Bab 20

5.2K 156 8
                                    

" Woi! Aku nak cakap sikit dengan kau", kata Tengku Adqil kepada Arida ketika berdua di rumah.

Arida menoleh ke arah suaminya itu. Dia mengerutkan muka sedikit. Tangannya yang ligat menyediakan makan malam mereka terhenti.

" Ye, Tuan. Kenapa?", tanya Arida dengan perlahan.

" Kau ni memang perempuan yang tak sedar diri eh? Memang kau ni dari lama suka menggatal dengan mana-mana jantan ke?", Tanya Tengku Adqil dengan nada yang memerli dan menjengkelkan.

Pertanyaan Tengku Adqil tersebut membuatkan Arida terasa. Hatinya seperti ditoreh dengan pisau berkali-kali apabila Tengku Adqil menanyakan itu.

Baru sahaja Arida mahu membalas, Tengku Adqil sudah menyampuk terlebih dahulu.

" Aku tak kisahlah bodoh kau nak layan siapa-siapa pun. Aku tak kisah muda ke tua ke ikut mampus kau ah. Tapi INGAT! Jangan sesekali kau dekatkan diri kau dengan kawan aku! Kau faham?", Kata Tengku Adqil dengan nada yang marah.

Tengku Adqil tidak berpuas hati. Melihat muka Arida yang seperti tiada perasaan itu membuatkan dirinya tercabar.

Dia kemudian mengambil makanan yang tersedia di atas meja lalu membuangnya di dalam tong sampah di dapur.Arida yang melihat perbuatan Tengku Adqil terkejut.

" Ni! Masakan kau ni! Aku tak teringinlah nak makan. Makin buat aku sakit je adalah! Entah-entah nasi pon kau guna nasi kangkang. Dasar perempuan bebal!"

Sebaik sahaja Tengku Adqil berkata begitu, dia terus keluar dari rumah. Enjin kereta dihidupkan. Baik makan dekat luar.

Arida yang dari tadi mendiamkan diri mula menangis. Bahunya terhinjut-hinjut untuk menahan tangisannya dari menjadi semakin kuat. Tangannya ditekup pada mulut. Dia mula berjalan ke arah tangga dan terduduk di situ.

Kemudian, dia pergi ke dapur. Dia mengutip serpihan pinggan yang dipecahkan oleh Tengku Adqil tadi.

Tangisannya dihapuskan. Sedang dia leka, jarinya tertusuk kaca yang tajam tersebut. Dia mengaduh.

' Apalah nasib. Hati sakit, tangan sakit. Lepasni apa pula?', monolog Arida.

Pada keesokan harinya,
Di rumah.

" Dengar eh apa aku cakap semalam. Kalau kau buat hal lagi, aku tak teragak-agak nak naik tangan", kata Tengku Adqil dengan nada yang dingin dan terselit ketegasan di situ.

Arida mengangguk. Dia keluar dahulu untuk pergi ke kerja memandangkan mereka tidak pergi bersama. Tengku Mikhael tiada di pejabat hari ini membuatkan Tengku Adqil bebas membuat keputusannya sendiri.

Arida berjalan kaki sehingga sampai di tempat perhentian bas. Dia duduk di situ. Waktu pagi ini sangat sejuk sampai mencengkam kulit. Jarinya ditilik. Plaster yang ditampal di tempat luka di pandang.

Dia kemudian mengeluh dengan berat sebelum menaiki bas. Dalam bas, dia mengambil tempat duduk di tepi tingkap.

Kemudian, ada satu kereta mewah meluncuri di tepi basnya. Tak perlu lagi nelihat, dia sudah pasti itu kereta mewah suaminya. Eh salah! Bos. Dengar dari ngauman enjin pon dah tau.

Terdetik dalam hati Arida. Sampai bila dia akan bertahan? Sampai bila dia akan diperlakukan sebegini? Mau mengadu pada Natasya? Dia dah balik kampung. Urusan perkahwinannya dengan bakal tunang akan dilangsungkan tidak lama lagi. Natasya pada mulanya mengajak Arida juga untuk jadi bridesmaid tetapi Tengku Adqil tidak mengizinkannya. Kerana alasan takut Arida mengadu pada keluarganya tentang sikapnya pada isteri atas kertasnya itu.

Dia termenung lagi. Kalaulah Tengku Adqil tahu bahawa dia sudah tidak ada keluarga lagi. Dia termenung sahaja sepanjang perjalanan sehinggalah sampai ke destinasi.

Sampai sahaja di tingkat tempat kerjanya, dia mengambil nafas. Penat. Ketika dia mahu pergi ke biliknya, dia terpandang Tengku Adqil yang sedang merenungnya dengan tajam sambil tangannya dilipat. Tengku Adqil menjerkah Arida.

" Kau sini!"

Arida menahan malu. Masih ingat lagi dua ekor betina mulut celupar yang mengata Arida? Mereka berdua memandang sinis terhadap Arida. Sierra Adelyn. Amanda Elya.

Sierra tersenyum dalam diam. Suka benar melihat gadis kampung yang dibencinya itu kena marah dengan bos pujaan hati. Begitu juga Amanda yang memandang Arida dari atas bawah.

" Kau ingat syarikat ni kau punya ke? Dalam peraturan dah tertera yang kau kena sampai dulu sebelum aku kan?!", Marah Tengku Adqil.

Arida menunduk. Dia meminta maaf. Hanya perkataan maaf yang mampu keluar dari mulutnya. Tahankan diri? Takut naik tangan je.

" Maaf, maaf , maaf! Itu je kau tau. Harini aku takkan benarkan kau balik. Stay up sampai pukul 1 pagi. Aku tak kisahlah kau ada urusan apa pon. Kau faham?!"

Arida mengangguk faham. Tengku Adqil segera pergi dari situ. Arida sempat menunduk hormat. Kemudian, dia terdengar tepukan. Dia mengalihkan pandangan.

" Haii kesian kau perempuan. Asyik kena marah je. Tu la..lain kali jangan jual diri sangat. Badan macam kau ni orang senang je ambik dan campak bila dorang jemu", kata Sierra.

Amanda tergelak. Dia memandang Arida atas bawah. Pandangan jijik dilemparkan.

"Oh my god! Kau pakai apa ni? Takde pakaian lain dah ke? Baju kurung pon macam tak gosok. Tudung yang ketinggalan zaman. Eww Arida! Jijik nya aku tengok kau ni"

" HAHAAHAHHAAHAHAHHAAH"

Arida memandang dirinya. Baju kurung biasa dan juga bawal kosong yang digayakan macam biasa. Pin di kedua-dua belah bahu. Ketinggalan sangat ke?

Dia kemudian membandingkan dirinya dengan mereka berdua. Benar juga. Tengoklah gaya dan cara pemakaian mereka.

Sierra memakai baju kurung Pahang yang berwarna pink digayakan dengan selendang yang berwarna putih. Sangat cantik apabila dipadankan dengan make-up yang pinkish dan natural. Terserlah kecantikan Sierra.

Amanda juga tidak kurang cantiknya. Mengenakan dress yang berwarna brown pastel dan slim palazzo berwarna putih dipadankan dengan selendang yang berwarna brown cair. Make-up nya juga kelihatan natural yang menyerlahkan kecantikannya.

Diri dia? Kosong. Dalam badan dan luaran. Semuanya kosong. Cantik-cantik pon kalau perangai macam setan tak ke mana jugak.

" Jangan nak berangan kau akan stay sini dengan lama. Aku tak faham la apa yang Tengku Adqil nampak dekat kau ni. Badan kau elok sangat ke? Kalau nak dibandingkan dengan aku, aku lagi hebat kot. Cara apa yang kau guna? Minyak pengasih ke?".

Tajam kata-kata Amanda. Arida tidak tahan. Dia pula memandang Amanda dengan tajam.

" Saya tau korang bencikan saya. Tapi jangan fitnah saya dengan benda-benda macam tu.  Kalau awak tak tau apa yang sedang terjadi, tolong tutup mulut dan diam"

Sierra dan Amanda terkedu tidak percaya. Beraninya perempuan ni!

Puan Sarah selaku manager di situ segera menyelesaikan perbalahan itu.

"Eh jangan jadi macam budak-budak boleh tak? Kerja la. Kau nak Tengku Adqil marah lagi ke? Sierra and Amanda! Boleh tak duduk dekat tempat masing-masing and buat kerja korang? Jangan mengganggu pekerja lain. Arida Khalisya! Masuk dalam bilik sambung buat kerja sekarang", ucap Puan Sarah dengan panjang.

Amanda dan Sierra segera pergi ke tempat duduk mereka masing-masing dan Arida sempat dijeling dengan tajam. Arida segera masuk ke bilik dan sambung membuat tugasnya.

Tanpa disedari, Tengku Adqil memerhati dan mendengar dari awal lagi. Dia berfikir dengan mendalam. Isterinya yang sedang membuat kerja dipandang. Dia mula berasa sesuatu dan tertarik terhadap gadis yang bergelar isteri atas kertas nya itu.

Mr Tengku Adqil Donde viven las historias. Descúbrelo ahora