Bab 4(E)

16.5K 377 16
                                    

Arida dimasukkan ke dalam wad kerana demam panas. Kemudian, selepas beberapa hari dia boleh keluar dari wad dan Mak Uteh yang menjemputnya kerana Mak Uteh tahu yg Mak Som tidak akan menjemput Arida sebaliknya menghalau Arida untuk keluar dari rumah.Mak uteh berasa kesian akan nasib Arida lalu membuat keputusan untuk menghantar Arida ke Kuala Lumpur kerana Arida boleh mencari pendapatan dan juga merehatkan diri di sana. Lagipula, Arida memang berniat untuk ke Kuala Lumpur, mahu berdikari. Mak Uteh menghantar Arida ke stesen bas dan megucapkan selamat tinggal untuk anak jirannya itu. Walaupun sedih untuk meninggalkan Arida yang baru sahaja sembuh dari sakit, namun apakan daya, dia tidak boleh membiarkan Arida dipergunakan lagi oleh Mak Som yang kejam tersebut.

Setelah sampai di Kuala Lumpur, Arida mencari makanan guna duit yg Mak Uteh beri. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sikit.Hanya RM 100 sahaja.

Kemudian, Arida ternampak Natasya,anak Mak Uteh yang datang ke stesen bas untuk menjemputnya. Natasya sangat senang dengan Arida kerana mereka kawan dri kecil dan keluarga mereka juga rapat kerana ibubapa Arida ialah kawan baik kepada Mak Uteh dan suaminya.

"Ari, aku nak makanla. Aku lapar. Jom teman aku? "tanya Natasya. Arida hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa lalu Natasya segera menghidupkan keretanya.

Sampai sahaja di restoran berdekatan rumahnya, mereka turun dari kereta. Arida terpegun kerana dalam seumur hidupnya, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke restoran di Kuala Lumpur. Nampak sadis sangat kan?

Ketika Arida ralit sangat mengagumi apa yang dia lihat depan mata, dia secara tidak sengajanya terlanggar seorang lelaki yang berada di hadapannya. Arida terkejut. Dia berasa lebih bersalah apabila minuman kopi yang dipegang lelaki itu tertumpah ke atas kot yang dipakai lelaki tersebut.

"Maaf encik...saya betul-betul minta maaf. Saya ta nampak encik kat depan", Arida terbongkok-bongkok meminta maaf. Natasya pula yang terkejut dengan situasi tersebut terus meluru ke arah mereka.

"Maaf encik. Kawan saya tak sengaja. Dia betul-betul.....", belum sempat Natasya menghabiskan ayatnya, lelaki tersebut angkat muka. Terkejut Natasya apabila mengetahui lelaki tersebut merupakan bos di syarikatnya.

"Eh Bos....", Arida membulatkan mata. Dia meminta maaf berkali-kali takut jika Natasya akan dipecat kerana dia. Lelaki tersebut pandang ke arah mereka berdua.

"No it's okay. But please lain kali kalau jalan tengok depan", nasihat lelaki itu pendek. Ada nada kemarahan campur ketegasan apabila dia berkata. Lalu, dia pergi dari situ.

Arida segera meminta maaf kepada Natasya." Sorry Nat, aku betul-betul tak sengaja", kata Arida. Natasya menggelengkan kepala. " Takdelah..takde apa pon. Aku kenal bos aku tu macam mana. Mungkin hari ni dia bad mood kot. Tak sangka pulak aku boleh terjumpa dia dekat sini..eh dahla jom makan. Kau mesti penat kan? Jom makan dulu lepastu balik and then boleh kau rehat"

Selepas sahaja mereka mengisi perut, terus mereka gerak ke rumah Natasya dan merehatkan diri.

Dalam bilik, sedang Arida mengelap rambutnya yang basah akibat selepas mandi, dia tiba-tiba teringatkan Mak Som di kampung. Siapa yang masakkan untuknya? Apa perasaan Mak Som ketika mengetahui yang Arida sudah pun selamat berada di KL? Sedih ke dia..ataupun gembirakah dia?

Walaupun tidak sampai sehari dia berada di KL, Arida tetap juga teringatkan Mak Som. Dia melirik ke arah jam yang terletak di dinding.

Pukul 11.58 malam.

Sudah masanya untuk dia tidur. Makan pun sudah mandi pun sudah. Apalagi? Tidurlah. Semoga hari esok akan jadi lebih baik dari hari ini dan hari sebelumnya.

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now