komen Tengku Adqil dengan selamba tanpa pedulikan wajah Arida yang sudah pun merah.

" Dah la. Saya ada banyak lagi ni nak kena siapkan. Tengku dah habiskan tengok muka saya ni?"

Tengku Adqil menjungkitkan bahu.

"Entah lah. Dah ke?", Usik Tengku Adqil sekali lagi.

Arida hanya meminta diri dan keluar dari pejabat suaminya. Malas dah nak layan. Kalau makin layan makin naik lemak protein karbohidrat apa semua. Aik?

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now