Bab 34

4.7K 152 6
                                    

" Kau dah dapat dah apa yang aku nak?", tanya seseorang melalui telefon.

" Dah, Tuan. Saya akan jumpa Tuan harini. Pukul 8.30 malam ni dekat tempat biasa. Boleh?", balas orang di sana.

"Deal"

Dia meletakkan panggilan. Dia termenung memikirkan hal tersebut. Dia terus menekan butang interkom yang terdapat pada sudut meja itu.

"Oi"

"Ye, saya. Ada apa yang boleh saya tolong, Tengku?"

" Buatkan aku coffee.Ice Caramel latte. Less sugar add on milk foam please"

Arida mengiyakan permintaan Tengku Adqil tersebut. Lantak kau la janji tak kacau aku buat kerja.

Arida terus melangkah ke arah pantri untuk membuat air.

Tepat pada pukul 8.30 malam, kereta Ferrari milik Tengku Adqil terpakir di ruangan parkir VIP di situ.

Dia terus keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam Valeria Cafe.

Tengku Adqil duduk di kerusi yang berhampiran. Kelihatan orang suruhannya telah berada di situ.

"Ha mana benda tu?", tanya Tengku Adqil tanpa berbasa-basi.

"Nah, Tengku"

Kertas yang mengandungi maklumat yang diperlukan tersebut dihulur.

Tengku Adqil mengambil huluran tersebut. Dia kemudian meneliti isi kandungan kertas tersebut.

"Seperti yang saya dapat tau, Cik Arida kehilangan orang tuanya dari kecil. Orang tua dia meninggal dan Arida dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya"

Orang suruhan Tengku Adqil,Adam mula bersuara dan menjelaskan maklumat dengan lebih terperinci.

Adam menyambung lagi.

" Tapi sayang, kedua-dua mereka tidak menjaga Arida langsung. Setiap hari, Arida akan didera"

" Didera? Maksud kau?",tanya Tengku Adqil.

" Ye Tengku. Cik Arida didera. Saya pergi ke kampung di mana Cik Arida tinggal dan sempat berjumpa dengan jiran lamanya"

" Jiran tu kata Cik Arida selalu dipukul, kena caci maki apa semua. Bila Cik Arida baru balik sekolah, dia akan dipaksa untuk masak. Tapi dia tak dibenarkan untuk makan"

" Apasal?", tanya Tengku Adqil.

" Kalau nak makan tu boleh tapi dia hanya boleh makan sisa diorang je la. Paling kenyang pon hanya makan nasi letak garam. Kuah? Air panas je"

Tengku Adqil tersentak. Gila. Memang gila. Tak sangka isterinya boleh survive dengan hidup yang macam tu. Ada lagi rupanya orang yang kejam terhadap darah daging sendiri.

Adam menyambung.

" Pada hari Cik Arida dihalau, jiran dia kata sebenarnya, ayah saudara Cik Arida cuba untuk buat benda yang tak baik dekat dia"

" Maksud kau? Benda tu ke?"

"Ye Tengku. Bapa saudara dia tu seorang pemabuk dan kaki judi. Dia pon pernah cuba untuk jual Cik Arida dengan harga yang lumayan"

" Bukan tu je, bila dia mabuk, dia akan lepaskan nafsu dia dekat Arida. Tapi, Tengku Adqil jangan fikir bukan-bukan. Cik Arida masih lagi suci. Pada hari bapa saudata dia cuba untuk rape Cik Arida, dia kena kantoi dengan bini dia sendiri"

Tengku Adqil mengangguk faham. Ice Americano yang baru saja sampai diminum.

Jujur, dia tidak menyangka sampai macam tu sekali kehidupan isterinya itu.

Mr Tengku Adqil Donde viven las historias. Descúbrelo ahora