Bab 17

4.8K 140 3
                                    

Pada hari hujung minggu,

Selalunya,Tengku Adqil hanya bersantai dan duduk di rumah. Tapi kalini, tidak lagi.

Dia lebih suka meluangkan masanya di luar. Bukan apa, bosan tengok muka Arida. Di pejabat tengok muka dia, di rumah Mamanya kena hadap muka dia juga. Ini, di rumah dia sendiri pun lagilah kena hadap.

Sejujurnya, Tengku Adqil merasa benci terhadap isterinya itu. Dia masih lagi berharap agar si dia kembali kepadanya walaupun dia tau itu adalah perkara yang mustahil dan ia membuatkan ianya nampak seperti orang bodoh.

Dia terus menuju ke meja makan untuk bersarapan. Arida yang baru sahaja menyiapkan makanan segera menghampiri suaminya itu.

" Tuan nak makan sekarang ke?"

Tuan. Panggilan WAJIB yang sudahpun Tengku Adqil tetapkan untuk Arida.

"Habis, aku turun ni nak buat apa? Hadap muka hodoh kau ke? Takkan? So aku nak makan la bebal!", Jawab Tengku Adqil dengan kasar.

Riak mukanya jelas kelihatan yang dia jijik dengan Arida sekarang. Arida diam. Makan hati? Dia dah biasa. Pedih? Tetap ada. Dia juga masih seorang manusia dan seorang perempuan. Dia masih lagi ada perasaan. Walaupun bukan perasaan sebagai isteri, dia masih ada perasaan sebagai seorang perempuan dan juga seorang manusia.

"Kalau macam tu, saya hidangkan dulu sarapan Tuan. Sekejap ye"

Dia segera mencedokkan nasi goreng kampung yang masih lagi panas ke atas pinggan kaca. Teh panas yang baru sahaja dibancuh juga dituang. Kemudian, dia letakkan pinggan kaca dan cawan itu di tempat suaminya dengan berhati-hati.

" Dah. Sekarang kau boleh blah tak? Menyampah sial tengok muka kau ni"

Arida segera pergi dan balik ke biliknya. Bilik dia adalah bilik orang gaji. Macam dalam drama Melayu tu.

Apa-apa pun, Arida bersyukur. Dia masih lagi diberi makan dan juga tempat tinggal. Dia juga bersyukur Tengku Adqil tidak mengambil kesempatan terhadapnya.

Dia masuk ke bilik dan duduk di atas katil dan termenung. Ok sekarang nak buat apa? Ada idea tak? Dia kemudian teringat kisah macam mana mereka berdua disatukan.

Flashback...

"Aku tak setuju dengan rancangan Mama aku"

"Saya pon rasa macam tu, Tuan. Emm tak boleh ke Tuan bincang dengan Tengku elok-elok pasal ni?"

" Banyak kali dah aku cuba tapi tetap jugak tak boleh", kata Tengku Adqil yang ketika itu kelihatan kusut sekali.

Mereka berdua sekarang ini berada di bilik pejabat Tengku Adqil. Masing-masing diam sekarang ini. Situasi yang canggung sekali bagi Arida. Tak pernah lagi dia masuk ke dalam bilik Tengku Adqil untuk membincangkan hal luar kerja.

"Mak aku dah tetapkan. Kalau aku nak warisi syarikat dan harta keluarga aku ni, aku kena kahwin. Tapi yang mak aku nak tu kau untuk jadi isteri aku"

Tengku Adqil memandang tajam orang yang berada di hadapannya kini. Arida tersentak. Kenapa dia?

" T--tapi ...saya tak setuju, Tuan"

" Arida, kau dengar sini. Sama ada kau nak atau taknak, kau kena dengar cakap aku dan setuju dengan rancangan nikah ni. Tak lama pon, 1 tahun 6 bulan, kita cerai"

" Tuan, tolong----"

" Dengar sini perempuan. Aku pun tak hadaplah nak tengok muka kau lama-lama. Jangankan setahun lebih, sehari pon aku dah muak dah"

Arida terdiam. Rasa sedih apabila dirinya diejek sebegitu.

"Jadi, kahwin aje. Kalau tak, Natasya yang akan tanggung akibatnya. Aku akan pastikan korang berdua dipecat dan tak akan diterima di mana-mana syarikat lain lagi, boleh kalau macam tu?", Ugut Tengku Adqil.

Arida panik. Mana boleh! Kesian Natasya. Lalu, dia membuat keputusan untuk setuju dengan rancangan Tengku Qaleesya untuk menyatukan mereka berdua.

Jadi, dia hanya perlu bertahan untum 1 tahun 6 bulan sahaja kan?

End of flashback...

Dia membaringkan dirinya di atas katil yang disediakan. Tudung sarung yang dipakainya dibuka. Sabarlah wahai diri.

Dia kemudian teringat akan Tengku Adqil yang tengah bersarapan. Dah habis makan ke belum eh?

Dia kemudian menyarungkan kembali tudung dan berjalan keluar. Walaupun sudah bergelar suami isteri, dia tetap memakai tudung. Lagipun, mereka hanya suami isteri atas kertas.

Dia mengintai ruang meja makan di sebalik dinding. Tiada orang. Tetapi, pinggan dan cawan masih berada di situ. Dia menuju ke meja makan tersebut. Hatinya berasa sedikit gembira apabila melihat pinggan itu licin.

Itu bermakna, Tengku Adqil makan masakannya. Air teh panas yang berada di dalam jag kaca juga tinggal separuh. Arida tersenyum sedikit. Sekurang-kurangnya, dia sudi makan masakan dirinya.

Arida terus mengangkat pinggan dan cawan yang kotor untuk dibawa ke singki dam terus dia memulakan kerja untuk membasuh.

Pada masa yang sama,

Tengku Adqil sedang melepak di restoran bersama kawan-kawan baiknya, Zariel dan Imran. Bukan Imran Bard ye.

"Kau asal bro? Tetiba je ajak jumpa. Mak kau suruh kau kahwin lain ke?", tanya Zariel yang sedang minum milo ais.

Tengku Adqil diam. Muka kusut dipaparkan. Imran memerhatikan Tengku Adqil. Dahinya dikerutkan. Dah apahal kawan aku yang sorang ni? Ada aku ajak bertumbuk ni kang.

" Eh bodoh. Kau tak dengar ke soalan aku?", Zariel naik angin.

" Aku dengarlah bodoh. Sabar jap boleh tak? Aku nak cerita la ni", balas Tengku Adqil.

Mereka berdua memandang Tengku Adqil yang bersiap nak cerita.

" Macam ni, kau taukan Mak aku suruh kahwin dengan PA aku tu? Aku bukan apa la en, aku...aku tak boleh do dengan dia. Bila aku tengok muka dia, darah aku panas kau tau? Rasa macam nak marah je"

" Kau dah kenapa? Dia ada buat salah ke sampai darah kau panas sangat tu?", Imran bertanya.

" Entah. Dalam kepala aku, dia tak layak jadi isteri aku. Yang layak hanya..."

"Hanya 'dia'?", sambung Zariel.

Tengku Adqil mengangguk. Kepalanya dijatuhkan ke bawah.

" Eh move on la babi. Sampai bila kau nak teringatkan dia? Kau tak ingat ke apa yang dia buat dekat kau?", marah
Zariel.

Tidak tau mau bagi reaksi bagaimana. Tengku Adqil mengeluh dan menundukkan kepala.

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now