Bab 41

5.2K 165 4
                                    

Arida menghela nafas pendek. Cukup untuk dia sahaja yang mendengar. Dia menoleh ke arah Tengku Adqil yang enak melantak nasi.

" Apa? Aku lapar la", kata Tengku Adqil sambil mengunyah makanan.

Nasib tidak baik apabila makanan yang berada di dalam mulutnya itu tersembur sedikit.

" Eyh Tengku!", marah Arida perlahan.

Tengku Adqil terkejut terus dia kelam kabut mencapai tisu. Zafriel yang melihat mereka berdua dari tadi segera menghulurkan tisu pada Arida.

" Apo la kau ni Qil. Makanan dalam mulut telan sampai habis dulu la baru nak bercakap. Ini sampai tersembur, geli kau tau", kata Hayyen.

" Entah, nasib baik bini yang kena. Bukan kitoran. Kalau tak memang aku kerjakan la kau ni", kata Ayden pula.

" Eyh makan tutup mulut la woi! Kotor baju. Air liur kau pom kotor la", kata Axiel.

Tengku Adqil membuat muka apabila dia dimarahi oleh kawan-kawannya. Ala bukan titew sengajer.

Arida hanya tersenyum nipis. Comel je nampak suami dia buat muka begitu.

Tengku Adqil perasan reaksi Arida lalu menjeling Arida tajam.

Arida segera melunturkan senyuman. Kecut rasa. Dia hanya tersengih sebelum membuat signal ' takpe-takpe, Tengku sambung la makan lagi'.

Dianne yang dari tadi memerhati mula terasa bosan. Kesemua tetamunga kini sudah pulang. Tinggal kawan-kawan suaminya sahaja.

Dia menoleh ke arah Arida. Dia cuba untuk berbual dengannya.

"Hi! Saya Dianne. Isteri Hayyen. Tak sempat nak berborak lama dengan awak tadi", kata Dianne.

"Hi! Saya Arida! Saya ermmm isteri Tengku Adqil", tutur Arida.

Perkataan isteri itu diperlahankan. Tengku Adqil mendengar kemudian dia terus memegang tangan Arida lalu digenggam. Bini aku asal?

Mereka berdua terus berborak sakan sehingga lewat malam.

Balik sahaja, Tengku Adqil berasa penat. Dah kenyang makan, kita tidurlah. Nak buat apa lagi?

Solat isya' pun dah. Sebelum mereka bertolak, sempat dia meminta izin rakannya untuk tumpang solat terlebih dahulu.

Arida hanya memerhatikan saja pergerakan suaminya. Tengku Adqil terus menghempas dirinya di atas sofa. Penatnyaa. Tangannya segera membuka baju melayu dan sampin yang dipakai.

Arida menutup mata dengan menggunakan tangannya. Eyy tak malu la.

Tengku Adqil mencampakkan baju melayu dan sampinnya ke tepi. Dia memanggil Arida yang masih lagi kaku di situ.

Arida pelik. Tengku Adqil menepuk sofa di sebelahnya untuk mengarahkan Arida baring di situ.

" Bukak tudung kau dulu. Tak panas ke dalam rumah pon kau nak pakai? Bukannya ada sape-sape pon. Aku je. Laki kau jugak", kata Tengku Adqil.

Arida segera membuang segala jarum dan pin yang tersarung di kepalanya. Tudung ditanggalkan sebelum dia meletakkam tudung itu di atas meja makan dengan cermat.

" Bukak baju. Panas la sekarang", arah Tengku Adqil.

Arida membeliakkan mata. Bukak baju?! No!

" Apa yang panasnya, Tengku? Sekarang kan malam. Kan dah pasang air cond ni. Takkan masih panas lagi?", tanya Arida hairan.

" Panas la! Malaysia ni panas tau. Air cond ni tak cukup sejuk jer rasa", Tengku Adqil mengadu.

Tengku Adqil segera bangun dan bersandar di sofa sebelum dia menarik pergelangan tangan Arida dan menarik isterinya itu ke hadapannya.

Dia membuka zip baju belakang isterinya itu dengan perlahan. Matanya memandang Arida dengan pandangan seducer.

Arida gugup. Tengku Adqil meletakkan dagunya atas perut rata isterinya itu. Sengaja dia main-mainkan zip baju Arida.

Dia kemudian terus menarik zip baju sehingga habis. Baju Arida yang terasa longgar segera dilondekan sebelum dia mencampak baju itu jauh-jauh.

Yang tinggal pada badan Arida sekarang hanya singlet yang berwarna hitam dan kain dalam yang juga berwarna hitam.

Arida kaget. Malunya menebal. Ingin dia tahan aksi suaminya namun dia tidak boleh. Arida segera menutup badannya menggunakan tangannya. Bimbang.

Tengku Adqil memandang Arida. Okay, figura badan isterinya itu boleh tahan. Cantik! Dia terfikir sesuatu.

Dia segera mendukung Arida gaya bridal style sebelum dia masuk ke dalam biliknya.

Baju-baju, sampin dan juga tudung sang isteri dibiarkan. Alah esok pagi kan boleh kutip bukannya tak boleh. Bangun pagi esok, kutip then basuhlah. Senang cerita.

Ketika dia mendukung Arida, ada satu perasaan yang aneh pada ketika itu Tengku Adqil rasakan. Arida memaut leher Tengku Adqil sambil memandang leher suaminya. Tak berani la nak pandang secara eye contact. Apa dia nak buat ni?

Tengku Adqil membaringkan Arida di atas katilnya. Dia segera mengucup perut isterinya sebelum dia meletakkan kepalanya di atas perut isterinya itu.

Arida diam. Rasa nak jerit! Tidak pernah dia rasakan perasaan begini. Dia memejamkan mata ketika Tengku Adqil mengucup perutnya.

Tanpa Arida sedari, dia membelai rambut suaminya dengan lembut. Tengku Adqil terbuai lalu tangan Arida diambil lalu dikucupnya kekura tangan isterinya.

" Do you wanna sleep?", tanya Tengku Adqil dengan nada yang mengantuk.

Arida tersenyum kecil. Nampak sangat suaminya kini letih namun ingin bermanja.

"Yeah", balas Arida dengan ringkas dan perlahan. Takut nak bagi jawapan lebih-lebih.

Tengku Adqil segera memeluk badan Arida dengan erat seperti tidak mau melepaskannya. Kemudian, timbul idea nakal untuk mengusik.

Tengok? Dah tau penat ke mengantuk ke apa bukannya reti nak tidur dulu. Ada je benda yang nak cari pasal.

Tengku Adqil menyelak kain dalam berwarna hitam milik Arida lalu mengusap peha Arida dengan perlahan.

Arida terkejut. Gila! Dia hampir rasa nak pitam. Kelakuan Tengku Adqil ini semakin nakal dan menjadi-jadi. Romantik pon ada juga.

" Eh awak?!", jerit Arida sedikit terkejut.

Tengku Adqil segera memeluk Arida kembali. Dia menepuk-nepuk sisi pinggang Arida gaya untuk tidurkan bayi.

" Dah dah. Aku gurau je la. Tiba-tiba nak jadi nakal harini. Jom lah tidur. Esok aku sambung okay sayang?", kata Tengku Adqil.

Arida terdiam. Sambung esok apa benda hanat?! Takut la aku dengan dia ni.

Tengku Adqil terus menyelimutkan dirinya dan isterinya. Tangannya masih lagi memeluk Arida dan peha Arida. Kepalanya juga masih lagi tidak berganjak dari perut Arida.

" Jom lah tidur. Im sleepy hurmm", kata Tengku Adqil dengan manja.

Arida terus membelai rambut Tengku Adqil. Matanya dipejamkan untuk tidur. Namun, tidak boleh.

10 minit kemudian,

Arida terdengar dengkuran halur suaminya. Dia tergelak kecil. Alahai comelnya.

Mahu mengalihkan suaminya, dia tidak sampai hati pula. Dia biarkan sahaja tangan Tengku Adqil di pinggang dan pehanya.

Walaupun Arida merasa kaget dan terkejut, dia masih lagi berasa gembira pada masa yang sama. Suaminya kini sudah dapat menerimanya dengan baik. Ini adalah petanda yang baik bukan?

Dia mematikan suis lampu tidur di sebelahnya sebelum dia turut memejamkan mata untuk tidur.

Dalam hati, Arida berdoa semoga kejadian hari esok adalah lebih baik daripada hari ini.

Hi! Sorry for slow update. Im so sorry. My internet and wattpad are the problem one okay. I hope they dah tak buat prob lagi.

Next ch: 55 votes and comments!







Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now