Bab 6 (E)

15.7K 351 1
                                    

Keesokannya di penthouse Tengku Adqil.

" Qil, kenapa cakap macam tu semalam? Tak hormat langsung tetamu yang datang. Cakap depan-depan pulak tu. Malu Mama dengan kawan Mama, Qil tau tak?", sembur Tengku Qaleesya apabila melihat anaknya baru turun ke bawah.

Tengku Adqil terus sahaja menuju ke meja makan untuk bersarapan. Mukanya dibuat 'toya'. Muka tak kisah. Terus roti yang disapu kaya dicapai dan dimasukkan ke dalam mulut.

" So? Mama yang tiba-tiba nak jodohkan Qil dengan anak kawan mama tu. Qil taknak. Kalau Mama berkenan sangat dengan perempuan tu, mama jelah yang kahwin dengan dia", ucap Tengku Adqil selamba. Roti yang kedua dicapai.

Tengku Qaleesya membuntangkan matanya.

" What?! Abang tengok anak abang ni. Nak suruh kahwin pon susah. Entah apa yang dia takut sangat nak kahwin", Tengku Qaleesya mengadu kepada suaminya, Tengku Mikael.

Tengku Mikael yang dari tadi memerhati tersentak apabila dia dipanggil. Terus dia memandang wajah isterinya.

" Yang awak pon satu. Kenapa awak nak sangat anak kita ni kahwin dengan anak kawan-kawan awak tu? Macam takde perempuan lain dah kat dunia ni"

" Ish abang ni! Bukan nak back-up saya. Back up anak dia pulak. Bukan apa...saya nak tengok anak kita ni kahwin cepat-cepat. Kawan saya siap ada yang dah timang cucu dah. Saya pon nak jugak"

"Iya abang tau..tapi kenapa kebanyakan calon yang awak pilih untuk Qil semuanya anak kawan-kawan awak. Budak tu mana mau"

" Habis? Nak cari siapa lagi? Adqil mana pernah bawak girlfriend dia jumpa kita. Saya betul-betul tak faham..jangan-jangan Adqil ni.."

Belum sempat Tengku Qaleesya menghabiskan ayat, Tengku Adqil membuntangkan mata.

"Wowowowow hello Ma. Anak Mama yang handsome ni straight okay? Mama jangan nak fikir yang bukan-bukan"

" Entah awak ni. Ada ke patut fikir pasal anak macam tu..haihh", Tengku Mikael mengeluh panjang.

" Fine okay. Im sorry. But Qil please dengar cakap Mama kalini..Qil kahwinlah dengan Ain. Mama suka sangat kalau dia jadi menantu Mama."

" NO. Taknak. Never. Macam yang Qil cakap tadi, kalau Mama suka sangat perempuan tu, Mama pergi la kahwin dengan dia"

"Adqil! Perempuan tu ada nama okay. Nama dia Ain", tegur Tengku Qaleesya.

" Whatever. Okay la Ma. Qil nak kena pergi pejabat dah ni. Dah lambat. Bye love you!", dengan segera dia bersalaman dengan kedua-dua orang tuanya sebelum dia melangkah keluar pintu rumah.

Tengku Qaleesya menggelengkan kepala. Apalah nak jadi dengan anak aku ni? Tengku Mikael pula memandang isterinya sambil minum kopi yang dihidang dengan selamba.

Pejabat

" Good morning, Sir"

"Good morning, Sir "

" Good morning, Sir Adqil"

Ramai yang menundukkan kepala apabila Tengku Adqil selaku CEO di syarikat itu berjalan melintasi mereka. Tengku Adqil hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanpa membalas ucapan tersebut.

Dia terus masuk ke lif dan menuju ke tingkat yang paling atas sekali iaitu tingkat ke 7. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari lif, dia segera menuju ke biliknya.

Kemudian, dia disapa dengan PA nya, Natasya. Yes Natasya..kawan Arida tu.
Natasya segera mengucapkan selamat pagi kepada Tengku Adqil.

Mereka berdua kemudian masuk ke dalam bilik CEO tersebut. Tengku Adqil duduk di kerusi tempatnya.

Mr Tengku Adqil Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz