Bab 38

4.8K 158 5
                                    

" Eh aku lupa nak bagitau kau sesuatu ni", kata Tengku Adqil.

Arida yang sedang leka melipat kain di situ nenoleh ke arah Tengku Adqil.

Lipat kain? Ye. Tak pernah lipat ke? Jangan tanya dekat mana. Semestinya dekat ruang tamu. Ini semua arahan Tengku Adqil. Tiba-tiba sahaja mengarahnya untuk membuat kerja di luar, selalunya di bilik.

Tengku Adqil memandang Arida.

" Hujung minggu depan. Aku nak bawak kau pergi kenduri kawan aku"

" Ohh sape yang kahwin?"

Pertanyaan Arida membuatkan Tengku Adqil mengerutkan dahi. Sama ada aku yang salah cakap atau dia yang tak faham bahasa.

" Tadi aku cakap apa tadi?"

" Err Tengku nak bawak saya pergi kenduri kawan Tengku"

" Ha habistu? Siapa nak kahwin?"

Arida menggelengkan kepalanya perlahan-lahan tanda tidak tahu. Melihat reaksi Arida membuatkan Tengku Adqil panas.

Bendul nya!

" Dah kalau aku kata kenduri kawan aku tu, kawan aku la yang nak kahwin! Apa bebal sangat kau ni?", marah Tengku Adqil.

Arida terdiam. Ye tak ye jugak kan? Sumpah pada waktu itu, dia terasa bodoh.

" Sebelum aku nak bawak kau dekat sana, aku nak kau berisi sikit"

Arida mengerutkan dahi. Ha sudah. Berisi apa ni?

Melihat Arida yang bereaksi pelik, Tengku Adqil segera menyangkal.

" Ish kau ni fikir yang bukan-bukan la. Maksud aku tu berisi yang gemuk faham? Badan kau tu biar ada isi sikit. Ni tak macam rangka dah aku tengok. Makan banyak-banyak. Aku akan pastikan kau makan banyak depan mata aku sendiri"

Arida menganggukkan kepala. Cakaplah gemukkan badan. Apa susah?

Kemudian, Arida teringat sesuatu.

" Tapi Tengku, saya takde baju nak pergi sana. Apa kata kawan-kawan Tengku nanti? Mesti Tengku malu"

" Tentang baju kau tak payah risau. Aku ada duit kan? So kita pergi la beli baju. Settle"

Arida menghela nafas. Dah kalau macam tu, ikut je la.

Pavilion Mall,

Tengku Adqil dan Arida jalan-jalan dahulu di dalam Mall. Tujuan mereka hanya satu iaitu untuk mencari baju Arida.

Namun, Tengku Adqil ingin meluangkan sedikit masa untuk Arida melihat dahulu kawasan di sekitar mereka.

Apa lagi, mestilah Arida gembira. Dia kagum melihat Mall sebesar itu. Seumur hidupnya, dia jarang menjejakkan kakinya atas lantai Mall, inikan pula masuk ke dalamnya.

Perasaan gembira dan kagum yang Arida rasa sekarang ini disembunyi. Dia tidak begitu yakin dengan sikap Tengku Adqil yang baik dengannya sejak kebelakangan ini.

Tengku Adqil terus mengajak Arida untuk terus menuju ke butik baju. Mereka berdua menghala ke arah Geovanni's Boutique.

Masuk saja dalam butik mewah tersebut, Arida ternganga. Gila cool! Cantik sangat. Dengan hiasan dinding mewah mereka yang diperbuat daripada emas tulen dan juga lukisan-lukisan yang begitu menawan tergantung di situ.

Tengku Adqil yang sudah biasa dengan butik begitu hanya melihat tingkah laku isterinya itu. Apa yang hebat sangat? Bosan aku tengok butik ni. Perempuan maybe?

" Ha sekarang pilih la yang mana satu yang kau nak. Biar aku yang bayar"

Arida dengan berat hati pergi ke arah rak baju yang tergantung. Tengok dari luar nampak mahal. Bila masuk kedai memang la mahal tapi bila tengok harga baju?

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now